27 February 2010

HARI INI DALAM SEJARAH

Sempena menyambut Hari Kelahiran Ibuku, aku telah melahirkan domain aku yang pertama dengan menggunakan domain berikut www.teratakarmo.com. Maka hari ini dengan rasminya domain aku beroperasi sama dengan tarikh lahir ibuku.

 

Aku cuma ubah domain sahaja tanpa membuat hosting (hosting mungkin sikit hari lagi...) terima kasih atas perkhidmatan yang telah dibuat oleh syarikat BETTAFANTASIA untuk aku merealisasikan impian aku untuk memiliki domain sendiri. Kepada sesiapa yang ingin membuat domain sendiri anda boleh hubungi syarikat tersebut untuk mengetahui denganva lebih lanjut lagi.Pelbagai perkhidmatan boleh dibuat melalui syarikat ini dan anda boleh menghubungi syarikat tersebut melalui email bettafantasia@yahoo.com 

 

SELAMAT HARI JADI YANG KE 60 IBU

Entry Istimewa aku ini ditujukan buat ibu aku yang tersayang.Semoga murah rezeki dan panjang umur hendaknya. Ingin aku dan keluargaku pohon maaf dari kejauhan kerana tidak dapat bersama menyambut hari yang begitu istimewa bersama. Hanya kasih sayangku terhadap ibu yang mampu aku berikan dikejauhan ini. Inilah pertama kali aku buat posting untuk ibuku,diharap beliau dapat melihat entry aku ini.

 

Meredah tengahmalam aku sanggup pergi ke cc (laptop dalam perjalanan...) semata-mata ingin membuat posting ini khas buat ibuku, rindu tidak terhingga hingga tak terucap. Hanya doa dari anakmu diperantauan sempena hari istimewa ini.Akhir kata jaga diri,kesihatan dan ayahnda sebaik mungkin. Ampun dan restu dari ibu aku pohon dari kejauhan ini.

SELAMAT HARI JADI IBU

26 February 2010

HAPPY 3rd BIRTHDAY NUFFNANG

I would like to take this opportunity to wish all staff of Nuffnang on the 3rd Birthday especially the TAIKO of Nuffnang that is Tuan CHEO and Tuan TIAH. May Nuffnang become the GIANT of ADVERTISING COMMUNITY in Malaysia.

 

Keep up the good job for your client,take care the bloggers,appreciate them and make them proud and they'll make you guys happy ...

HAPPY BIRTHDAY 

25 February 2010

PUKUL 12 MALAM BARU IKLAN NUFFNANG BANGUN DARI TIDO...

Baru aku nampak batang hidung  iklan nuffnang sejak dari pagi menunggu. Bukan main meriah lagi,menyerlah-yerlah bling,bling lagi iklan-iklan yang keluar seolah menyeru orang untuk tekan kat iklan diaorang . Siapalah yang nak menekan iklan-iklan aku nie bila lewat malam baru keluar.Orang dah tidur dia baru bangun. Hampeh Betul.


Kat atas ada, kat tepi ada kejap-kejap kat tengah keluar..waduh,waduh sungguh meriah sekali. Kenapalah diaorang nie malam baru nak paparkan iklan ni. Macam mana orang nak tahu,semua orang dah dibuai mimpi daa..


Aku memang mengharap kalau-kalau disiang hari suasana sebegini terjadi baru ngam. Adakah ini merupakan taktik pengiklan? (Cut Cost ker?) atau strategi pemasaran diaorang. Kalau ye elok henti-hentikanlah iklan dimalam hari atau dikurangkan,elok dibuat siang hari baru effektif. Dahlah income aku ciput,iklan keluar time takde sapa nak tekan..rugi-rugi betul. Apa pendapat korang,sependapat dengan aku atau tidak? Keputusan ditangan anda...

24 February 2010

The Celcom Blackberry Storm 2

Aku begitu teruja dengan peraduan ini dan setelah sekian lama dengan pelbagai cabaran akhirnya aku mengalah, aku akur,aku takkan lepaskan peluang yang begitu menarik disia-siakan begitu sahaja. Peraduan yang aku maksudkan adalah THE CELCOM BLACKBERRY STORM 2.

 

Hanya tinggal beberapa hari lagi tarikh tutup peraduan, aku tetap usahakan juga walau banyak sekali pun cabaran yang  perlu aku tempuhi. Aku memang idamkan BlackBerry® Storm™ 9520 ini atas sebab yang memang munasabah yang akan aku terangkan nanti.

 
Mustahil untuk dilepaskan walau untuk seketika

Sesuai dengan nama yang begitu hebat, pasti sukar untuk dinafikan kecanggihan blackberry ini. Bagi aku,produk ini memang tiada tandingan, jauh sekali dengan talipon bimbit yang aku miliki sekarang. Kenapa aku ingin memiliki BlackBerry® Storm™ 9520? Jawapannya seperti gambar dibawah yang aku kena paparkan secara berhati-hati agar tiada pihak yang tersinggung. 

  
Terlalu banyak jasa talipon ini kepada aku,tetapi aku juga ingin maju ke hadapan seperti blogger-blogger yang tersohor. Aku tidak mahu ketinggalan dalam arus pembaharuan dan inilah masanya peluang aku untuk memiliki produk yang menampilkan ciri-ciri  kecanggihan  yang setiap insan inginkan.

Biar biru mataku akibat keinginan melampau memiliki BlackBerry® Storm™ 9520 sekali pun tidak akan dapat menghalang  aku untuk memilikinya.

 
Akan ku sembunyi segala misteri mata biruku disebalik kacamata, demi untuk memiliki BlackBerry® Storm™ 9520 dan aku sanggup lakukan apa sahaja.

 
Biarpun satu bandar dipanah petir lagi hebat panahan BlackBerry® Storm™ 9520 kepada diriku. Aku inginkan perubahan dalam menempuh arus pembangunan yang begitu cepat bagiku dan sudah semestinya BlackBerry® Storm™ 9520 adalah kunci buatku untuk membuka ruang untuk aku terus maju.

INILAH DIA!!!!
Ciri-ciri yang menepati citarasaku yang terdapat dalam BlackBerry® Storm™ 9520 ini iaitu antaranya  fungsi 3G  iaitu singkatan kepada "Generasi ketiga". Ia merupakan rangkaian telefon bimbit kawasan luas yang berkembang sehingga merangkumi capaian internet kelajuan tinggi serta juga telefoni video.Dipadan dengan HSDPA (High-Speed Downlink Packet Access) atau Capaian Paket Pindah Turun Berkelajuan Tinggi berkelajuan 7.2mbps membolehkan pengguna menikmati kelajuan dan kemampuan pemindahan data yang lebih tinggi.

Dipapar dengan monitor  sesentuh "Enhanced touch screen" yang canggih  pasti akan memudahkan operasi pengendalian kepada pemilik.

Ciri selanjutnya iaitu BLUETOOTH yang mana berfungsi untuk menghubung dan boleh dipakai untuk bertukar-tukar informasi diantara peralatan-peralatan komunikasi,komputer dan lain-lain.

Dilengkapi dengan kamera  resolusi tinggi iaitu 3.2 megapixel dengan fokus automatik mampu memberi gambaran yang begitu jelas dan pastinya bermutu tinggi .

Kehadiran sistem GPS pada BlackBerry® Storm™ 9520 ini amat berguna sekali kerana ia merupakan satu-satunya sistem navigasi satelit yang berfungsi dengan baik. Sistem ini menggunakan satelit yang mengirimkan isyarat gelombang mikro ke Bumi.

MP3 (dengan lebih tepat lagi, MPEG-1/2 Lapisan 3) juga merupakan salah satu ciri yang aku cukup berkenan dan ia ialah sejenis algoritma audio yang mampu memampatkan saiz data audio yang asal sambil mengekalkan kualiti dan hasil bunyi yang sama atau hampir sama dengan audio yang asal.

Kelebihan memiliki Kotak Suara untuk talipon bimbit atau Speakerphone memberi kesenangan dan keselesaan kepada si pemakai.

WI-FI iaitu merupakan singkatan untuk Wireless Fidelity dan ia merupakan piawai untuk rangkaian kawasan setempat tanpa wayar (WLAN - Wireless Local Area Network). Ini memang aku perlukan teramat sangat.

Dan yang terakhir ciri yang aku cukup berkenaan yang terdapat dalam BlackBerry® Storm™ 9520 ini adalah Memory Card Slot yang atau lebih dikenali MicroSD dengan ruang simpanan 32GB. Ini memudahkan untuk penyimpanan data-data yang amat berguna sekali dan yang lebih menarik "2GB Internal Memory" atau memory simpanan  dalaman sebanyak 2GB telah dilengkapi didalam BlackBerry® Storm™ 9520 iaitu kelebihan yang pasti sukar ditolak oleh sesiapa sahaja yang menggunakannya.


Kenapa CELCOM menjadi pilihan dan pasangan yang serasi buat BlackBerry® Storm™ 9520? Alasan aku cukup mudah, Telah terbukti  CELCOM merupakan Gergasi telekomunikasi  atau Syarikat telekomunikasi No. 1 di Malaysia yang amat bernilai dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Dikenali di mata dunia terutama didalam bidang telekomunikasi.


Plan-plan yang ditawarkan amat menarik sekali dan  berbaloi-baloi. Kelebihan yang membuat CELCOM pilihan rakyat Malaysia dan Aku.Jawapan Ringkas tetapi penuh bermakna kenapa CELCOM pasangan yang sesuai dipadankan dengan BlackBerry® Storm™ 9520.


Aku  sanggup menangis dan terus menangis hanya keranamu? 


Haruskah aku menjadi mangsa gelak ketawa orang ramai kerana ketinggalan zaman hanya kerana tidak memilikimu?

Kecanggihanmu pasti akan jadi miliku suatu hari nanti.....

ASTRO BEYOND,ASTRO SUBSCRIPTION, 32 LG LCD...PERGHH

Bukak-bukak blog aku telah dihangitkan seawal pagi lagi oleh blogger sorang nie iaitu EYRIQAZZ ingatkan betul-betul dia telah dihangitkan oleh si fafau@Farah Fauzana,rupa-rupanya aku tertipu lagi. Entah dah berapa kali aku telah terpedaya oleh helah beliau. Bila bab memutar belit cerita memang aku respect,macam betul-betul terjadi. Tapi entry kali nie bukan aku nak cerita pasal TIPS Memuta belit si abang EYRIQAZZ nie..

 

Aku ingin membuat Special entry untuk bro EYRIQAZZ diatas kejayaan beliau didalam blogging contest yang beliau sertai iaitu contest ASTRO BEYOND BLOGGERS NIGHT . Jutaan tahniah untuk beliau kerana memenangi peraduan ini. Hadiah yang aku dapat tahu beliau dapat ASTRO Beyond Decoder, Langganan untuk 2010 dan TV 32inci LCD. Aduhhh bertuah betul bro EYRIQAZZ ayam pun takde tuah macam nie..hehe.

Terbakar  wehh aku dibuatnya dan bertambah semangat aku untuk terus berusaha. Permulaan yang baik untuk tahun 2010 buat beliau.  Walau terbakar macamana pun aku tetap berbangga diatas kejayaan rakan blogger aku ni yang cukup pemurah dengan TIPS dan Pengajaran dalam berblogging..

 
TAHNIAH ANDA TELAH MEMBUAT RAKAN-RAKAN BLOGGER ANDA MENANGIS KEGEMBIRAAN... 

23 February 2010

BIG! BANG! BOOM ! GATHERING FOR BLOGGER

Berita GEMPAK buat blogger-blogger dan seangkatan dengannya. Terkini dari rakan blogger aku iaitu yang tak kurang hensemnya saudara MELZ akan mengadakan PERHIMPUNAN@GATHERING pada hujung minggu. Acara menarik bakal berlangsung. Aku cukup tabik dengan si MELZ nie ada jer idea dia dalam merapatkan hubungan antara blogger-blogger kat dunia nie.


Kalau takde hal atau tak pegi kemana-mana hujung minggu nie, apakata engkorang layan GATHERING nie,aku pasti suasana happening bakal terjadi. Kali ni kalau takdak hal aku pun nak join tapi keputusan bukan ditangan anda hanya waktu menentukan segalanya...excited wehhh nak join sekaki,boleh jumpa blogger-blogger yang terrer...

22 February 2010

EDISI SERGAH : REDMUMMY HIGH POWER SPANX

Edisi sergah yang agak luarbiasa hari nie pasal hari nie aku sergah posting@entry bukannya sergah pasal blog seseorang.Seperti biasa pagi-pagi aku akan baca blog favourite aku tak lain tak bukan The Diva "REDMUMMY". Aku cukup tertarik dengan entry beliau yang bertajuk My High Power Spanx lalu terfikir aku sekiranya bende alah nie lelaki boleh pakai ke idak Bukan apa cuma sekadar ingin tahu.

Gambar gua cilok dari blog RM..jangan mareee
Kalau ikutkan jawapan yang dibagi kat aku..rasa-rasa boleh kut..cuma saiz tuh kena tukarlah. Tu pun kalau ada lelaki yang rasa-rasa nak body solid dan ramping atau ingin menghaibkan keboroian (ahaks3..takleh tahan aku..buat entry ni tersenyum kambing...) insan yang bertuah untuk aku buat ujikaji ini tak lain tak bukan bro EYRIQAZZ..(sorry bro...ahaks3..nak terkucil aku buat entry nie...)


Bro EYRIQAZZ, RM dah bagi Tips lu takleh pakai saiz L kena pakai Saiz XL..(ahaks3..ahak3..jap aku nak terkucil jap...) Adey..dah macam tengok cerita hindustan,air mata aku dah meleleh...oklah..harap Bro EYRIQAZZ jangan mare..sekadar selingan dipagi hari agar perjalanan hidup seterusnya akan lebih ceria. Hah sesiapa nak order apa kata gi sergah blog RM sekarang...

AKHIRNYA AKU MENANG......

Pagi isnin yang cukup ceria,apa taknya bukak email aku telah menerima perkhabaran baik dari rakan blogger aku yang telah menganjurkan pertandingan CONTEST RM10JUTA didalam blog beliau dan tak lain tak bukan saudara EYRIQAZZ. Hadiah cukup bermakna dan membuat aku bersemangat untuk turut serta dalam apa-apa kontest.

 

Nie tengah tunggu si mietosai punyer peraduan pulak..kut-kut ada rezeki dia bagi aku PS3..ahaks..ahaks..apa-apa pun aku cukup bertuah hari ini kerana persaingan agak sengit dan akhirnya aku JUARA..hahahahaha..buat yang tak menang jangan putus asa,usaha tangga kejayaan..cuba lagi kontest lain.. 

19 February 2010

DUIT 1 SEN BOLEH CECAH RIBUAN RINGGIT??

Keterujaan aku terhadap duit syiling dari semalam lagi membuat aku ingin menyambung EDISI SERGAH - LUNATIGC COIN COLLECTOR. Bukan apa,nak kata aku minat memanglah minat tapi modal untuk memulakan hobi ini teramatlah tinggi (tak larat den...). Aku cukup berterima kasih kepada saudara AHMAD BAKRI atas penerangan duit syiling yang aku ajukan melalui Email semalam.

 
Duit 1 sen tahun 1971 yang amat bernilai (gambar dari LUNATIGC blog.)

Seperti gambar diatas,duit syiling tersebut mempunyai nilai yang amat tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit. Mengikut penerangan saudara AHMAD,setakat ini cuma 2 keping sahaja yang dapat dijejaki. Kayolah sapa ada duit syiling 1 sen nie. Korang nak tahu nilai duit 1sen hingga 50sen baik tengok blog saudara AHMAD nie pasal keterangan dari segi tahun semuanya ada disertakan sekali.

  
Malaya & British Borneo 1961  

Hahhh..yang ni bahagian yang membuat aku teruja-uja..hehehe..check dalam laci aku ada sekeping duit lama ni. Nilai pasaran taklah semahal duit satu sen kat atas tuh tapi mengikut penerangan saudara AHMAD ia bernilai sekitar RM50..wahhh..lumayan jugak kalau ada 20 keping takkan RM1000..fuhhhhh..makan besau aku..hehehe..tetapi mengikut saudara AHMAD lagi..syiling ini bukanlah yang "rare coins" ia dikategorikan syiling "obselete"..takpelah aku simpan buat kenangan. So engkorang start belek-belek kut-kut duit syiling engkorang tu ada nilai...huhuhuh terujanya aku... 

18 February 2010

EDISI SERGAH : LUNATICG COIN COLLECTOR

Alkisah sewaktu aku berjogging blogwalking dari pagi sampai aku penat..aku terserempak dengan blog menarik ini. Korang mesti lepas nie selak-selak duit syiling engkorang. Korang mesti tak percaya nilai syiling-syiling ini lebih-lebih lagi sekiranya syiling tersebut jenis yang susah di cari. Jadi aku sarankan sebelum engkorang hulur duit syiling kat mana-mana kedai, elok engkorang selak-selak balik sebab mana tahu ada antaranya yang jenis bernilai.


Tak percaya lepas abis baca entry baik engkorang tekan perkataan sergahhh kata bawah tu..aku gerenti engkorang mesti leka punyerrr.Aku cukup tabik kat blogger nie atas penerangannya secara mendalam bab-bab duit syiling nie. Aku harap dia tak marah sebab buat sergahan tanpa mintak kebenaran dari beliau. Ini pasal dia ENGLISH speaking aku MALAYLISH speaking (..hehehe campur-campurlah tuhh..). Jadi buat peminat-peminat duit syiling dan yang tak minat pun boleh join sekali aku sarankan engkorang pegi tekan ayat kat bawah untuk pergi ke blog blogger nie...JOM

ARGHHH TENSION!!!!

Aku kena luahkan juga..seperti kebanyakan orang yang tak tahu,aku sekarang tengah update blog untuk projek Blogger Terhebat aku.Penat-penat aku add blog tetiba benda alah firefox aku tu berpusing-pusing searching tak henti-henti..aku dah tak sedap hati..at the end dah agak dah..JAMMED!! Abis blog yang aku update tak disave..@#%%@^^$#&#&#...haha ambik luahan rasa geram akulah nie (bukan untuk engkorang yerr..untuk aku sendiri...)


Buat blog yang telah aku tegur kat komen tuhh..sila-sila tinggalkan jejak..nanti aku updatekan balik.Cukup mencabar projek 1001 blog aku nie..tak sangka jadi begini. Walau apa pun aku tetap teruskan gak walau susah macam mana pun. Ada sesiapa pernah update sampai 1000 blog tak??Ada masalah tak update sehingga 1000 blog? Bukan apa aku takut ada masalah maximum blog yang diupdate. Oklah aku nak teruskan pencarian blogger terhebat aku dan sesiapa yang nak join tinggalkan jejak anda dibawah

17 February 2010

RISIKO KENA AMBIL SEKIRA NYA INGINKAN RM2.6JUTA

Kisah yang aku paparkan ini adalah berdasarkan kisah benar. Kejadian bermula dari tahun lepas November 2009 apabila member aku menerima tawaran dari seseorang yang ingin mengirim sejumlah wang iaitu lebih kurang RM2.6juta kepada beliau dengan bersyarat. Beliau ada beritahu aku,kalau aku senang jer jawapan dia,IGNORE IT!!


Tapi member aku saja gatal tangan layan mamat nie sehinggalah peringkat untuk pengiriman wang. Aku berpesan sekira orang luar tui mintak wang pendahuluan engko jangan layan. Itulah yang dilakukan oleh rakan aku dan beliau siap beri cadangan kepada pihak berkenaan sekiranya mereka boleh dahulukan wang mereka untuk TAX yang dikenakan sekiranya duit masuk. Yang sedap tu pihak yang offer duit tu bersetuju.

Member aku ingat takde apa-apa lepas tuh,tiba-tiba orang rumah dia call (sebab orang rumah dia kerja bank..) dan memberitahu beliau ada duit FLOAT dalam akaun. Member aku mula-mula tak percaya.Selepas diterang secara detail oleh orang rumah dia barulah member aku percaya.Member aku dah berangan jadi kaya (yelah RM2,600,000.00 tuhh banyak kosong kat belakang tuh siapa taknak..). Antara Syarat yang dikenakan amatlah senang iaitu,bila duit clear dari akaun,member aku ni kena edarkan sejumlah wang itu untuk Badan Kebajikan (Aku kurang pasti badan kebajikan mana..). Member aku bersetuju.

Dijadikan cerita,ingatkan panas hingga kepetang rupanya hujan ditengahari,selang beberapa hari beliau menerima panggilan dari Pihak berkuasa yang berkaitan hal-hal duit nie (takyahlah aku bagitahu..rasa-rasanya engkorang tahu siapa...). Pihak berkuasa telah membuat temujanji dengan beliau berkenaan perkara ini dan menyuruh member aku siapkan dokumen apa yang patut. Member aku memang dah dapat rasakan akan terjadi hal-hal sebegini (yelah duit banyak tuhh..)

Akhir cerita, member aku terpaksa akur dengan pihak berkuasa kerana takut hal ini berkaitan dengan MONEY LAUNDERING. Akta money laundering ngeri wehh..nak taknak member aku lepaskan peluang seumur hidup kerana takut merengkok dalam penjara seumur hidup..tak berbaloi.

Moral of the story,bukan senang mahu hidup senang.Setiap kesenangan tidak akan datang bergolek kalau tanpa usaha. Buat sesiapa yang pernah menerima tawaran macam member aku nie,pikir jutaan kali sebab kalau anda akan hidup sengsara dikemudian hari. Melepaslah alkisah RM2,600,000.00...

16 February 2010

EDISI SERGAH : SHAHROLL THE "JURUGAMBO"

Sergahan aku kali nie,aku nak sergah Si Shahrul Hairy Shaharuddin. Untuk pengetahuan semua,aku baru kenal dengan mamat nie masa contest samsung corby. Sebab utama macam mana aku boleh kenal dengan dia ialah dia nie mulut pot pet pot pet sepanjang contest (jangan mareee..ahaks3) maksud aku begitu peramah. Berjiwa seni dalam bidang photography,bersemangat tinggi dan bakal jadi jutawan muda sebab dia suka baca buka 20 tokoh jutawan..hehe..(insyallah tuh bro..buleh tuh..)


Bakal memiliki studio yang dalam proses pembinaan. Cukup menarik dalam usia muda beliau bergelar businessman. Blog beliau menarik dengan penulisan agak selamber dan banyak TIPS mengenai bidang photography (Elok untuk sesiapa yang baru berjinak-jinak dalam bidang photography..).Sesiapa yang berminat ingin mempelajari pasal tangkap gambar nie buleh contact dia sebab kursus disediakan.

Kesimpulan,aku cukup tabik dengan brother nie atas kesungguhan dan matlamat hidup dia, apa yang dibuat akan dijadi kenyataan. Cukup mantap ayat yang digunakan beliau. Jadi kepada sesiapa yang nak kahwin elok ambik dia jadik jurugambar engkorang,pasal kualiti gambar cukup cantik,harga engkorang bincang dengan dia..aku rasa engkorang bagi dia makan puas-puas dulu baru bincang harga,mungkin dengan cara ini dia boleh buat dia mai-mai pasal harga lepas tuh bolehlah mintak diskaun sepuas hati..ahaks..ahaks..ahaks..apa tunggu lagi jom klik

15 February 2010

TIPS : TRAFFIC BAIK PUNYERR

Aku sekadar ingin berkongsi dengan rakan-rakan blogger yang masih mencari tempat yang boleh memberi traffic yang agak cantik sekiranya ditambah dengan kerajinan blogger itu sendiri. Keputusan tidak menghampakan sekiranya engkorang  "ping"kan blog engkorang kat sini. Semestinya tempat yang terbaik nak "ping"kan blog engkorang aku masih letakkan gengblogger ditangga pertama.


Tempat kedua aku akan postkan entry yang telah aku buat ialah di PETALINGSTREET. Kemasukan traffic agak memberangsangkan sekiranya posting engkorang menarik. Tidak akan menghampakan keputusan traffic jika engkorang "ping"kan kat sini.Cuma kena rajinlah update blog engkorang sebelum mencari tempat unutk "ping" kerana engkorang cuma boleh "ping" sekali sahaja.. Selamat mencuba.

BLOGGING ,BLOGWALKING,BORING

Edisi entry selepas tengah malam. Bila cuti jer memang payah nak tido dan apa lagi berblogging logginglah aku.Pinjam Laptop pak mertua aku pasal laptop aku dalam perjalanan merentas segala rintangan sebelum sampai ke tangan aku.. Betul kata tekkaus bila dah ketagih blogging nak pejam mata pun susah,aku jadi leka, ada jer bende timbul dalam kepala aku ni. Aduh tak boleh amal macam nie...


Sambil blogging aku blogwalking pulak sibuk pasal nak jenguk blog orang mintak kebenaran linkkan blog diaorang ke dalam Projek 1001 Blogger terhebat aku...jauh lagi wehh nak cecah seratus blog terkial-kial aku..jenuh macam nie,mahu sebulan baru siap projek aku nie. Ni gara-gara sorang budak sarawak yang perli aku boleh ke tak buat...tuh yang terbakar tu. Tapi takpe luas pengalaman aku jenguk blog blogger-blogger kat malaysia nie.


Boring pasal idea aku tersangkut-sangkut. Nak cerita apa pun aku tak tahu. Jadi entry nie yang tetiba timbul dalam otak aku yang karat bergeliga nie. Engkorang nak cakap apapun aku tak kisah janji aku dah siap satu entry melepas geram untuk buat satu entry untuk hari nie. Satu lagi boring bila time ni lah pulak perut berkeroncong..apa lagi telur 3 bijik jadik mangsa aku pagi nie..ahaks..ahaks..ahaks..CIAO

14 February 2010

TINDAKAN TERHADAP BLOGGER YANG MEMBUAT FITNAH

Entry aku kali ini berkenaan dengan apa yang aku baca dalam suratkhabar semalam tajuk diatas membuat aku terfikir nasib blogger-blogger yang baru berjinak-jinak dalam dunia blogging. Bukan apa,bak kata pepatah "nila setitik rosak susu sebelangga"(betul ke idak yerr..hehe aku bukannya reti sangat bab pepatah ni).Dahlah aku merangkak-rangkak baru nak belajar berblogging,semakin ramai pulak blogger-blogger yang buat hal.


Lepas satu,satu hal lagi timbul. Adakah ini akan menyebabkan ruangan blogging akan dikawal oleh pihak tertentu suatu hari nanti? Sapa tahu tak mustahil terjadi sekiranya etika berblogging tidak diambil berat. Habislah karya blogger yang disanjungi penulisan mereka.

Aku harap dah-dahlah tu kepada blogger-blogger yang terlampau ni, blogging buat cara blogging ,jaga bahasa tu,jangan main cakap lepas jerr..aku tahu ruangan blog adalah ruangan yang agak pantas penyebarannya dan terkini tapi jangan sampai satu hari nanti nak satu post entry kena mintak kebenaran dari pihak yang berkaitan sama ada boleh post entry ke tidak. Renung-renungkanlah luahan isihatiku yang telus mulus nie..

AKU SERBA SALAH...

Title sempoi hujung minggu sempena cuti panjang. Sejak menjak aku berblogging nie,terasa semacam kalau tak update post. Itukah CINTA?..ahaks..ahaks..Tak bolehlah tak update entry,nak tak nak kena update gak..Hebat betul penangan blogging nie. Baru 2 hari tak update aku dah tak senang duduk kat rumah, Laptop dengan Desktop memang takde kat rumah,last-last ajak anak aku pergi ke cyber cafe,layan blog,baca blog dan anak aku main komputer game.

Takpe untuk sementara terpaksalah pegi cyber cafe semua gara-gara blogging,seminggu dua lagi aku akan bertemu dengan kekasih nombor dua aku yang baru minggu lepas aku pesan..Nama dia INSPIRON..hehe..siaplah lepas nie,ramai blogger-blogger aku sergah. Hebat betul tempias dari blogging nie,aku terasa macam ada sesuatu yang kurang sekiranya aku tak update apa-apa.



Ikutkan hati just say "HI" kat dalam entry pun dah kira terlepas dendam aku nak buat entry,tapi aku takdelah sekejam camtu. Hari-hari say "HI" naik muak pulak orang nak masuk blog aku nie.Ok apa-apa hal hajat aku tercapai untuk hari nie. Dapat update satu entry,baca blog rakan-rakan lega sikit hati aku nie hah. Buat sesiapa yang nak ter"listed" dalam BLOGGER TERHEBAT jangan lupa tinggalkan jejak kat post aku yang sebelum nie,senang aku nak update.

Kepada semua blogger aku Ucapan selamat bercuti panjang... 

12 February 2010

PROJEK KOLEKSI 1001 BLOGGER TERHEBAT

Mustahil atau tidak? Aku ingin mengumpul blog blogger-blogger sekalian dan memberi gelaran blogger terhebat (jangan risau..kalau rasa tak hebat pun boleh join sekaki...) sebanyak 1001. Tujuan utama adalah untuk memudahkan aku membuat rujukan blog dan belajar banyak perkara tentang blog engkorang. Sapa-sapa nak copy blog nie aku dengan berbesar hati memberi kebenaran setulus hati aku untuk kebaikan bersama.


Caranya engkorang  masuk blog nie 1001 BLOGGER TERHEBAT  dan tinggalkan jejak dan aku akan update seberapa segera dalam usaha aku untuk mengumpul 1001 blog. Tak tahulah menjadi ke tak projek aku nie. Tak kisah berapa lama masa diambik untuk mengumpul blog sehingga mencukupi sejumlah 1001 blog,asalkan matlamat tercapai..Tunggu apa lagi mehh pakat ramai-ramai meng"update" blog masing-masing..

BLOGGER WE CARE

BLOGGER TERHEBAT

Entry santai. Aku tengah meng"update" koleksi blog blogger-blogger yang aku kenal dan aku tak kenal didalam blog aku yang baru aku buat tadi supaya senang aku jenguk sekaligus. Dengan ini sedikit sebanyak dapat meringankan lebihan muatan beban dalam blog aku sekarang (Tips aku dapat dari salah sorang blogger...cara untuk meringankan upload blog). Harap-harap ringanlah sikit blog aku nie.


Kepada sesiapa yang nak blog engkorang tergolong dalam koleksi blogger terhebat aku ini,sila update kat aku,jangan malu-malu tinggalkan jejak engkorang dalam komen dan aku akan mengemaskini secepat mungkin. Engkorang klik jer logo seperti diatas atau di sidebar dalam blog aku untuk ke bloglist baru aku.

11 February 2010

BLOGGING UNTUK KEPUASAN?

Bagi aku persoalan diatas bukanlah matlamat sebenar aku. Aku berblogging kerana aku ingin belajar sesuatu yang berlainan dalam dunia internet yang semakin berkembang. Banyak kelebihan bila berkecimpung dalam dunia blogger nie antaranya dapat menajam minda kita dengan pergerakan sihat pada daya pemikiran kita terutama otak. Secara tidak langsung ini membantu otak kita berfungsi dengan lebih baik seumpama senaman untuk otak kita.


Selain dari itu,aku cukup kagum dengan kekuatan komunikasi melalui blogging kerana penyampaian sesuatu maklumat cukup berkesan dari segi penerimaan ,cukup pantas  dan berkembang dengan begitu meluas.Aku masih begitu baru dalam arena blogging ini dan harapan aku adalah mempunyai  domain dan self-hosted blog dalam masa terdekat. Tetapi segalanya bergantung kepada kefahaman aku dalam dunia blog ini.


Begitu banyak pelajaran yang perlu  aku pelajari terutama tarikan traffic untuk ke blog aku, keywords,SEO,meta tag dan macam-macam lagi yang sebelum ini tidak pernah aku ketahui. Tetapi aku sanggup belajar kerana tiada rugi sekiranya aku pelajari semua ini.

Yang pasti sepanjang aku menjebakkan diri aku dengan blogging ini,aku berpeluang berkenalan dengan ramai rakan-rakan baru dan mereka ini merupakan blogger-blogger yang cukup hebat. Ucapan terima kasih tak terhingga buat rakan-rakan blogger yang begitu pemurah dengan TIPS yang amat berguna sekali dan juga komen yang amat telus. Tanpa anda blog aku mungkin menjadi semak bak lalang. 

You All SUPERB.

MIRICOMMUNITY. NET FRIENDLY FORUM

Entry aku tulis kali ini adalah  untuk menghargai satu web forum tempat tanah kelahiran aku iaitu MIRICOMMUNITY. Kewujudan forum ini aku tak pasti.Buat sesiapa yang ingin melancong ke MIRI suatu hari nanti engkorang boleh dapatkan sebanyak mungkin informasi disini


Melalui MIRICOMMUNITY nie lah aku telah dapat mengesan cikgu aku yang telah lama terputus hubungan dengan  aku ,iaitu kira-kira lebih 20 tahun.Kalau ada antara engkorang yang ingin mencari kawan lama dari sarawak yang telah putus hubungan ke,aku sarankan engkorang boleh cuba kat forum nie,mana tahu dapat berjumpa kembali. Untuk engkorang yang ingin mengetahui perihal berkenaan Sarawak engkorang boleh dapati informasi melalui forum ini. Moderator begitu peramah sekali dan sedia membantu bila-bila diperlukan.

10 February 2010

KOMEN KURANG AJAR DI FACE BOOK

Aku kena luahkan juga isi hati aku ini bila dapat email dari rakan aku nie berkenaan segelintir manusia yang tak serik-serik mengundang masalah. Hilang budi bahasa sebagai rakyat malaysia. Aku tak puas hati bila ada manusia yang mempersendakan hal-hal agama sebegini dan aku harap mereka akan mendapat pembalasan yang setimpal kerana menghina junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

 
NAK KENA BUDAK NIE 

Ikutkan aku posting sebegini aku ingin cuba elakkan kerana begitu sensitif tapi bila melibatkan maruah agama yang tercalar dek segelintir orang yang suka main cakap lepas aku tetap pertahankan. Tak kira bangsa dan agama perkara sebegini tidak harus berlaku kerana kita masing-masing mempunyai agama yang mengajar kita berbuat baik kepada kaum lain. Diharap pihak yang berkaitan akan dapat mengambil tindakan kepada pihak yang membuat perkara sebegini agar menjadi pengajaran buat mereka.

EDISI SERGAH - ARC@ASFAN

ARC  atau lebih dikenali sebagai ASFAN blogger muda yang terus semakin dikenali dan meningkat dari masa ke semasa.Aku selalu konpius yang tiga ayat tu kekadang aku panggil dia AFC…nasib baik bukan KFC. Terus terang aku bukannya kenal sangat mamat nie tetapi aku cukup bertuah mengenali beliau walaupun untuk beberapa jam sewaktu digi contest hari tuh.


Jaguh Menyumpit Kebangsaan.

Hari tuh dia kata mungkin 11hb Februari 2010 dia akan berangkat ke New Zealand untuk melanjutkan pelajaran dibidang yang dia minati tetapi aku rasa mungkin dia dah pegi awal kut sebelum 11hb Februari 2010.


 
Gaya Macho 

Apa yang menarik pasal ARC nie ialah blog dia memang menarik,penuh dengan informasi,tersusun rapi (tak macam blog aku) amatlah kreatif orangnya. Tergolong dalam orang yang boleh dikategorikan hensem selain daripada aku(ahaks..ahaks..ahaks..).Pengikut setia beliau ramai menandakan beliau ramai peminat.



CPU brain kat kepala ARC ni ada geliga naga sebab tu dia pandai ,kalau ada contest treasure hunt lebih-lebih lagi kalau yang kena buat blog elok ambik dia sebagai salah sorang team engkorang pasal dia boleh buat blog sambil berjalan(tuh yang tabik tuhh),sanggup tangguh makan pasal nak buat blog.


 
Makanan Hampir-hampir basi dek ditinggalkan oleh ARC 

  
Walau dimana berada tak kira tempat dia tetap setia melayan Laptop dia

  
Kenangan bersama... 
Aku cukup senang mengenali beliau dan harap beliau akan berjaya dalam bidang yang beliau minati. Selamat maju jaya bro,jangan tak ingat balik pulok bila dah kat negeri omputeh tu…apa kata engkorang sergah ramai-ramai dalam blog dia nie dengan klik bahagian sergah dan aku akan directkan terus keblog dia.


 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails