31 January 2010

DIGI TURBO 3G

Tengok title gempak lebih-lebih lagi yang tang TURBO 3G,macam lumba kereta pulak. Semalam secara rasminya aku telah mengekses internet dengan menggunakan DIGI Limited Edition Prepaid Internet Turbo 3G Compatible yang aku perolehi secara percuma semasa contest DIGI INTERNET PIMP MY DAY tahun lepas.


Komen aku untuk produk ini ialah,boleh tahan service dia.Ada slow sikit tapi takdelah parah nak mengekses (mungkin pasal tempat aku kawasan orang kampung kut...).Walau reception 3G kat tempat aku nie tak menentu kejap ada kejap takde akan tetapi aku tetap puas hati.

Nak Activate pun senang semudah 1 2 3. dan reload validity dia pulak RM10 untuk 5 hari,RM30 untuk 15 hari,RM50 untuk 25 hari dan RN100 untuk 50 hari. Aku rasa berbaloi kalau service dia macam nie.

Adeyy..tukang iklan untuk DIGI pulok...bukan apa sebab service dia bagus itu pasal aku postkan sebagai tanda terima kasih kerana bagi service baik untuk aku.Apa-apa hal semua nie bergantung gak kalau setengah-setengah tempat takde 3G pun susah gak dan juga kepada sipemakai yang mana service yang dia rasa serasi.(yelah takkan aku nak paksa pakai DIGI lak yerr...).....

DELL INSPIRON 1440!! RECORD !! SOLD WITHIN 1 DAY

Sekadar ingin berkongsi dengan semua..aku baru ambik dari member LAPTOP Dell Inspiron 1440 semalam. Aku cadang nak tolong jualkan dalam blog aku nie(tak tahulah boleh laku ke tak....)

Member memang nak jual pasal dia memang tak pakai bende nie. Barangan nie pun dia suruh aku jual pasal ada mamat cagar kat dia.
Geram gak nengok Dell Inspiron nie. Langsung tak calar. Kaler pulak memang jenis menawan iaitu hitam itu menawan atau dalam bahasa DELL "Obsidian Black with High Gloss"


Cantik..aku dah terpikat.Mau aku beli sebijik kalau macam nie. Tapi masalah aku nak yang jenis kecik saiz 12 ke 13 yang nie size 14..


Komputer nie bagi aku kira baru lagi (Kira-kira baru 5 bulan pakai..tapi dia tak pakai pun) dan seingat aku condition di SUPERB untuk barang 2nd Hand..


Nak tahu berapa harga jualan yang dia offer..hanya RM1500 tunaiiiii..ikutkan Quotation dia yang ada pada aku bertarikh 04/08/2009 Harga Asal RM2,575. RM1,000 tuhhh beza harga asal dengan harga jualan.


So guys sapa-sapa yang berminat boleh sms kat nombor aku yang cantik nie 012-92529252 atau email kat armli03@gmail.com dengan kadar segera sebelum dia jual kat orang lain.Aku berani jaminlah barang serupa baru.

29 January 2010

Mudah untuk dimenangi

Posting Iklan peraduan...(tak reti nak buat sticky sticky amende tah)

Kat sapa-sapa yang suka masuk peraduan meh..join contest ni. Amat mudah sekali tanpa slogan.Hadiah pun menarik. Tapi peraduan tamat pada 31hb Jan. So jangan tunggu teruskan usaha anda untuk menjadi pemenang.

 

Untuk maklumat lanjut klik jer kat aya KLIK DISINI tu...

Gud Luck

2 JUTA 6 RATUS 9 PULUH 3 RIBU 2 RATUS 6 PULUH

Hahahaha..aku tergezut dan suka teruja seketika..dengan angka statistik terbaru blog aku dari alexa yang telah menunjukkan perubahan drastic berbanding 22hb Januari lalu sehingga kini.

STATISTIK 22HB JANUARI 2010

STATISTIK 28HB JANUARI 2010

Apa taknya perbezaan sebanyak 344,767..melompat naik kedudukan aku dalam seminggu. Entah macammana diaorang kira aku pun tak reti dan belum belajar lagi.Sedap mata aku memandang hilang sedey buat seketika.

Kalau sesiapa yang berpengetahuan luas bab alexa nie harap boleh diper"Komen"kan.Segala komen dialu-alukan dan kepada sesiapa yang melawat blog aku,ingin aku ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi melawat blog aku ni. Siapalah blog aku tanpa anda semua....

KENAPA HARUS SEBEGINI..

Sekadar meluah isi hati yang duka pada pagi yang agak memeningkan. Semalam aku cuti maka posting pun langsung aku tak buat.Aku masih terkial-kial mencari cara terbaik untuk menjadikan blog aku teman setia anda dan sememangnya posting dan ping blog kat mana-mana forum adalah penting.


Ini telah terbukti berpandukan hit blog aku semalam.Seperti yang telah aku jangkakan. Amat menyedihkan (dahlah hit selama ini cukup-cukup makan...). So buat blogger baru yang berkecimpung dalam arena blogging ni rajin-rajinkan jari jemari tuh sambil blogwalking. Tak dilupakan pingkan blog anda kat mana-mana website yang provide ping facility.

sedeyyy..

27 January 2010

SAYA NAK CUTI

Tengah-tengah aku buat kerja tetiba terkeluar pulok dahh abang BEAUTIFULNARA punya posting serba sedikit mengganggu konsentrasi aku dari buat kerja. Apa taknya posting beliau kali ini agak berbeza dan menarik-narik jari aku menekan posting beliau yang agak luar biasa.

Inilah yang aku nanti-nanti selama ini…PERCUTIAN…dari MAS Traveller



Peserta kena bagi tahu sebab-sebab kenapa anda berhak untuk impian ini dan untuk kesenangan bersama anda bacalah terma-terma kat website diaorang ok sebab kalau aku buat kat sini memang sampai besok tak abis cerita.

Disini aku sertakan contoh macam mana nak buat karangan disertakan sebab-sebab sekali.Ingat TIDAK LEBIH 350 perkataan sahaja wehh. Kalau lebih engkorang melancong dalam mimpi sahaja.

Dibawah adalah contoh karangan yang terbaik yang pernah dihasil..diatas sedikit dari karangan saudara kita di BEAUTIFULNARA..ahaks..ahaks..

Buat Pihak penganjur peraduan ini,ingin saya maklumkan kepada pihak tuan bahawa saya merasa sangat terharu dan teruja diatas penganjuran peraduan ini. Saya dengan sukacitanya mencalonkan diri saya untuk peraduan ini diatas sebab-sebab berikut :

Saya tidak pernah memenangi apa-apa peraduan melancong sepanjang saya hidup selama lebih 30 tahun kecuali cabutan bertuah berupa hamper.

Destinasi utama saya pilih adalah JAKARTA .Saya memilih JAKARTA adalah kerana orang rumah saya dah pernah pergi, tetapi saya belum pernah menjejak kaki  disana sebelum ini.

Sebab utama sekali adalah saya amat teruja dengan layanan 5 bintang yang bakal dinikmati dari mastraveller.

Dan seterusnya…tak larat aku nak menaip…

Buat sesiapa yang nak join aku pegi melancong..meh..meh..terjah website nie MAS Traveller



GOOD LUCK GUYS..

YANG TERBAIK

Dari semalam aku berfikir..bagaimana orang lain boleh buat  dan aku boleh buat tapi sekerat. Lama kelamaan aku pulak yang dilema semacam. Apa yang aku fikirkan dari semalam ialah niat aku nak cuba membuat sesuatu yang berlainan.



Apa yang aku nampak sekarang perniagaanlah yang dapat menyumbang pendapatan yang agak lumayan sekiranya dibuat dengan strategi yang teratur. Tapi BAGAIMANA?? Dalam kepala otak aku nie terfikir dah jadi blogger separa nie bolehlah aku implement kat blog secara kreatif. Mana tahu menjadik.

Aku tengah memerah strategi..kalau-kalau ada sesiapa yang sudi berkongsi idea dengan aku ok gak aku amat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang pendapat tak kira yang tak bagus ke,yang bagus ke,yang separuh bagus ke pun aku tak kisah.



Lagi pun bila difikir tak rugi pun kalau aku mencuba,lebih-lebih lagi dengan idea yang baik pasti ada orang akan terikut. Salah satu idea aku..ingin jadikan Blog sebagai PLATFORM untuk berniaga secara sistematik dan kreatif dengan alasan ramai pengguna. Mmmm..tapi aku kena rancang dulu secara sistematik harap menjadi rancangan aku nie.
  
Buat sesiapa yang sudi berkongsi idea..meh..meh..meh..curahkan kat ruang komen…

26 January 2010

THE HEALING POWER OF NATURE

Entry aku kali ini sekadar ingin membantu rakan aku yang nak promote barang kesihatan. Bila aku baca testimonial dan khasiat barangan ini menarik jugak. Mana tahu ada yang berminat atau tercari-cari penawar untuk penyakit yang dihadapi.



Nak aku terangkan secara detail rasa-rasa tak cukup jari aku nie..kena tambah 30 jari baru boleh siap jadi secara ringkasnya aku sertakan serba sedikit info barang yang ingin rakan aku perkenalkan PUAN NORZI NOORDIN

Yang aku tahu khasiat terdiri dari 19 jenis buah yang berkhasiat dan diadun dan dibotolkan menjadi minuman. Antara penyakit yang dapat disembuhkan berdasarkan testimonal ialah ARTHRITIS, SCIATICA,LOW BACK PAIN dan banyak lagi (Untuk kanak-kanak pun boleh). Apa-apa pertanyaan sila hubungi PUAN NORZI NOORDIN untuk maklumat selanjutnya di ditalian berikut 012-9247714.

SETIAP 1001 PENYAKIT ADA PENAWARNYA....MUNGKIN SALAH SATU PENAWAR  ADA DISINI. KITA HANYA BERUSAHA MENCARI.....


kata-kata hikmah dari pujangga yang kurang terkenal JAI....akulah tuh..hehehe

BANNER WISH CONTEST

         

SAPA-SAPA NAK JOIN SEKAKI KLIK KAT BANNER 

Menarik gak contest yang dianjurkan oleh FCUCOMMUNITY nie..apa salah aku cuba nasib kut-kut termakbul dapat hadiah..

Antara hadiah bakal dimenangi ialah

3 PEMENANG akan memenangi
Rekaan esklusif banner untuk blog anda!

(Saiz banner terpulang kepada pemenang)


Jadi aku perlukan pendapat korang : Contoh sesuai tak banner 300 X 250 untuk blog aku atau apa-apa jer untuk banner contest aku ni..disamping tu kalau aku nak menang syaratnya bergantung kepada komen dari rakan sumer untuk mejayakan projek nie

Tak menang pun takpe sebab dah adat ada menang ada kalah..tapi apa salah cuba dulu..kalau tak cuba manakan tahu.. 

Aku kena jawab soalan ini untuk melayakkan diri... 

1. Kenapa anda mahu memenangi contest ini?
Sebab Senang aku buat promo dengan banner yang canggih dan lawa dari FCUBANNER 

2. Terangkan ciri-ciri banner termasuk saiz banner yang anda inginkan.
Aku nak banner aku tak besar dan tak kecik saiz dalam 300 X 250 jerr...

So guys...do drop by and give your comment..... terima kaseyyyyy

ADUKA TARUNA....IKUT SUKA AKHIRNYA BERDUKA...

Blogger yang bikin kecoh ADUKA TARUNA dengar cerita telah menyerah diri semalam. Baguslah..biar jadi pengajaran buat beliau dan juga sebagai peringatan buat blogger-blogger yang menaip main lepas.

Post kali ini aku masukkan sekali kata-kata yang menyakitkan hati dari beliau. Aku tak paham kenapa ada manusia sanggup berbuat sedemikian rupa ikut sedap mulut badan binasa.Adakah untuk mencari glamerrr??


Aku rasa memang tak patut dia buat macam tu..Aku baca blog dia member-member dia pulak support..baru pikir pasal keluarga,orang ramai dah tahu alamat mamat nie maka tak tido lenalah dia lepas nie..silap-silap masuk johor abislah dia...berani buat, berani tanggung. Jangan main keluar ikut sedap jerr..

So guys,harap rakan-rakan blogger yang nak luah perasaan biarlah kena dengan tempat,fikir dulu sebelum melakukan sesuatu yang bodoh. Be Profesional.

** baru ditemui perihal si aduka nie dalam blog sorang blogger..siap ada gambo lagi..nak tahu just pegi kat link nie PEJUANG DEMOKRASI

Tutup cerita buat aduka berduka…

25 January 2010

BLOG ADUKA HIT 60,000 BERBALOI ATAU MENYESAL????

Kecoh pasal si ADUKA TARUNA…hati-hati wahai rakan-rakan,cakap jangan main lepas,tulis jangan sebarang tulis.Peringatan buat blogger-blogger ingatlah kita seharusnya menghormati antara satu sama lain dan juga orang lain. Harap Kisah ADUKA TARUNA menjadi pengajaran buat blogger-blogger Malaysia.


 STATISTIK ADUKA TARUNA

Ewahhh..macam bagus aku nie ..hehehe..sebenarnya nak bagi tahu mana-mana nuffnanger hits dia hari nie nak cecah 60k woooooo..kontrovesi betul..mencanak-canak hits dia.. tapi tak berbaloi silap-silap tak pasal-pasal merengkok kat bilik berjendelakan jeriji besi…

** Perghhhh..silap-silap hari nie Hit melepasi 100k....

DELL ATAU HP ??

Pehning..pehning..mana satu pilihan kalbu. Tengah memilih-milih yang mana satu menjadi pilihan kalbu. Ada 2 Jenama produk Mini Computer yang aku tengah usha tapi tengah pening mana satu menjadi pilihan.


DELL INSPIRON 13
Seandainya kamu diberi pilihan jenama apa yang akan kamu pilih. Kedua-dua produk tampak menawan dan spesifikasi lebih kurang jerr. Antara HP dengan DELL? Kedua-dua jenama yang boleh dikategorikan antara yang terbaik bagi aku. Masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri.



HP DM1 / HP DM2

 Arghhh..DELL..HP..DELL..HP..DELL..HP…Poning Pokcik…

BUFFERED EARNING NUFFNANG

Pembukaan tahun 2010 hanya 2 buffered earning yang aku terima. Bukan aku tidak bersyukur tetapi buffered earning ini melekat di blog aku yang satu lagi iaitu RBCOLLECTOR.



Blog ini hanyalah blog samping aku untuk urusan jual beli dan visitor pun tak berapalah sangat berbandingkan blog TERATAKARMO aku nie. Aku masih kurang faham bagaimana diaorang membahagikan buffered earning ini.

Memanglah kalau ikutkan blog RBCOLLECTOR aku ni satu-satunya blog yang dikunjungi oleh orang dari seluruh dunia walaupun tak ramai tetapi jika berbandingkan hit ke official blog aku iaitu TERATAKARMO lagi hangat kemasukan visitor compare RBCOLLECTOR nie..

Macam mana aku nak buat agar blog aku Life Goes On nie at least melekat buffered earning satu jadilah..sapa-sapa ada idea harap boleh turunkan ilmu blogging kat aku.

24 January 2010

HANGAT BAGI KU.....

Just post untuk hujung minggu,sekadar meluah perasaan. Berita dah keluar merokok diharamkan di pahang.Macam-macam komen akan keluar lepas nie. To be honest aku seorang perokok tegar dan telah merokok aku rasa lebih 20 tahun.



Memang dalam hati ada niat hendak berhenti,cuma aku bukan seorang yang mempunyai falsafah bila kata akan dikota. Sebagai perokok aku sering terfikir tentang sejauh mana aku mampu bertahan tanpa merokok. Aku pernah berhenti selama 3 hari paling lama selepas tu demam dan tak sedap badan selama seminggu.Satu badan sakit.

Melalui pengamatan aku sebagai perokok, selama ini ramai yang tidak bertahan lama selepas merokok maksud aku perokok yang telah berhenti merokok akan menemui ajal dalam masa singkat. Mungkin nikotin didalam badan telah sebati kut..entahlah..mungkin tanggapan aku secara kebetulan mereka menemui ajal sebab ajal ditangan tuhan..

Mungkin akan tiba masa untuk aku berhenti..mintak-mintak ada kekuatan dalam diri agar dapat menghentikan tabiat buruk ini...insyallah...

23 January 2010

WHY I LIKE IT LONGER



“Why I like it Longer” kerana panjangmu kelebihan buatku agar dapatku renung sepuas hatiku.Tidakku nafikan dengan hanya sentuhan terus terpaut dihati ingin diri memilikimu..

 
Keanggunanmu terserlah sememangnya layak digelar “Supermodel” diatas pentas peragaan. Pasti ada yang terpegun dengan wajahmu yang bersinar disaluti kristal menambat hati sesiapa sahaja untuk mendapatkan dirimu.


Pengalaman yang pasti sukar dilupai bila kau ku layari,begitu hebat cirimu terbawa-bawa diriku didalam mimpi.Panjangmu aku sanjungi,itulah ciri yang aku idami selama ini.


Hanya yang terbaik dari penciptamu..dalam menuju ke arah kehidupan yang amat sempurna dan penuh makna..


Kesempurnaan ciptaan,innovasi terkini dengan kelas tersendiri mendahului zaman,akan kumiliki tanpa alasan...


22 January 2010

3 JUTA 38 RIBU DAN 27 SAHAJA

Jangan tukar tanggapan anda..anda memang betul..jumlah ini bukan jumlah visitor yang visit blog aku ok. Kalau hit macam nie bukan setakat redmummy atau beautifulnara boleh surrender...kenny sia pun boleh melopong..hehehe

Angka yang sungguh-sungguh menakjubkan..itulah kedudukan aku mengikut perangkaan statistic dari Alexa.

Jauh lagi perjalananku..tetapi sekurang-kurangnya aku ada kedudukan didalam dunia blogging biar pun terpelanting berjuta-juta pun tidak akan mematah semangatku untuk berjuang..

Ehhh..apa aku merepek nie..post sekadar melepas kebosanan selepas bekerja..ok balikkkkkk.


DETERMINE YOUR OWN STRESS LEVEL

Untuk dikongsi bersama agar kita dapat ketahui tahap mana stress anda berada:

This popular stresss test enables you to determine your own stress level. These 10 questions apply to your last month's feeling.Enter a number between 0 and 4.
  • How often have you been upset because of something that happened unexpectedly?
Never - 0    Almost Never - 1   Sometimes   - 2   Fairly Often   -   3   Very Often   -   4

  • How Often have you felt that you were unable to control the important things in your life?
Never - 0    Almost Never - 1   Sometimes   - 2   Fairly Often   -   3   Very Often   -   4

  • How often have you felt nervous and "stressed"
Never - 0    Almost Never - 1   Sometimes   - 2   Fairly Often   -   3   Very Often   -   4

  • How often have you felt confident about your ability to handle your personal problems?
Never - 0    Almost Never - 1   Sometimes   - 2   Fairly Often   -   3   Very Often   -   4

  • How  often have you felt that things were going your way?
Never - 0    Almost Never - 1   Sometimes   - 2   Fairly Often   -   3   Very Often   -   4

  • How often have you been able to control irritations in your life?
Never - 0    Almost Never - 1   Sometimes   - 2   Fairly Often   -   3   Very Often   -   4

  • How often have you found that you could not cope with all the things that you had to do?
Never - 0    Almost Never - 1   Sometimes   - 2   Fairly Often   -   3   Very Often   -   4

  • How often have you felt that you were on top of things?
Never - 0    Almost Never - 1   Sometimes   - 2   Fairly Often   -   3   Very Often   -   4

  • How often have you been angered because of things that were outside your control?
Never - 0    Almost Never - 1   Sometimes   - 2   Fairly Often   -   3   Very Often   -   4

  • How often have you felt difficulties were piling up so high that you could not overcome them?
Never - 0    Almost Never - 1   Sometimes   - 2   Fairly Often   -   3   Very Often   -   4

The maximum score is 40 and the minimum score is 0. If you score between 12 to 14, you are average compared to other Americans. Get the answer by calcute the number that you choose.

happy determine your stress level....and don't stress..

21 January 2010

SAMSUNG NUFFNANG COLOR ME CORBY CARNIVAL

FUN and THE BEST Carnival..itulah yang dapat aku katakan. Thanks Samsung and Nuffnang for organize such a Fantastic Carnival. Carnival yang telah berlangsung di Sunway Extreme park telah berjaya  menarik minat blogger-blogger yang muda (tak termasuk aku antara yang tertua...) untuk bertanding dalam acara-acara yang telah dirangka terdahulu.

Inilah kisah benarku sepanjang Carnival tersebut...

Awal-awal lagi dah sampai kat Sunway Lagoon that is before 9.00 am. because of too excited nak menang Samsung Corby Handphone,aku telah tersalah tempat instead of waiting at Euphoria aku telah menunggu didepan pintu Sunway lagoon.Tertanya-tanya? Mana semua orang? So aku pun call rakan blogger aku bro eyriqazz..bila call dia bagitahu aku kat EUPHORIA baru teringat..apalagi kelam kabut dibuatnya takut tak sempat register(Nasib baik on time...) Jadi aku abadikan gambar semasa aku didepan Sunway Lagoon sebagai bukti kisah benar aku ini...


Tengok lengang jerrrr...Kebiasaannya, kalau Nuffnang organise function 2 hours before event dah ramai dah..nie bangla tengah buat kerja adalah...


Hah..tengok betul-betul bangla tengah sapu sampah depan pintu sunway..gua tak tipu punya aku salah tempat...


Buat sapa-sapa yang nak bawak family kerr atau anak kerr..nie hah list harga sunway lagoon untuk info bersama...

Sampai jerr kat Euphoria aku bergegas turun tangga..dan lega...i make it on time..tengok mak uiihhh ramainya orang..ingatkan group blogger yang akan bertanding rupa-rupanya ada group buat family day kat tempat yang sama.


Tiba-tiba aku terpandang mamat baju kuning nie..macam pernah aku tengok tapi dimana ya..hahaha..tak lain tak bukan bro yang glamer dengan panggilan EYRIQAZZ, tak ketinggalan dalam gambar rakan baru aku WEEN dan AUS..



persiapan di kaunter pendaftaran sebelum acara pendaftaran dimulakan..you guys did it very well..congrats




Its a long queue, tetapi semangat nak ber"Carnival" mengatasi segalanya..long queue long queuelah....



Akhirnya selesai pendaftaran, kami masing-masing diberikan Goodies berupa T-Shirt dan macam-macam ada dalam bag dari SAMSUNG dan aku telah diserapkan didalam TEAM PINK...yang kat belakang tu tak payah ceritalah pasal team dia dah menang..anyway bro EYRIQAZZ and ZAID  blogger yang ada class tersendiri menjadi lawan team aku iaitu TEAM ORANGE (ada ke patut diaorang gelar aku mat jambu...hehehe..)


Yeahh..siap sedia berjuang setelah mendapat tag tangan sebelum masuk Extreme Park...


Menghala ke Surf Deck dimana segalanya bermula disini




drrrrrrrrrrrrruuuuuuuum rollllll..gegegegegegege..tengok jer plastik kat atas meja..apa lagi perut pun berkeroncong..lapar wehh..breakfast time....


Good breakfast Good Health.....


Pack with high spirit bloggers...


Acara dimulakan dengan pengumuman dari MC of the day ( Ah liam ker Ah leong aku dah dua kali jumpa mamat nie tak tahu-tahu lagi nama dia....aku panggil Ah Beng jerr lah...)


Thanks to Mr. Samsung (Nama dah tak ingat..hehehe)...such a wonderful carnival and i suggest samsung should try to make it every year event especially the paintball event..good for health especially to realease stress....






My luvly TEAM PINK...Samuel,Ng, Asyraf, Richard, Shahrul, Sherenne, Aoran, Xiang, Jing, BoB, Ween, Suria, Hafiz, Rebecca,Dizzy(Betul ker nama dia nie) and..bla..bla..bla..Should try to start the games by create a games that every member need to memorize their team mates...sorry guys...






First Game..Acara memijak Belon dikaki lawan,Semangat setiakawan terjalin..agak memenatkan tapi seronok,hampir-hampir aku kehilangan sandal aku kat kolam sebelah surf deck pasal letak kaki atas batu elak belon kena pijak..bila dapat pijak belon ada orang tampar muka aku wehhhh..tak aci sepatutnya sesiapa yang menampar aku kena disqualified...anyway..2nd Place jadi milik TEAM PINK..good job guys...





Second Game TUG of War in the Pool..kekuatan PINK team terserlah,sokongan padu dari rakan memberi lebihan kekuatan.Tabik Guys..Walaupun kalah tapi kitaorang kalah bukan kita tak kuat tapi kalah disebabkan ada lagi team yang kuat and the result another 2nd Placing for TEAM PINK..


Menuju Puncak..after finished the 2nd game masing-masing bergerak menuju ke tempat game seterusnya iaitu game yang ke tiga.....


Game yang ke-3..WALL CLIMBING...ekelahhh..(dalam hati berkata..kacanglah...takdelah tinggi sangat)


TEAM PINK tengah berbincang macam mana nak naik dengan cara yang betul..free consultation by our friend XIANG..TEAM WHITE pasang telinga (No wonder diaorang menang...dapat tips from our team..hehehe)


Aksi confident dari pada TEAM PINK..before the game started. Nampak mudah...



Perghhhhh..very hard to those who first time climbing...susah bangat...nak tahu susah macam mana sila lihat ween (First Picture..) hanya setakat ketinggian itu sahaja yang boleh dicapai..ahaks..ahaks..really this game is very tough...nampak mudah..once you experience it than you'll know..sedeyyyy..TEAM PINK last sekali...


I should realease my tension by take a ride of this thing after lose the 3rd game...who dare???eeee..tak berani aku gayat sehhhhhh...


The Final Game PAINTBALL - the most interesting game because you have chance to shoot someone..hehe. Untuk acara ini dibahagikan kepada 2 team so that mean our team got TEAM PINK 1 and TEAM PINK 2 dan aku termasuk dalam team 2.


Our Sharpshooter sedang membuat senaman jari sebelum acara sebenar berlangsung..with full of style,confident and overconfident...Dizzy (nama tak tahu daa..DZ ker Daisy ker...aduhh) she do have experience shooting especially during Police and Theif drama..hehehe


Peminat TEAM PINK that is YELLOW TEAM kelihatan berebut-rebut meminta tandatangan dari player TEAM PINK..huahahaha..just joking..anyway TEAM YELLOW rocks because they support us during our turn to compete with ORANGE TEAM...tabik guyss...


TEAM PINK 2 in Action..the KAMIKAZE team..apa taknya..aku jadi tembok buat si AUS untuk ambik flag..perghhh sakit badan.. Handphone SAMSUNG CORBY punya pasal aku tahankan jua segala kesakitan..apa-apa pun at the end our TEAM only manage to get 3rd Placing...Hard Luck Guys..


Penangan Handphone Samsung Corby...ini baru lebam kat tangan belum badan lagi..kerana Handphone Samsung Corby aku sanggup buat apa sahaja,tapi apakan daya nasib tidak menyebelahi kitaorang..Not because of our Team Not Strong Enough,but other  Team  is  Stronger than us..Samsung should give me a credit for this..hehehe..at least one Handphone from the blogging contest....


To realease tension..sekali lagi aku layan makan after the games...puas hati aku perut kenyang...


Selepas dikira-kira,campur tolak akhirnya TEAM PINK telah dikalahkan secara terhormat dengan TEAM YELLOW mendapat tempat KE 2 dengan hadiah wang tunai RM2,500.00...Congrats guys


The Winning Team ORANGE with Mr.Samsung the handsome guy (boss..oklah 1 free handphone for me on the compliment..hehehe)..Wah..wah..wah..bukan main suka lagi ada sorang tuhh dapat handphone bagi orang rumah...anyway CONGRATULATIONS Team Orange....


This is the cause of the SAMSUNG CORBY Handphone... i'm willing to do whatever to get one of it as what the samsung corporate tag written " the possibilities with Samsung Mobile..but the luck is not mine...



Adakah akan kumiliki Handphone ini??? Hope i'll get it as my Birthday Gift.This Quote is meant to Mr. Samsung the Handsome Guy..hehehe...boleh..boleh..boleh..






Overall, kesudahan Carnival berlangsung dengan cemerlang..Thanks to SAMSUNG and NUFFNANG for the great opportunity especially to blogger like me..I've meet new friends, famous blogger such as the "Semputman"@ Beautifulnara and hope this event will become an annual event in the future.




Special thanks to The Nuffnang Crew Tuan ROBB and RINA dan yang sudi melayan pertanyaan  aku dan bergambar besama-sama walaupun dalam kesibukan..You Guys Rocks...

Although not winning anything..one thing for sure i'm overall satisfied and thank you so much to Samsung and Nuffnang because you make our day...







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails