31 July 2010

STATUS GLITTERATI AKU HILANG | PUNCANYA ?

Hanya sekadar ingin berkongsi dengan semua mengenai Status GLITTERATI aku yang telah menghilang diri 4 hari lepas yang telah membuat aku rungsing. Apa salah aku? Jenuh juga aku mencari mana silapnya  atau PUNCA yang menyebabkan aku kehilangan GLITTERATI. Persoalan demi persoalan bermain dikepala aku. Adakah disebabkan ENTRI aku yang bertajuk ISU NUFFNANG RACIST | HAL PERKAUMAN JANGAN DIBANGKITKAN punca kenapa GLITTERATI aku kena tarik?

Pada mulanya aku malas nak bangkitkan kenapa GLITTERATI aku ditarik kerana pada mulanya aku beranggapan ia mungkin keputusan dari NUFFNANG dan mereka mempunyai hak untuk menarik balik keistimewaan yang diberikan dan aku akur dan terima segalanya (Aku tak MERAJUK pun..hehe).Namun setelah aku cuba mencari-cari jawapan yang tak aku temui dan mana silapnya yang menyebabkan GLITTERATI aku ditarik,perasaan ingin tahu kenapa GLITTERATI aku hilang menyebabkan aku ajukan pertanyaan kepada pihak NUFFNANG dan aku telah menerima jawapan dari NUFFNANG dengan segera (5 STAR SERVICE).

Hi Azhar,

Glitterati membership is an automated process. It\'s given automatically to a blogger\'s account if all his/her blog(s) registered with us serve Nuffnang ads publicly at all times and none from our competitors. In addition to that, the registered blog(s) should also be active and has at least 1 visitor in each day or else our crawler will mark it as a spam blog and this will affect your membership status. Should your blog be free from any conflicting activities, you\'ll receive your Glitterati membership in 4 days time.

Your membership status was affected because on 27-Jul-2010 19:17:12 our crawler tried to scan your blog http://teratakarmo.com/ for Nuffnang codes and failed to find them because your blog server was down. As a result, your membership status was turned Ordinary. Just ensure your blog servers are up and running at all times and you\'ll be Glitterati again in due time.

Cheers,
Robb Chew
Blogger Relations Executive

Nuffnang Sdn Bhd


Al Kisahnya,rupanya inilah cerita sebenarnya kenapa GLITTERATI aku ditarik atau hilang. Semua angkara SERVER BLOG aku DOWN dan inilah PUNCA kenapa juga Status GLITTERATI aku hilang. Nasib baik,mati-mati aku ingat semua ini berpunca dari ENTRI yang cukup panas tempoh hari dan ini membuat aku cukup risau dan mengambil langkah berhati-hati bila membuat entri. Ingin aku petikan sekali lagi apa yang diucapkan oleh TUN Dr. Mahathir pada ABSMC 2010 tempoh hari sebagai peringatan buat semua dan juga buat diri aku sendiri,

" I would like to emphasise the need for bloggers to be responsible,for if we are responsible we can contribute to the community. Bloggers have the ability to shape the thinking and opinions of communitity, don't abuse but make full use of the internet. It is powerful instrument put into our hand.Becareful in the use of the freedom,Careful in the sense that we will be able to back what we say with truth and fact "

Hati aku berputik-putik,berseri-seri kembali dan aku ingin mengucap jutaan terima kasih kepada ROBB dengan penjelasan yang diberikan. Hati aku melonjak-lonjak untuk menekan bahagian CASHOUT dan seperti yang dijanjikan,GLITTERATI aku telah kembali kepadaku hari ini iaitu tepat 4 hari dari tempoh GLITTERATI aku ditarik seperti yang telah dijanjikan. MORAL OF THE STORY dari entri aku ini adalah " Jangan segan untuk bertanya soalan kerana jawapan yang diberikan mungkin tidak sama dengan apa yang kita fikirkan".

30 July 2010

PELIK TAPI BENAR | PARI MANTA SEBESAR 3 METER TERBANG

Sekadar berkongsi maklumat dan minat. Rasa-rasanya ramai yang tahu ikan PARI sedap dimakan,tapi sanggupkah korang makan seekor ikan PARI MANTA? Ikan PARI MANTA kalau diikutkan boleh membesar 6 meter hingga ke 7.6 meter dan anggaran berat dalam 2 ke 3 tan lebih. Apa yang aku ingin kongsikan disini adalah salah satu keunikan ikan PARI MANTA ini iaitu ia boleh terbang agak tinggi.


Lihatlah gambar menarik yang aku perolehi dari pakcik google yang diambil oleh Roland Seitre/Solent yang menunjukkan seekor PARI MANTA seakan-akan kapal terbang "STEALTH BOMBER" terbang setinggi lebih kurang 3 meter iaitu bersamaan 10kaki dari aras laut.


Apa yang aku terbaca,fenomena PARI MANTA ini melakukan penerbangan adalah disebabkan ingin mencari pasangan. Kadangkala terdapat situasi dimana PARI MANTA ini melakukan lompatan "SOMERSAULT".Ini berlaku disebabkan ada faktor yang "mengembirakan" yang membuat PARI MANTA melakukan lompatan ini.

BLOGGER CODE OF ETHICS | TUN DR. MAHATHIR SAYS | REVIEW

Semalam punya cerita dah settle tak perlu dibangkitkan lagi. Hari ini aku sekadar ingin berkongsi apa yang aku baca dalam sebuah akhbar tempatan yang menyentuh mengenai blogger. Artikel yang cukup menarik buat para blogger untuk maju kehadapan. Semuanya dipetik dari apa yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika beliau membuat ucapan disidang ASIAN BLOGGERS & SOCIAL MEDIA CONFERENCE.


Antara Saranan beliau kepada blogger adalah mempraktikkan secara sukarela KOD ETIKA dalam berblogging agar para blogger lebih bertanggungjawab dalam dunia sebenar dan juga dalam dunia Blogging. Ini demi memastikan BLOG menjadi salah satu "Medium" yang dihormati.

" I would like to emphasise the need for bloggers to be responsible,for if we are responsible we can contribute to the community" 

Ucapan yang cukup bermakna yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir. Kenapa blogger harus bersikap bertanggungjawab? Persoalan yang penuh makna dari TUN membawa maksud blogger yang bertanggungjawab juga memberi sumbangan dan berperanan dalam komuniti. Amat besar sekali tanggungjawab dipikul sudah semesti ada kebenarannya.

"   Bloggers have the ability to shape the thinking and opinions of 
communitity" 

KUASA BLOGGER itu pada pandangan aku bila membaca kata-kata TUN ini. Itu sebab blogger sekalian kena berhati-hati bila jari menaip ayat. Pastikan apa yang ditaip tidak lari dari niat untuk berblogging .Jangan main lepas sahaja apa yang nak diluahkan kerana ia akan memberi IMPAK yang besar kepada pembaca.

" Don't abuse but make full use of the internet. It is powerful instrument put into our hand" 

Setuju sekali dengan ayat ini. Bahaya sekiranya ada blogger yang menyalahgunakan blog sebagai tempat melepas geram tanpa memikirkan kesan negatif. Sebagaimana yang anda tahu Internet merupakan kaedah yang paling berkesan yang bersangkut paut dengan blogger, jadi gunakanlah ia dengan sebaik mungkin.

"  Becareful in the use of the freedom,Careful in the sense that we will be able to back what we say with truth and fact "

Hati-hati dengan kebebasan yg diberikan,itulah yang disarankan oleh TUN Dr.Mahathir. Sebab itu bila isu tempoh hari aku cukup melenting. Namun biarlah ia berlalu dan anggapkanlah ia sebagai pengajaran buat kita agar kita tidak leka dikemudian hari.

Cukup menarik sekali persidangan yang dilangsungkan. Rugi rasanya tak pergi. Sekiranya ada masa terluang ingin aku turut serta  persidangan sebegini satu hari nanti. Kepada semua blogger yang membaca entri ini, aku ingin ucapkan Selamat berblogging dengan penuh tanggungjawab dan beretika. 

BLOGGER WE CARE

29 July 2010

ISU NUFFNANG RACIST | HAL PERKAUMAN JANGAN DIBANGKITKAN

Hati-hati bila meluahkan perasaan. Bagi aku tak salah kalau nak meluahkan perasaan tetapi kena fikirkan juga perasaan orang lain. Kita dibagi otak untuk berfikir,gunakanlah sebaik mungkin untuk kebaikan bukan untuk keburukan. Bezakan yang mana baik yang mana buruk,takkan nak kena pakai otak aku nak bagitahu itu buruk takleh,ini baik boleh,boleh gitu.Adeyy..seperkara lagi janganlah merajuk kalau dah tak menang.

Blogging biar beretika,jangan ikut sedap jari je nak melabel orang kaki bodeklah,kaki ampulah dan lain-lain. Bodek-bodek bertempat wahai sahabat, bodek bukan nak menjahanamkan korang, salah ker kalau membodek bila ia memberi kelebihan? Bukannya membodek menyusahkan korang? Pernah korang rasa orang membodek dalam blogging korang yang dapat susah? Korang tak reti bodek masalah koranglah,sapa suruh jadi katak bawah tempurung.

Satu perkara yang aku paling pantang dalam berblogging bila timbul perkara yang bagi aku amat sensitif iaitu main taip ikut sedap jari tuduh pihak satu ni RACIST dan pihak ni RACIST. Apa kejadah nak bangkitkan perkara yang boleh mengugat keamanan. Korang takkan tak pernah tahu bila isu ini timbul ramai yang susah.Nak aku bagi contoh? Takyah korang dah besar panjang ada otak Lu Pikirlah sendiri. Tak boleh ker kalau dah tak menang tu korang tanya kenapa korang tak menang? Ni apasal nak bangkit-bangkitkan hal yang tak sewajarnya dibangkit.Alahai lagi teruk dari membodek..hampeh.

Pandangan aku terhadap NUFFNANG sepanjang bersama mereka honestly aku cukup berpuas hati walaupun cuma menang hadiah masa PROJECT ALPHA SEASON 2 setakat ini. Namun aku tak pernah nak merajuk sampai nak tarik iklan pasal pemenang contest orang berlainan kaum. Untuk pengetahuan semua Juri sebenar untuk kontest tersebut bukanlah dari PIHAK NUFFNANG,macam mana korang boleh kata diaorang RACIST? Tak faham aku. Perlukah semua ini? Ini pertandingan, yang kalah tetap kalah yang menang pasti gembira. Apa yang penting terimalah hakikat kekalahan dan mungkin belum ada rezeki nak menang apa-apa.

Hanya disebabkan korang tak menang dan pihak lain yang menang sanggup korang bangkitkan isu yang amat sensitif ini tanpa memikirkan IMPAK terhadap ramai orang. Jangan pasal kes tak menang kontest korang masuk KAMUNTING pulak yerr,berbaloi kerr? Kalau nak luah pun biar berpada-pada jangan perkara yang sebegini diungkitkan. Nak tunjuk kat orang korang merajuk? Alahai ADA KUKESAH bak kata AZWAN ALI. Pergilah merajuk diam-diam janganlah menunjuk-nunjuk korang merajuk...buruk bebenor tua-tua merajuk.

Oklah harap lepas nie,ingin aku ingatkan kepada korang semua termasuk aku sendiri,berblogginglah secara berhemah. Kalau rasa nak blogging semata-mata nak buat huru hara, korang pergi main jauh-jauh,Buatlah yang terbaik dalam berblogging. SAY NO kepada blogger yang membangkit perkara-perkara yang remeh dan tak beretika yang boleh membaca bencana. Tak salah memberi pandangan,tapi kena fikir dulu adakah ia memberi banyak kebaikan atau keburukan.

Buat yang terasa mungkin ayat-ayat aku agak panas sedikit, namun semuanya ikhlas dari aku agar kita sama-sama perbaiki kelemahan yang ada dalam diri kita. Aku masih baru lagi dalam berblogging ni tapi umur dah meningkat jadi aku gunakan saki baki umur aku ini untuk melakukan apa yang aku rasa terbaik dalam berblogging dengan cara hormatilah semua orang dalam berblogging tak kira bangsa dan agama. Harap Maaf sekiranya terlebih pulak bahasa yang aku pakai...cehhh kerana hal sebegini banyak ayat-ayat yang tak sedap dibaca keluar.

MORAL OF THE STORY
Orang cepat merajuk dilarang masuk Kontest..hehe

MUNCHY'S MIMIC TO THE MUSIC VIDEO CONTEST | HADIAH GEMPAK

48 hours sticky post. Scroll down for latest entries.


GEMPAK! GEMPAK! GEMPAK!


Apa yang gempak? Bukan Model diatas yang GEMPAK. Mungkin ada yang dah tahu dan ada yang belum tahu lagi. Jadi tak salah saya warwarkan kepada anda semua Kontest yang  GEMPAK tengah berlangsung sekarang. Tak rugi kalau turut serta dan saya rasa rugi kalau tak turut serta. 


Ini dia MUNCHY'S MUSIC CONTEST. Apa yang boleh saya katakan mengenai Kontest ini adalah ia cukup menarik sekali. Nak tahu lebih lanjut mengenai Kontest ini dan memenangi Hadiah?  Ikut langkah-langkah yang mudah seperti dibawah:


Langkah 1)
Daftar dahulu DISINI dengan mengisi maklumat anda. Untuk mengetahui bagaimana caranya sila lihat contoh pada "MUZIC WAFER COMMERCIAL" dan "Download" lagu tersebut.

Langkah 2)
Dah tahu macamana caranya? Apa lagi tunjukkan bakat anda dalam mencipta rentak irama"MUZIC Wafer Jingle" paling kreatif. Mungkin anda mempunyai bakat terpendam. Apa yang perlu anda lakukan adalah  ber"Jingle" mengambil VIDEO bersama sekurang-kurangnya dengan satu "MUZIC Wafer Pack" dalam tempoh tidak melebihi 30 saat. Amacam? Begitu mudah sekali.

Langkah 3)
Bila rakaman VIDEO telah siap anda dikehendaki Muatnaik VIDEO tersebut dengan menekan bahagian "MIMIC" untuk proses penghantaran penyertaan.

Langkah 4)
Hanya 4 langkah untuk anda melangkah sebagai Pemenang. Juri akan memilih 20 peserta yang terbaik untuk diadili. Mungkinkah anda salah seorang daripadanya? Nak tunggu apa lagi? JOM turut serta .

HADIAH BAKAL DIMENANGI SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT

HADIAH pada Peringkat 1 - VIDEO YANG TELAH DIHANTAR
Untuk peringkat ini seramai 20 orang yang teratas terpilih akan menerima Hadiah berupa HAMPER MUNCHY'S bernilai RM150 setiap seorang



HADIAH pada Peringkat 2 - KEDUDUKAN DAN UNDIAN VIDEO
Hadiah berupa iPAD 32GB bakal dimenangi pada peringkat ini dan  3 orang dengan UNDIAN tertinggi akan menerima hadiah ini setiap sorang.

Hadiah berupa iPOD TOUCH 8GB juga bakal dimenangi dan 10 orang pemenang bertuah  akan membawa pulang hadiah ini berdasarkan UNDIAN atau KEDUDUKAN yang paling hampir dengan 3 tempat pemenang teratas.

Jadi apa tunggu lagi..CEPAT..mudah sekali kalau berfikir secara kreatif. Jangan ditangguhkan. Lagi cepat join lagi cerah peluang anda. TARIKH TUTUP Peraduan sebelum 5hb OGOS 2010.

28 July 2010

SUPPORT BEAUTIFULNARA | ASIAN BLOGGERS & SOCIAL MEDIA CONFERENCE 2010

Seperti mana yang aku rasa ramai orang tahu bermula 28hb Julai sehingga 29hb Julai 2010, telah berlangsungnya ASIAN BLOGGERS & SOCIAL MEDIA CONFERENCE 2010 kat BERJAYA TIMES SQUARE HOTEL. Namun ramai orang tak tahu yang aku tak menghadiri CONFERENCE tu..hehe..


BANNER BESAU TERPAMPANG KAT LUAR

BUNTING ABSMC 2010 ADA MUKA CHE' DET (KALAU GAMBO NARA AKU PENGSAN MASA TU GAK..AHAKS)

Tapi aku pegi jugak ke BERJAYA TIMES SQUARE HOTEL hanya semata-mata nak turunkan ilmu dalaman kepada blogger yang amat memerlukan iaitu BEAUTIFULNARA..ahaks..ahaks..Aku pasti NARA terkena sampuk dek HANTU darah gemuruh satu badan...wakakaka

 PINTU MASUK KE DEWAN

MAHU TAK TERKUCIL MENGADAP ORANG..

Rugi wehh tak dengar UCAPAN dan TIPS dari YB (Yang Berucap) NARA. Macam-macam TIPS diperolehi. Tapi jangan risau aku rasa NARA akan membuat Konsep ala-ala rumah perkongsian kat dalam blog AMAZINGNARA. Jadi korang harus gitu follow blog nie.

BRO ZAID & RAKAN TURUT MENGHADIRI CONFERENCE

MUKA LEGA SELEPAS BERUCAP..

PROMOSI TERHAD UNTUK WAKTU SINGKAT..AHAKS

Lepas ni  BEAUTIFULNARA jadik Full time SPEAKER nampak gayanya..hehe..meh..meh tukar domain dengan aku. BEAUTIFULARMO wahhhhh..hehehe..TAHNIAH buat BEAUTIFULNARA atas pengiktirafan yang diberikan sebagai seorang SPEAKER bersama-sama dengan salah sorang SPEAKER  berkaliber iaitu TUN Dr. Mahathir Mohammed.

KISAH ADIK BERADIK DILARIKAN | REVIEW DAN PERINGATAN

Pagi-pagi turun kerja seperti biasa aku akan mendengar radio HOTFM yang dikecohkan oleh si FARA FAUZANA dan FAIZAL ISMAIL. Terdengar kisah yang membuat bulu roma ku meremang seketika. Kisah dua beradik perempuan yang berada didalam kereta dilarikan oleh 3 lelaki dan ditemui satu jam setengah kemudian dan ditinggalkan ditepi jalan yang gelap.

Bukan apa bila aku kenangkan balik, macam mana kedua ibubapa kanak-kanak tersebut boleh tinggalkan anak mereka untuk seketika pada hal waktu yang seketika itulah macam-macam kejadian boleh berlaku. Mungkin kelalaian seketika maka terjadinya peristiwa ini. Aku sentiasa mengingatkan diri aku walau untuk seketika,bila keluar kereta untuk kekedai runcit pastikan kereta berkunci.

Bila aku fikirkan balik risiko amatlah tinggi,kerana apa-apa pun boleh terjadi walaupun kereta dikunci. Sebagai pengajaran buat aku dan selepas ini aku akan pastikan tiada sesiapa pun akan berada dalam kereta walaupun aku hanya keluar untuk seketika.

Nasib baik tidak ada apa-apa yang buruk terjadi kepada kedua-dua kanak tersebut. Seram,risau,marah dan macam-macam lagi perasaan bercampur baur bila mendengar kisah mereka pagi tadi. Yelah aku sebagai seorang bapa kepada 4 orang anak sudah tentu risau bila ada perkara sebegini berlaku.

Buat anda semua diluar sana dan juga kepada aku sendiri,beringatlah "HANYA UNTUK SEKETIKA,HILANG SELAMANYA"...itulah yang bermain-main didalam fikiran aku sekarang. Risau sangat sebab benda ni boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk aku.

BEAUTIFULNARA DALAM 8TV QUICKIE | ABSMC 2010

Wahh..BEAUTIFULNARA semakin mantap. Baru sampai rumah pastu relak sekejap, anak aku bukak channel 8TV sambil aku baru nak meng"tweet-tweet" nak menyakat si anak ikan,tengah menaip kedengaran suara macam pernah aku dengar tapi dimana ya? 

Aku dongak pandang kat skrin TV laaaaa...rupanya BEAUTIFULNARA LIVE kat 8TV. Bro NARA bertambah-tambah mantop nampak gayanya.
 
Aku pulak yang teruja,siap suruh anak duduk ketepi. Aku sempat tengok kejap jer tak sempat nak dengar apa yang bro NARA cakap..bunyi macam nak jemput makan nasi minyak  pun ada jugak..ahaks.. Perghh  bertambah-tambah lah peminat BEAUTIFULNARA.


Rupanya beliau sekarang dah ada JOB baru iaitu sebagai seorang SPEAKER RADIO..Opsss salah..ahaks..ahaks..SPEAKER lah..woittt. Boleh masuk parlimen ni dah jadik SPEAKER hehe. Alah SPEAKER yang orang selalu buat talk tu. 

Cayalah Bro Nara. Sebagai kenangan aku tangkap gambar BEAUTIFULNARA yang aku ambik dari TV ku yang telah lama berjasa. Lepas ni silap-silap ramai yang datang menjemput BEAUTIFULNARA untuk buat talk. Satu pencapaian yang cukup hebat. Tahniah Bro 

27 July 2010

LG COOKIES PARTY | FOOD & CAMERAMAN | MACAM-MACAM

Apalah aku nak tulis tentang LG COOKIE PARTY tempoh hari? Selepas aku godek-godek gambar yang terdapat dalam simpanan aku maka "TING" aku dapat idea (siap ada sound effect lagi..ahaks). Aku nak citer sikit pasal makanan yang sedap belaka pada malam tu dan juga nak kongsi gambar kameraman yang bertungkus lumus pada malam tu.


AIK??? Mana gambar makanan? Hehehe..Kesemua makanan sedap-sedap belaka. Kenapa aku cuma ambik gambar nama makanan yang dihidangkan? Panjang ceritanya. Nak cerita yang betul atau yang tak betul? Ok baik aku cerita yang tak betul dulu. Puncanya korang boleh tengok gambar bawah. Bro EYRIQAZZ  dan CHEARMSTER dah bedal semua makanan dalam diam-diam. 

AKSI BRO EYRIQAZZ BUAT MELELEH AIR LIUR

Korang tengoklah EYRIQAZZ makan penuh dengan sopan santun dan tatasusila sekali..ahaks..ahaks. Cuba korang tengok CHEARMSTER kat bawah pulak..3 ke 4 pinggan beliau bedal...wakaka. Gambar sekadar hiasan untuk entri kali nie.. Terima kasih kat emak ikan kaloi si SUMIJELLY atas gambar anak ikan kaloi beliau..ahaks..ahaks..

GAMBAR KREDIT SUMIJELLY - CHEARMSTER

Ini pulak cerita yang sebenar-benarnya. Aku tak sempat nak ambik gambar makanan sepenuhnya kerana sibuk pegi ambik gambar masa KENNYSIA buat game kat atas Stage. Diaorang bukan nak bagitahu aku..tengok-tengok semua tengah khusyuk mengadap makanan..adeyyy..Namun sempat juga mengambil sedikit makanan sampingan..

TAK PASTI APA NAMA MAKANAN NI,TAPI SEDAP

PIZZA "LEMPENG" NIPISNYERR

POTATO SALAD

CHOCOLATE BROWNIES "SODAPPPP"

FRESH FRUIT

Begitulah cerita menu makanan pada malam tu. Secara keseluruhan aku paling suka SPAGHETTI GARLIC CHILLY. Sedap dan honestly aku sebenarnya tak berapa suka SPAGHETTI tapi SPAGHETTI malam tu  terasa sungguh sedap dan membuat aku tambah sampai 2 pinggan ..haha..


Korang lihatlah aksi jurugambar yang mengambil  gambar muka kitaorang yang boleh dikategorikan hensem jugak pada malam tu. Macam bintang filem pulak rasanya. Kalau si BOB tak salah tarikh hari tu mesti HAVOC punyer..Oklah itu sahaja entri aku kali ni..nanti aku cari modal cerita lagi..adios

26 July 2010

LG COOKIE MONSTER PARTY ROCKSSSS | LG & NUFFNANG

Terlambat meng'UPDATE' Event yang dianjurkan oleh LG dan NUFFNANG dengan sengaja. Aku tak larat wehh. Dari Maybank Training Centre Bangi penat bersukan terus 'Shoot' ke KL untuk event ni. Entri bergambar untuk sajian semua..

 LOKASI 'EVENT' NEAUTRAL CLUB,JALAN P.RAMLEE

BANNER MENARIK  LG COOKIE PARTY KAT LUAR

Sebuah lagi "EVENT" yang gempak dianjurkan NUFFNANG bersama LG. Aku pasti Bro BOB mengigau tak pegi..hehe..sabar jerlah si bob nie boleh salah tarikh "EVENT"...


Ramai sungguh rakan-rakan blogger yang ditemui pada "EVENT" ini, cukup meriah dengan perlbagai persembahan,lucky draw dan acara lelong. Cuma untuk lucky draw bukan rezeki aku pada malam tu,rezeki EYRIQAZZ dan CIKLILY.


Hadiah cabutan bertuah amat menarik sekali. Bro EYRIQAZZ dan CIKLILY masing-masing memperolehi Handphone LG Cookie Fresh setiap sorang. Tinggallah kitaorang melopong yang cuma dapat door gift.


Acara yang di "MC" oleh salah seorang TOP BLOGGER di Malaysia iaitu KENNYSIA cukup "Happening" sekali. Dianggarkan 99 orang (tolak sorang iaitu REDFINGGER yang salah tarikh..hehe..)  telah turut serta memeriahkan Acara ini.

PEMENANG "BEST MALE COSTUME" DiDi

Dipenuh dengan pelbagai acara dan juga makhluk-makhluk yang cukup mengerikan. Naik seriau aku..boleh deman tengok monster-monster yang hadir..Namun Tuah DiDi pada malam itu bila di nobatkan sebagai MONSTER of THE YEAR..hehe

HAMZAH, JAI (akulah tu..), NICHOLAS,EYRIQAZZ dan CIKLILY

NICHOLAS DAHAGAKAN DARAHHHH...

Kalau aku tahu macam nie rupa monsternya,memang aku tempah dari awal-awal lagi. Ingatkan konsep monster yang cute jerr,rupa-rupanya monster yang ganas pun boleh join gak.

Event cukup meriah dan aku bertuah kerana memperolehi rakan baru blogger antaranya jejaka muda yang bakal menjadi rebutan wanita diluar sana HAMZAH IAN & CHE ARMSTER (macam pernah kulihat tapi dimana ya? Clue..amboii3x..hehe) Tak ketinggalan NEXT Project Alpha Blogger TIANCHAD.
 
AKSI SUMIJELLY DENGAN HANTU DAN LAYAN LG MODEL

Hah Blogger sorang ni bukan main lagi..hehe..SUMIJELLY yang aku rasa beliau berminat sungguh dengan LG Handphone. Mungkinkah beliau cuba berunding dengan Bro EYRIQAZZ dan CIKLILY untuk mendapat penawaran yang terbaik? Kita tunggu dan lihat blog beliau nanti..


Gambar ni wajib ditayangkan,merah menyala. Kasut REDMUMMY yang cukup gempak. Namun baju dikenakan pada malam itu berwarna Biru. Nak tukar dari REDMUMMY ke BLUEMUMMY ker..hehe..

REDDADDY DISERBU PEMINAT-PEMINAT
(Depan : AKU dan DAYDECK, Belakang : CIKLILY, CHE ARMSTER,EYRIQAZZ,SIRMAN,SUMIJELLY & HAMZAH IAN)

AKU DENGAN PASANGAN ROMEO DAN JULIET

Pasangan REDMUMMY & bro SIRMAN mati-mati aku ingat diaorang berdua ni tak datang. Apa lagi bila dah jumpa kecohchi(lebih kurang kepochilah tuh..) Kena serbu dek blogger-blogger yang tak ingat bila bergambo..

JEJAK KASIH..

Cehh..REDMUMMY & FOURFEETNINE macam kisah jejak kasih. Kembar tak sama tinggi yang telah lama tak jumpa..ahaks..


 BAKAT-BAKAT TERPENDAM NUFFIES

NUFFNANG STAFF & THE MONSTER

Seharusnya aku kena ucapkan tahniah kepada BOSS NUFFNANG iaitu TIMOTHY kerana menganjurkan Event yang cukup gempak. Tak ketinggalan juga buat NUFFIES yang bekerja keras untuk memastikan acara pada malam itu happening..

Harapan kalau boleh di tunaikan permintaan aku ini kerana atas alasan aku memang susah nak menang Lucky Draw (asyik-asyik dia,asyik-asyik dia jer menang..ahaks..ahaks..yang sentiasa bertuah EYRIQAZZ congrats bro).... Lain kali buat LUCKY DIP pulak supaya semua yang senasib dengan aku akhirnya dapat jugak hadiah..hehe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails