SEKITAR KL INTERNATIONAL BOOK FAIR 2010...penat!!! Memang memenatkan hari ini. Luahan telus dari hati aku. Dengan ramainya manusia di sekitar Pameran Kuala Lumpur International Book Fair 2010,menambahkan kepenatan aku.Naik pening pun ada.Tapi aku sekadar berpuas hati tahap sederhana kerana hanya sempat singgah dibeberapa "Booth" peserta-peserta yang menyertai Pameran ini.
Bersiap sedia sebelum memulakan misi menjelajah kawasan pameran dengan bersarapan disekitar The MALL. Tempat letak kereta agak mudah di The Mall kalau datang sekitar 9.30 ke 10.00 pagi lenggang. Kadar bayaran RM3.00 sejam..
Pengembaraan bermula dari The Mall melalui Hotel Pan Pacific mengikuti pintu belakang PWTC. Orang mula berpusu-pusu masuk macam ada jualan penghabisan pulak rasanya.Tapi keadaan masih terkawal sepanjang perjalanan. Taklah bersesak-sesak sebab masuk pintu lebih kurang dalam pukul 10.30 pagi,
Berada didepan bilik pameran untuk kumpulan Karangkraf. Suasana mula hingar bingar dengan suara manusia dan kepala aku pun dah tiong!tiong! berbunyi-bunyi kepeningan melihat ramainya manusia. Tempat karangkraf merupakan tempat yang paling lama aku dan keluargaku mencuci mata.
Bila melepasi pintu masuk iaitu pintu gerbang kumpulan Karangkraf ini, begitu ramai manusia didalam rupanya. Dari luar masih terkawal tapi bila masuk ke dalam..aduhh..tiong!! 10x kepala aku. Tapi aku teruskan juga. Untuk memulai dari mana pun aku tak tahu.
Nahh..tersusun cantik segala majalah dan buku-buku diatas rak. Aku main tangkap gambar jerr (mintak maaf kualiti gambar kurang memuaskan kerana mengguna HP low version).Ikutkan aku bawak kamera,bila bukak jer bateri terus habis, Hampeh!! Rupanya semalam aku tersalah mengecas bateri. Kedudukan bateri di tempat mengecas tidak betul. Hampeh 20x!!.
Bahagian ini aku wajib kena ambik gambar sebab mengenangkan rakan-rakan blogger aku yang single mingle seperti
MELROMEO,
AUS,
SHAHROL,
WEEN dan tidak ketinggalan
CIK EPAL. Memang sesuai sekiranya engkorang datang,boleh buat perancangan terus kat sini lebih-lebih lagi
ROMEO and
CIK EPAL JULIET..pinjam gelak
MEL seketika..miahahahaha...(cik epal jangan maree yerrr...sekadar iklan CPC dan tiada kaitan langsung antara yang nak kawen ker tak nak kawen...sekali lagi gelak miahahahaha)
Tak ketinggalan juga bahagian ini aku kena snap biar rakan-rakan blogger aku seperti
LELAYONG,
KAK INA KL dan rakan-rakan yang sewaktunya dapat membayangkan betapa banyaknya jenis masakan yang diorang boleh buat dengan buku-buku resipi yang terdapat disini.
Nie pulak ruangan untuk sesiapa yang telah bekeluarga. Bahagian ini amat sesuai untuk aku dan rakan-rakan blogger aku yang lain yang dah bekeluarga. Kalau bro
EYRIQAZZ datang kat ruang nie pun ok,
BEAN MORENO pun boleh join sekaki...Si
JOGGER aku tak pasti.
Ni pulak salah satu aktiviti didalam dewan karangkraf iaitu acara mengira berapa jumlah majalah yang terbentuk menjadi replika KLCC ini. Aku tak cuba "luck" kat sini,aku cuba kat kaunter SINAR iaitu main "dart" tapi hampehh!! Perlu kena 5 sasaran,aku cuma dapat 2 sahaja iaitu baling ke arah perkataan SINAR yang berselerak yang terdapat di papan "dart". Hadiah menarik tu iaitu Handphone Samsung. Beli SINAR harga RM1.00 layak untuk 9 balingan.Apakan daya rezeki takde.
Sebelum aku dan keluarga aku beredar kami, telah di sergah oleh kakitangan karangkraf yang memberi penerangan kepada kami untuk dijadikan COVER untuk salah satu majalah diaorang. Aku dah panik dah,dengan pakaian tak berprotokol nak jadikan COVER majalah diaorang. Mereka telah menyarankan agar kami sekeluarga diambil gambar untuk Majalah KELUARGA..
Setelah berbincang-bincang akhirnya aku bersetuju selepas diberikan penerangan. Maka majlis andam mengandam dijalankan satu keluarga. Perghh rasa macam artislah pulak. Aku cakap kat mak andam diaaorang jangan letak lipstik kat aku takut nanti ada yang terpikat susah pulak aku nanti..(kalau si
ARC takpe bibir dia memang sesuai gitu..ahaks3)..
Maka photoshoot dimulakan..bling..bling..bling lampu berkilat bersilau kat mata aku.Glamer pulak rasanya. Sesi ambil gambar selesai dalam masa yang singkat walaupun jumlah gambar diambil terlampau banyak iaitu sebanyak 3 keping dan gambar itu aku suruh diaorang masuk kat thumbdrive aku..maka terciptalah COVER untuk majalah KELUARGA kalau anda semua lihat betul-betul Edisi Majalah ini adalah untuk Bulan FEB...
Inilah hasilnya ,aku tak tipu aku sekeluarga jadi COVER untuk majalah keluarga..betulkan aku tak tipu...hehehe..jangan mareee..RM25 sahaja....