30 April 2010

EKSKLUSIF - DATO K KEMALANGAN SUAMI DATIN PADUKA UMIE AIDA

Aku baru balik dari membuat laporan Polis sebab hari ini aku telah terlibat dengan kemalangan disekitar jalan imbi ke jalan Sultan Ismail. Kereta aku berlanggar dengan sebuah BMW 5 Series (Masak wehh sebab aku langgar dari belakang..)

Kereta yang aku langgar buat "Emergency Break" dan jalan pulak licin dan jarak antara kereta tersebut dengan kereta aku hanya dalam beberapa meter maka DUMM!! Sudah!! 

INI KERETA AKU..BUKAN KERETA DATO "K"

Sememangnya kesalahan akan berpihak kepada pemandu yang melanggar dari belakang sebab sudah tertulis dalam perundangan (Bergantung dengan situasi gak...tapi majority yang melanggar dari belakang adalah pesalah)

Maka aku kena buat report kat Balai Polis Tun H.S. LEE. dan disinilah aku telah terjumpa seorang yang pada mulanya aku risau nak tegur (yelahh..sebab dia orang yang cukup terkenal...).

Beliau adalah DATO "K" tetapi bukan DATO "K" Dato Siti Nurhaliza tetapi DATO "K" @ Dato Paduka Khairuddin Abu Hassan iaitu suami kepada Datin UMIE AIDA.

 SELAMAT BERBAHAGIA

Aku beranikan hati untuk menegur beliau dan alhamdullilah,teguran aku disambut oleh beliau dengan ramah sekali.Rupa-rupanya beliau juga mengalami kemalangan bila kereta beliau bergesel dengan sebuah kereta pada pagi tadi disekitar kawasan bangsar.

BUKTI AKU TAK TIPU....NAME CARD BELIAU YANG DIBERI KEPADA AKU

Tetapi tiada siapa yang tercedera termasuk beliau,cuma kereta beliau "tercedera".Aku mintak kebenaran dari beliau untuk membuat entri ini,yang pada mulanya beliau macam berat hati (Mungkin taknak orang risau dan kecoh kut...)

Tetapi aku mintak juga dan beliau cuma mampu tersenyum..Aku sebenarnya cukup tabik dengan keramahan dan aku tak sangka yang beliau seorang yang cukup senang diajak berbual,tak rugi DATIN Umie Aida dapat dia..hehe..Suami yang penuh kesopanan dan menghormati tak kira siapa..

Akhir dari aku,aku ingin ucapkan sekali lagi (Tadi dah ucap..tapi nak ucap secara bertulis pulak) "SELAMAT PENGANTIN BARU" semoga berkekalan sehingga akhir hayat dan terima kasih kerana sudi melayan aku dan aku amat menghargainya...

PERGADUHAN DALAM KEJIRANAN

Adeyy..baru je semalam jiran mati dipukul ada lagi bersambung kisah kejiranan yang sepatutnya hidup dalam harmoni tetapi dah takde semangat kejiranan. Kisah dilapor dalam MSTAR memyatakan pergaduhan yang berakhir dengan masing-masing dikenakan denda RM500 dan berkelakuan baik selama 6 bulan.

SEKADAR GAMBAR HIASAN

Macam-macam,nampaknya pihak tertentu kena lihat situasi ini agar keharmonian tidak digugat oleh perkara-perkara yang tidak diingini.

29 April 2010

KICKDEFELLA DITAJUK UTAMA BERITA..SIAPA DIA NI?

TOPIK HANGAT!! SAYA TERIMA 4 JUTA

Aku tak naklah masuk campur dalam hal-hal politik sebab aku bukannya seorang yang begitu arif pasal politik.Entri aku sekadar ingin berkongsi pandangan dengan korang semua terhadap seorang blogger yang begitu aktif dalam membicara hal-hal politik.


Beliau adalah saudara Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali dengan nama blogger beliau Sheih Kickdefella. Penulisan beliau berkisar dengan hal-hal politik yang aku taknak sentuh disini.

Apa yang aku ingin kongsikan hanyalah pandangan aku terhadap beliau. Sememangnya aku cukup tabik pasal keberanian dan kelantangan beliau dalam menulis didalam blog. Bukan bermaksud aku menyokong atau tidak menyokong beliau. Aku hanya pemerhati tak dibayar.

Cuma apa yang aku rasa sebagai blogger etika dalam penulisan perlu ada dan kena ada batasnya kerana sekira silap guna akan mencetus huru hara dan ketidakstabilan sesuatu negara. Bak kata pepatah 'KERANA MULUT BADAN BINASA' aku takut nanti pepatah sebegini pulak akan keluar 'KERANA BLOG HANCUR NEGARA'.

Kebebasan yang diberi dalam penulisan didalam blog hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya. Jangan terlalu taksub sehingga memudaratkan kerana akhirnya kita sendiri yang merana. Jadilah seorang blogger yang berhemah untuk kebaikan bersama. Hanya cetusan hati ikhlas dari aku..

ENTRI KICKDEFELLA DITAJUK UTAMA BERITA

SEDIKIT INFORMASI BLOG KICKDEFELLA
STATUS ALEXA RANKING PADA 29.04.2010 -  172,050
TRAFFIC RANK DI MALAYSIA - 1,301
SITE LINK - 471

PAGERANK - 5/10

ARTIS YASMIN HANI ,LANA NORDIN DAN TANIA ZARA MAIN SAMAN PULAK

Musim saman menyaman dah tiba. Terbaca info kredit MSTAR yang cukup pantas informasi terkini dan aku suka. Apa yang aku tahu diaorang memang berhak untuk menuntut baki bayaran sebanyak RM23,800 dari dua penerbit Filem.

YASMIN,TANIA DAN LANA
Fail tuntutan saman akan difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Majistret, Jalan Duta, Kuala Lumpur, pada hari khamis 29 April 2010 sekitar pukul 3.00 petang.

BEAUTIFULNARA SURUH TENGOK BULAN PADA 28HB APRIL 2010 ? ADA ARTIS KER?

Apalah punya topic..Ahaks..ahaks. Entri aku sebenarnya berpandukan informasi yang aku baca dalam blog salah seorang blogger yang begitu muda usianya baru 15 tahun yang bernama  MUHAMMAD JAZLAN banyak menceritakan hal-hal ASTRONOMI iaitu dalam Blog beliau  FENOMENA ASTRONOMI.

Itu pun selepas BEAUTIFULNARA warwarkan dalam blog beliau, dimana dari pengamatan deria ke  berapa entah, aku dapat rasakan beliau seakan-akan bersantai diluar rumah sambil memandang ke langit melihat satu fenomena yang terjadi kepada BULAN pada 28hb April 2010..ahaks..ahaks

INI BUKAN GAMBAR BULAN PADA 28.04.2010. SEKADAR GAMBAR HIASAN

Mengikut blog JAZLAN beliau menerangkan Bulan pada 28hb APRIL ini merupakan BULAN FASA PENUH. Pada tarikh 28hb APRIL ini Planet UTARID berada di posisi inferior conjunction (Cehh..aku dah rasa macam pakar ASTRONOMI pulak bila berbahasa macam nie..ahaks..ahaks..).

Nak tahu lebih lanjut sila baca informasi yang amat berguna dari anak muda yang bercita-cita mejadi Ahli ASTRONOMI suatu hari nanti (INSYALLAH..Semoga tercapai impian beliau...)


Kesimpulannya..inilah anugerah kebesaranNYA dan aku cukup bersyukur kerana masih sempat menikmati keindahan CiptaanNYA.

28 April 2010

Road Trip with My Broadband

Perjalanan aku sebagai seorang blogger mula-mula hanyalah untuk suka-suka dan ingin mempelajari sesuatu benda yang berfaedah serta ingin berkawan seramai mungkin. Liku-liku sebagai seorang blogger sudah tentu  banyak cabaran maka disini aku ingin kongsikan aku punya "Road Trip with My Broadband" dan yang aku maksudkan adalah berkenaan broadband.


Broadband pertama aku yang aku guna pakai adalah MAXIS Broadband. Tetapi itupun aku hanya melayari internet melalui talipon. Aku teringin mencuba sesuatu yang lebih berkuasa,maka aku telah nekad untuk beli sebuah LAPTOP untuk mencapai kepuasan dalam berinternet.Maka bermulalah sejarah blogging aku.

Disebabkan aku masih baru dalam blogging dan kebetulan rakan-rakan aku ada melanggan P1 WIMAX Broadband,maka tanpa segan silunya aku offer diri aku untuk masuk dalam geng kongsi yang pada mulanya hanya 4 orang. Selepas persetujuan masing-masing,maka bermulalah pelayaran aku dengan menggunakan P1 WIMAX Broadband.

Tetapi sekarang aku inginkan sesuatu rekaan yang kecil,ringkas dan mudah dibawa kemana-mana,maka dengan ini aku bertekad untuk memiliki satu rekaan yang menarik minat aku,iaitu W1GGY,satu lagi inovasi yang cukup canggih keluaran P1 WIMAX.


Dengan reka bentuk terkini dan kepuasan penggunaan yang aku dengar selama ini membuat aku teruja untuk memiliki sebuah alat ini. Aku tidak perlu menoleh kebelakang untuk mengetahui sejarah P1 WIMAX kerana aku yakin inilah broadband yang aku idamankan bersama dengan W1GGY yang amat comel.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

KENANGAN DI ISTANBUL TURKEY @ TURKIYE

Kenangan aku melawat ke ISTANBUL TURKEY begitu menarik sekali. Aku suka dengan persekitaran di Turkey tetapi cuaca kadangkala merimaskan sehingga memaksa aku memakai baju sehingga 4 lapis iaitu 2 T-shirt 1 sweeter dan jaket ala-ala kulit (dari jauh macam jaket kulit tetapi pvc..hehe).Sesiapa yang alah pada kulit silap-silap bergaru malam.

HOTEL TEMPAT PENGINAPAN KITAORANG

Lawatan ini telah lama berlalu iaitu sekitar tahun 2006 namum kenangan tetap bersemadi diingatan. Kalau diberi peluang ingin aku kembali kesini sekali lagi bersama dengan keluargaku.Banyak kisah sejarah yang terdapat di TURKEY ini,tetapi aku hanya ingin kongsikan apa yang dipaparkan disebabkan 1001 macam cerita dan 1001 malam nanti korang tak abis baca.

BERLATARBELAKANGKAN BLUE MOSQUE "MASJID BIRU"

Keindahan BLUE MOSQUE atau dalam bahasa Turkey SULTANAHMED CAMII memukau aku dengan senibina dalaman yang cukup menarik. Dibina dalam tahun 1609 dan siap pada tahun 1616 atas arahan Sultan Ahmed 1 pemerintah zaman itu.

DIPINTU MASUK "AYA SOFIA"

Kecantikan sebuah lagi bangunan bersejarah iaitu 'AYA SOFEA' yang asalnya adalah sebuah gereja bertukar kepada masjid dan terakhir iaitu pada tahun 1935 telah diwartakan sebagai museum.


Cukup terkenal kerana memiliki beribu kedai cenderamata dan pelbagai barang dan merupakan bazaar yang tertua dan terbesar diistanbul. Dibuka sekitar tahun 1461. 

PINTU KEDUA YANG AKU TEMUI "THE GRAND BAZAAR KAPALICARSI"

Bazaar ini mempunyai empat pintu utama terletak di hujung dua jalan utama yang menyilang berhampiran sudut barat daya bazaar. Aku cuma menemui 2 pintu disebabkan terlampau penat berjalan dan kawasan memang teramatlah besar.

ANTARA KEDAI YANG TERDAPAT DI "BAZAAR KAPALICARSI"

Salah sebuah kedai yang aku masuk dan aku amat leka didalam kedai ini hampir 45 minit. Geram !!!Nak aje aku beli sepucuk buat mainan..hehe.

TENGAH MENGUGUT TUAN KEDAI

Tak dapat bawak balik dapat pegang dan acu kat tuan kedai jadilah..bukan plastic yer,solid besi amende entah. Ada sesetengah senjata buatan tangan dan hasil kerja begitu menakjubkan.

"PASAR BASAH" aku dah lupa nama pasar ni..

Pasar basah atau Pasar ikan kat TURKEY ini penuh dengan ikan yang segar bugar.Harga ikan sememangnya amat mahal. Suasana sejuk sebab kawasan penjualan terletak disebelah muara..Dinner kat restoran,harga ikan tongkol (sebelah sahaja lebih RM20 hengget kau,dahlah kecik nak mampus,banyak ruang perut aku terbazir..hehe)

LAUTAN "BLACK SEA" DALAM PERJALANAN KE BURSA

Antara pemandangan yang berjaya aku rakam menggunakan kamera biasa tapi gambaran begitu menarik pada pandangan aku. Gambar diatas dirakam dari atas feri dengan Burung Laut atau "SEAGULL" berterbangan mencari makanan. Sempat memberi makanan kat burung-burung nie dengan sekeping roti,hanya hulurkan tangan kat tepi feri burung-burung ini akan datang menyambar..

BUKIT DIPENUHI OLEH SALJI

Pemandangan menakjub dari dalam pesawat ketika melintasi banjaran apa entah..aku dah tak ingat..lagi gambar yang menarik bagi aku yang berjaya aku rakam. Ikutkan banyak lagi gambar menarik,seolah-olah diambil oleh Jurufoto Pro kau..hehe..tetapi cukuplah dua gambar buat santapan semua.

AKU DENGAN TOURIST GUIDE

Gambar diatas aku sempat abadikan gambar aku dengan pemandu pelancong iaitu saudara seagama dengan aku yang bernama FUAT BEYKOZ warga TURKEY yang mempunyai pengetahuan yang amat mendalam sejarah Turkey. Seorang penyokong kuat pasukan bola sebuah Kelab Profesional dari TURKEY iaitu FENERBACHCE.

'BOH' 1Ummph 1Smile 1Malaysia

Undi!!Undi!! Marilah kita pergi mengundi..bukan pilihanraya yerr..ni nak habaq satu Malaysia yang aku saja suka-suka nak join kontest yan g si POJIEPOOH masuk hari tuhh..agak lambat baru nak join.Hampehh. Walaupun aku sedar muka aku serius tetapi aku masih lagi mampu tersenyum..ahaks..ahaks..

Kan aku dah kata senyuman aku meleret sampai kehidung..hehe..Ok gini, kalau korang nak VOTE aku tak susah janji ada FB @ FACEBOOK. Kat SEARCH tu korang taip BOH TEA MALAYSIA atau KLIK SINI pastu korang tengok kat atas gambar uncang teh tu.

Nampak 1UMMPH 1SMILE1MALAYSIA GALLERY tak?Maka akan keluar gambar macam kat atas tapi lom ada muka aku lagi. Kalau tak nampak jugak korang KLIK KAT SINI. Kalau dah nampak muka aku yang agak-agak blur tu,sila taip nama aku AZHAR RAMLI dan korang pasti suka sebab akhirnya muka aku menjelma depan mata korang..hehe.. 

Apa lagi VOTE dengan segera kerana sesiapa yang  VOTE aku dan kalau aku menang,kita pergi makan NASI BRYANI  wehhhh..aku sponser makan sampai kenyang..betul...aku tak tipu..itupun kalau aku menang RM5,000 atau RM1,000. 

Cepat!!Cepat!! Makan Free...makan seketul ayam dapat seketul ayam percuma,makan 10 ketul ayam aku panggil bomoh takut korang bawak hantu raya sekali, kalau makan lebih dari 10 ketul,memang korang nak kena luku dahi!! Orang lain pun  nak makan wehhh..ahaks..ahaks

Contest "Tunjukkan Bakat Anda"

Contest!Contest!..dah lama aku tak join contest..Contest nie pun aku baru tahu dari blog bro MELROMEO. Kira nie antara contest yang aku rasa aku baru join bulan ni kut. Contest dianjurkan oleh ERY FARIEHA agak menarik perhatian aku kerana melibatkan bakat aku yang tumbuh semulajadi dalam diri aku.

Hadiah cukup menarik tetapi aku tak tahu,mungkin melancong kut. Rasa-rasanya pergi ke AFRIKA tetapi bukan tempat World Cup tuh..mungkin negeri yang berdekatan seperti SOMALIA..apa-apa pun hadiah aku tak kisah dan menang kalah aku pun tak kisah janji aku join sekaki (entah sempat ke idak pasal closing hari aku postkan entry ni..28/4/2010..)


Aku agak ketinggalan dan masa cukup mencemburui aku,maka ini sahaja yang mampu aku persembahkan. Sentuhan menggunakan Photoscape V 3.2 (version lama daa..). Bermain dengan banyak warna digabungkan latarbelakang dengan 3 jenis warna untuk kesesuaian blog ERY FARIEHA.

Aku nak suruh korang join tak tahu sempat ke tak sempat. Apa-apa hal atau ada sesiapa yang nak join aku pergi ke AFRIKA meh,cuba asah bakat anda dengan klik bahagian banner kat bawah nie.Mana tahu ada rezeki.


27 April 2010

BENJY @ KHAERYLL BENJAMIN IBRAHIM HUJAHAN BERTULIS DAKWA TUTUP MALU..

Nampaknya kes semakin hangat,beberapa komen aku tak dapat publishedkan daripada si anonymous atas sebab-sebab tertentu. Aku cuma menyampaikan informasi dan sekiranya ada komen  yang agak keras dan  daftar sebagai anonymous aku tak akan paparkan diruang komen dan itu juga bergantung kepada aku.


Semalam, mengikut UTUSAN MALAYSIA ,BENJY telah mengemukakan hujah bertulis melalui peguam beliau iaitu Amer Hamzah Arshad di Mahkamah Tinggi yang dalam hujah beliau,beliau memberitahu bahawa penahanan semula oleh pihak polis hanyalah satu rancangan luar jangkaan dalam usaha menyelamatkan imej dan reputasi pasukan itu yang dikatakan tidak berupaya mendakwanya mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dah..jadi satu ceritalah pulak. Aku rasa elok tunggu dan lihat siapa yang bersalah dan menang kes. Nak cerita panjang pun tak guna selagi hukuman belum digugurkan,jadi aku nasihat buat anonymous yang nak komen diaorang dipaparkan disini ada berani janganlah pakai anonymous..

KRISDIYANTI GUGUR KANDUNGAN ?

Baru terbaca kisah-kisah artis dan yang cerita satu ni agak menarik perhatian aku dan memeranjatkan aku. Bila masa beliau mengandung? Cepat jer berita sampai. Sah-sah berita ini dijadikan cerita rekaan semata-mata. Apa yang aku baca cuma menyatakan KD pergi ke Australia dan beliau menafi yang beliau menggugurkan kandungan.


Apa yang nyata KD dah beri bukti menunjukkan bukti video pemergian beliau ke Australia. Jadi janganlah diburuk-burukkan lagi keadaan. Beliau juga manusia yang ada hati dan perasaan. Info aku baca dalam MSTAR.

TIPS : 10 PERKARA "BUAT" DAN "JANGAN BUAT" DALAM SEO

Ingin berkongsi dengan korang semua dengan satu artikel yang aku perolehi dalam internet berkenaan Kesilapan dan perkara yang perlu dibuat dalam membuat SEO. (Aku sendiri cuba memahami..nak jawap aku sendiri tak reti..)


Jadi sama-sama kita hayati TIPS yang aku perolehi untuk kebaikan bersama. Aku nak alih bahasa malas, harap korang alih bahasa sendiri yer,pasal kalau aku alih bahasa mungkin mengambil masa bertahun lamanya..hehe..

CREDIT TO Debbie Everson in SE Optimization

These 10 simple do's and don'ts can help you to avoid making potentially dangerous SEO mistakes and ensure your site is indexed and boost rankings.

1. Do Create Fresh Content.

2. Do Take Advantage of Google Analytics

3. Do Perform Competitive Intelligence.

4. Don’t Link to Low Quality Websites. 

5. Do Maintain a Uniform URL Structure.

6. Do Include Long Tail Keywords. 

7. Do Target the Correct Keywords. 

8. Do Implement a Robots.txt File.

9. Don't Use too Much JavaScript.

10. Don't Use Flash for SEO. 

With so much misinformation out there, along with a lack of knowledge about how SEO works, you could end up getting your website banned from the search engines. Learn how to avoid common mistakes with these 10 simple do’s and don’ts.

26 April 2010

KEJAYAAN BERPIHAK KEPADA BARISAN NASIONAL

Aku ingin ucapkan tahniah kepada parti yang memenangi Piliharaya untuk Kawasan P.094 Hulu Selangor terutama calon Barisan Nasional P.Kamalanathan atas kemenangan beliau semalam. Buat yang kalah,jangan putus asa boleh cuba lagi di Piliharaya yang akan datang.


Nasihat aku kepada pemenang,janjikan apa yang dikota,setiap orang menantikan perubahan yang telah dijanjikan. Jangan hampakan para pengundi yang telah mengundi anda. Laksanakan tanggungjawab dengan adil,saksama dan penuh dedikasi.

TAHNIAH!!

PIHAK BERWAJIB SILA AMBIL PERHATIAN!!

Entri kali ini lebih kepada permasalahan remaja-remaja sekarang yang seolah-olah menjadi satu trend. Sikit-sikit nak bunuh diri.Adeyy..pening memikirkan permasalahan ini,yelah aku pun ada anak yang sedang meningkat remaja risau pun ada kalau perkara ini tidak dibendung. 

Memang ibubapa perlu memberi perhatian kepada anak-anak mereka tetapi aku harap pihak berwajib dapat membantu sekiranya permasalahan ini berpunca dari dalam sekolah.


Dah 2 kes cubaan remaja membunuh diri. Antara alasan diberikan ejekan dari rakan-rakan. Pihak kementerian perlu mengambil langkah segera untuk menangani permasalahan ini dan dibantu oleh ibubapa dalam memahami isi hati pelajar-pelajar.

Keadaan akan bertambah serius sekiranya kematian terjadi dikalangan pelajar-pelajar. Aku pun naik risau dengan trend terbaru budak-budak sekarang. 

Aduh,apa nak jadi budak-budak sekarang..macamana nak selesaikan masalah nie agar tidak berulang? Korang ada idea atau TIPS?Kalau ada kongsi-kongsikanlah..Risau sebab aku  ada 2 orang anak yang meningkat remaja.


JOGING BOLEH BAWA RISIKO?

Kalau setakat BLOGJOGING kat blog JOGGER takpe..hari-hari joging kat blog dia takdak masalah..hehe..Semalam aku terbaca satu artikel dalam MINGGUAN MALAYSIA dalam muka surat 3 bahagian Dalam Negeri mengenai aktiviti joging boleh bawa risiko.


Mengikut Persatuan Fisioterapi Malaysia (MFA) aktiviti larian disekolah seperti merentas desa dan joging tidak sesuai untuk pelajar sekolah dan yang agak memeranjatkan aku dalam kenyataan dari MFA ini ialah ia mampu mendedahkan kepada risiko kecederaan SEUMUR HIDUP.

Kenyataan lain juga diberi dari MFA bahawa amalan membawa beg sekolah yang mengandungi buku teks yang berat boleh menyebabkan para pelajar terdedah kepada risiko masalah penyakit tulang belakang.

Kenyataan ini sudah tentu merisaukan kebanyakan ibubapa tetapi apakah tindakan selanjutnya dari pihak Kementerian Pelajaran? Aku harap Pihak kementerian dapat mencari penyelesaian ini sesegera yang mungkin sebelum sesuatu terjadi kepada generasi kita yang akan datang.

Bagi korang apa idea yang terbaik sekiranya diberi peluang untuk meluahkan perasaan terhadap permasalahan ini. Mungkin jawapan ada pada korang yang mana tak terfikir oleh pihak tertentu.

25 April 2010

KEPUTUSAN PILIHANRAYA P.94 KAWASAN HULU SELANGOR

Keputusan terkini undian bagi kawasan Hulu Selangor telah dikeluarkan. Calon-calon yang bertanding iaitu dari BARISAN NASIONAL - P. KAMALANATHAN  menentang calon PARTI KEADILAN RAKYAT - DATUK ZAID IBRAHIM.

 KEPUTUSAN UNDI - P.KAMALANATHAN
JUMLAH UNDI - 24,997

KEPUTUSAN UNDI - DATUK ZAID IBRAHIM
JUMLAH UNDI -23,272


TAHNIAH BUAT PEMENANG
PEMENANG - P.KAMALANATHAN CALON BN
JUMLAH UNDI - 24,997

MAJORITY UNDI - 1,725

ACHIK SPIN DALAM KENANGAN

Berita yang aku baca pagi ini agak menyentuh perasan insan yang bernama suami.Kisah Ketabahan seorang isteri yang menyayang suami beliau cukup aku sanjungi. Industri Musik telah kehilangan seorang penghibur yang cukup bagus. Terbaca dalam PANCAINDERA akhbar sisipan MINGGUAN MALAYSIA pasti menyentuh sesiapa yang membacanya.


'Mana ayah? Mana ayah?' ucapan dari anak arwah ACHIK SPIN atau nama sebenar beliau ABDILLAH MURAD MD.SHARI cukup menyentuh perasaan aku sebagai seorang ayah. Dalam usia yang begitu muda iaitu 3 tahun,beliau telah kehilangan kasih sayang seorang insan yang bernama AYAH.


Ekslusif tulisan dari Tengku Kalidah Tengku Bidin dalam recana yang ditulis oleh beliau amat memilukan sesiapa yang membaca. Terasa kehilangan arwah amat dirasai. Jangan ketinggalan untuk mengikuti cerita ini didalam ruangan akhbar sisipan PANCAINDERA.


'Ayat-ayat cinta buat isteri' yang cukup bermakna buat isteri beliau. 'Kalau boleh Nyawa dia sekali dia sanggup beri kepada isteri beliau' lambang cinta sejati. Antara pesan beliau..'Apa-apa pun yang berlaku,sayang kena ingat ALLAH. ALLAH Tuhan kita,jangan sedih,jangan menangis,abang hendak sayang kuat'. Cukup memilukan.

24 April 2010

ARTIS BOB KU2 @ KUMAN MASUK ICU..

Aku baru terbaca baca entry yang dibuat oleh bro AZWAN ALI mengenai artis lawak yang popular iaitu BOB KU2@KUMAN atau nama sebenar beliau Husni Mohd Rawi  yang telah dimasukkan ke ICU di Hospital Tawakal. Dalam entry beliau tak menyebutkan apa yang sebab utama beliau dimasukkan kedalam ICU.


Aku tak pasti apa sakit beliau,tetapi mengikut sejarah beliau dulu pernah masuk ke ICU sebelum ini iaitu bulan Okotber 2009 disebabkan paru-paru berair. Dalam FB beliau pun memang dia kurang sihat sebelum nie. Apa-apa pun,doa dipanjatkan moga beliau pulih dengan segera..AMIN.

AWAS!!! KEMBALI MENGGANAS DAN MEMBUNUH....

Tajuk yang agak ngeri dan sudah tentu ceritanya pun agak ngeri. Cerita antara hidup dan mati.Aku tak tahulah korang semua tapi bagi aku kematian semakin meningkat secara perlahan-lahan dan terkini telah meragut mangsa yang ke -79 (KLIK DISINI - LAPORAN KREDIT MY METRO). Apa yang agak merungsingkan aku sekarang adalah wabak yang mula menunjukkan taringnya kembali iaitu VIRUS INFLUENZA A H1N1 juga dikenali sebagai VIRUS SELESEMA BABI.


Dalam minggu ni sahaja ramai budak-budak ofis aku terutama ahli keluarga mereka yang disuspek dijangkiti kuman H1N1 ini. Agak membimbangkan. Sesetengah daripada mereka ada yang ditahan dihospital unutk pemeriksaan selanjut.

Kalau tidak dibendung dan dikawal,aku rasa perkara ini akan menjadi salah satu tragedi terburuk didalam Malaysia. Kenapa harus menunggu untuk dijangkitan oleh wabak ini walhal ia boleh dikawal dengan mengambil langkah-langkah yang betul.

Kempen telah dibuat tapi tahap kesedaran bagi aku masih dibawah tahap menyedihkan. Adakah kematian seseorang yang terdekat baru dapat menyedarkan diri masing-masing? Nak buat apa, dah terlambat,menangis air mata darah sekali pun tak akan dapat mengembalikan nyawa.

Aku rasa elok dipertingkatkan kempen kesedaran ini dengan lebih mantap lagi kerana kalau tiada siapa yang ambil perhatian maka bermaharajalelalah si H1N1 ini..Ingat kita hidup hanya sekali,jangan disia-siakan.

Bagi aku langkah drastik perlu diambil sebelum wabak menular lebih teruk lagi. Mungkin sikit hari lagi akan keluar "STATEMENT"  yang mungkin berbunyi begini "Keadaan dalam Kawalan...".Tetapi bagi aku kalau "STATEMENT" berbunyi macam ni "MALAYSIA Bebas H1N1..." lagi elok bunyinya.

Jadi apa komen korang tentang H1N1 sekarang ni? Mungkin ada yang tak kisah langsung dengan perkara sebegini dan inilah yang ingin aku perbetulkan JANGAN PANDANG RINGAN!!!

PEGUAM NORMAN HAKIM DITEGUR OLEH HAKIM

Lagi artis dalam perbicaraan yang sedikit masa dulu kecoh dengan kes khalwat. NORMAN HAKIM DAN MEMEY. Mengikut cerita yang aku baca dalam MSTAR, Hakim telah menegur pihak pembela kerana telah membuatkan prosiding mahkamah tertangguh. Ada ke patut? Padanlah kes-kes dimahkamah banyak tergantung..


Nampaknya sesi perbicaraan semakin panas dengan saksi memberi keterangan termasuk abang kepada Norman iaitu Mohd Sophee Zaidun. Soalan ditanya dan apakah jawapannya...panjang cerita nie..nak tahu baca kat bawah...

23 April 2010

MAWI TANYA , APA SALAH SAYA? SAPA NAK JAWAB?

Buat korang yang menge'BOO' si MAWI,dia dah tanya ni,siapa nak jawab angkat tangan..ahaks. Ingat lagi kes pada malam ANUGERAH BINTANG POPULAR? Aku ingat si FASHA SHANDA sahaja yang kena BOO..rupanya BOO tersebut juga ditujukan kepada MAWI Sekali..

Betul juga soalan MAWI nie..apa salah dia ek? Korang dengki kenapa? Apa masalah? Nak juga aku tahu semua persoalan ni. Tak kan pasal EKIN korang sakit hati? Kan si EKIN tu orang rumah dia..adeyyy


Kenapa harus ada perasan dengki dalam diri? Inilah masalah manusia dewasa kini,cukup suka dengki mendengki pada hal orang tuh tak kenal pun sapa sebenarnya yang dia dengki. Ini semua disebabkan ikutan. 

Alangkah elok sekiranya perasaan dengki tu berubah menjadi sayang.Sifat dengki ini aku rasa lambat laun akan makan diri,jadi aku sarankan hapuskanlah sifat dengki mendengki dalam diri..

BODOH!!! MENGAMUK!!!

Apa korang rasa kalau perkataan BODOH digunakan dan dilemparkan kat korang. Memang menyirapkan darah korang...Dengan perkataan ini macam-macam boleh terjadi,seperti apa yang terjadi kat INDONESIA. Kekecohan terjadi disebabkan seorang Eksekutif Warga INDIA  mengelar pekerja disebuah kilang dengan perkataan BODOH.


Moral dari Entry ini, jangan sesekali menghina seseorang dengan perkataan sebegini kerana siapa tahu hati seseorang akan tersentuh dan kena ingat rambut sama hitam namun hati lain-lain. Nak tahu cerita selanjutnya berkenaan kekecohan di INDONESIA ini...layan baca berita Kredit MyMETRO Online.

SETAHUN AYU OIAM MENGHILANG RUPANYA DAH KAHWIN DAN BERANAK LAGI...

Patutlah menghilangkan diri, rupa-rupanya dah kahwin dan beranak. Itulah Ayu OIAM yang popular dengan lagu HANYA DIMERCU. Aku bab-bab artis punya cerita aku cukup suka. 

Macam-macam cerita boleh didengari. Berbalik dengan AYU OIAM ingat dah pencen dari menyanyi. Suami AYU mengikut cerita, adalah seorang duda yang berumur 23 tahun.

Kenapalah nak dirahsiakan sesuatu yang elok, kan dah menjadi tanda tanya semua orang. Macam-macam cerita yang tak sedap didengar terkeluar. Susah sangat ke nak buat pengumuman pasal nak kahwin dulu?

Cerita aku dapat dari MSTAR dengan pantas. 

22 April 2010

My Dream Destination

Aku tak tahu sama ada aku berpeluang untuk melawati tempat yang menjadi  impian aku iaitu salah sebuah daripada keajaiban didalam dunia. Aku teringin sangat kerana ingin memenuhi impian utama aku iaitu mencapai sekurang-kurangnya 5 tempat keajaiban dunia. Setakat ini aku sudah pergi ke 3 tempat keajaiban dunia iaitu :

 GREAT WALL OF CHINA

 PYRAMID IN GIZA

  TAJ MAHAL IN INDIA

Terkini "MY DREAM DESTINATION"
  LEANING TOWER OF PISA,ITALY

Inilah dia "MY DREAM DESTINATION" Leaning Tower of PISA, ITALY adalah impian aku. Kewujudan menara yang condong menarik perhatian aku sejak dari dahulu lagi hingga sekarang belum tercapai. Dengan adanya kontest melalui PROJECT ALPHA ini,mungkinkah impian aku akan tercapai? Aku berharap impian aku akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Serba sedikit mengenai LEANING TOWER ini. Pembinaan Menara ini mengambil masa yang amat panjang sekali iaitu selama 2 dekad iaitu bermula dari tahun 1173 sehingga 1370. Hanya mempunyai ketinggian setinggi 55 meter dari tanah. Nama rasmi menara ini dalam bahasa ITALY adalah TORRE PENDENTE DI PISA.  

Sekiranya aku berpeluang untuk pergi ke ITALY,sudah semestinya pilihan aku adalah MAS TRAVELLER. Kenapa? Kerana bagi aku sejak dari dahulu lagi aku percaya bahawa servis terbaik bagi aku selama ini datang dari MAS. Baik dari layanan mahupun perkhidmatan MAS tidak pernah menghampakan terutama bila aku balik ke kampung aku di SARAWAK.

Harapan aku,moga impian aku tercapai untuk merealisasikan MY DREAMS DESTINATION walau sekali dalam seumur hidup aku bersama dengan MAS TRAVELLER kerana aku percaya pengalaman yang terbaik datang dari perkhimatan dan layanan yang terbaik.





Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

ARTIS ROSYAM NOR APA CERITA NIE....??

Dah lama aku tak dengar khabar berita si ROSYAM NOR..kali terakhir aku jumpa beliau masa beliau buat "House Warming" rumah baru beliau. Untuk pengetahuan semua aku dah kira agak lama juga kenal mamat nie iaitu sejak dari tahun 95 kalau tak silap aku. Dulu orang rumah dia sama tempat kerja dengan aku.

Aku pernah berlakon dibawah arahan beliau untuk persediaan persembahan "DINNER" syarikat aku. Cukup sekali tulah aku berlakon..serik aku..garang nak mampus..hehe..sorry bro..Memang betul pun..bila dia mengarah memang dibuatnya kita macam artis baru nak belajar...

Mamat nie aku respek pasal dia kuat berusaha,seorang ayah yang Caring" dan bila buat,dia mesti buat betul-betul dan juga beliau merupakan pelakon yang hebat. Semalam aku pergi business talk beliau yang terbaru. 

Komen aku terhadap beliau..aku akan join business beliau dan ramai lagi orang dan artis lain join sebab aku yakin barangan dan sistem yang beliau perkenalkan gerenti memberi pulangan yang agak lumayan. 

Kalau aku cakap kat sini ramai tak akan percaya. Kalau nak percaya anda semua boleh datang ke talk dia, sapa nak pegi angkat tangan..hehe..


Aku terperanjat dengan sambutan terhadap perniagaan beliau yang agak luarbiasa. Dalam masa singkat ahli dah ramai. Untuk pengetahuan semua perniagaan beliau ini dalam proses untuk diIklankan sedikit hari lagi dalam Suratkhabar,TV dan banyak lagi saluran media dan akan disusuli dengan ROADSHOW..

Kalau aku cerita kat dalam nie,nanti panjang berjela jadi aku promotelah sikit Banner mamat nie..nak tahu lebih lanjut boleh datang ke TALK dia cuma bagitahu aku siapa yang nak pegi. BILA TALK dia? Akan aku bagitahu kepada yang betul-betul berminat berniaga dengan pulangan yang lumayan.

Ohh ya..satu lagi..Kumpulan beliau diberi nama RNG (ROSYAM NOR GROUP)..sebenarnya business dia nie umpama memberi penghargaan khas buat peminat-peminat beliau. Eee..aku nak cakap tak reti..nanti sesiapa berminat boleh tanya lebih lanjut terus dengan beliau..tak pun dengan ahli-ahli beliau.

Tengok siapa antara artis yang aku jumpa..siap bawak orang rumah yang sarat mengandung lagi..EIZLAN YUSUF &  orang rumah beliau iaitu VIE SHANTIE HARUN (Rupa-rupanya kedua-dua adalah blogger yang berdaftar dengan NUFFNANG, tapi sayang blog EIZLAN dah bersawang VIE punya blog agak menarik...)

Aku tengok ramai jugak artis datang,cuma aku tak dapat snap gambar lebih pasal bateri kamera aku dah week tahap nyawa-nyawa ikan.

Nie hah yang tak aku sangka-sangka boleh jumpa disini iaitu KAK ANIE..alahh rakan KAKINAKL yang terkenal dengan resipi yang membuat air liur orang meleleh tu..hehe. Seorang blogger yang cukup fohfular

KAK ANIE DAN BOYPREN DIA...

Oklah tu jelah kisah aku yang ingin aku kongsikan bersama-sama..sebenarnya nak cerita pasal Business ROSYAM NOR..lepas aku fikirkan secara waras,baik aku takyah cerita dengan secara details pasal takut tersalah info..nak tahu lebih lanjut seelok-eloknya aku cadangkan terus dengar apa yang dia cakap kat talk dia...


P/S tinggalkan jejak anda kalau nak aku setkan appointment dengan ROSYAM NOR & THE GROUP..aku rasa baik cepat sebelum bende nie diiklankan dan juga sebelum ROADSHOW diaorang. Satu FENOMENA LUARBIASA bakal terjadi sedikit hari lagi..nak tahu kenapa? Jom ikut aku....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails