Salam Jumaat penghulu segala hari. Sekadar ingin berkongsi dengan semua apa yang telah aku dengari semasa Khutbah Jumaat sebentar tadi. Dalam khutbah Jumaat hari ini berkisarkan Pemasalahan yang kian meruncing dari hari ke sehari. Ini mengenai masalah sosial yang seakan-akan tiada penyudahnya. Masalah Pergaulan bebas, Sex songsang, Lesbian dan apa jua yang sewaktu dengannya.
Terkedu gak aku mendengar kisah yang dikhutbahkan terutama dengan orang sebangsa dan seagama dengan aku bila diselitkan laporan perangkaan dari Jabatan Pendaftaran dari tahun 2005 sehingga 2009 dimana terdapat lebih 74.000 orang ANAK LUAR NIKAH gara-gara pergaulan bebas yang tiada kawalan..Adeyyy..sungguh mengewakan. Zaman semakin mengakhiri zaman agaknya..
Bila dengar kisah ini, menimbulkan kerisauan kepada aku. Yelah anak-anak aku semakin meningkat dewasa,kesilapan kecil mungkin akan membawa padah kepada aku dan keluarga..adeyy. Aku harap sesiapa yang terbaca entri ini terutama yang darah muda tu berhati-hatilah dalam pergaulan agar tidak terjebak dikancah yang boleh membinasakan diri anda dan keluarga anda.
Pesanan aku kepada semua dan juga buat ingatan kepada aku juga, sama-samalah berusaha kearah yang lebih baik dalam kehidupan. Jangan sia-siakan kehidupan yang ada ini. Hindari segala perkara yang boleh membuat kita lupa agama kita dan asal usul kita. Semoga kita dijauhkan dari perkara-perkara (buruk) yang kita sendiri tidak pasti sama ada kita bakal hadapi atau tidak...renung-renungkan..

YA Allah... ramainya.... macam mane la nanti lagi 10 tahun.. nauzubillah
ReplyDeletehuhuhu..sgt2 bad..
ReplyDelete:(
Waaa , best !
ReplyDeleteNanti follow Blog saya ek :)
masyaAllah... haih semoga semua berubah bg 2011 ni..
ReplyDeletetenangsudey - Tuhlah semakin dekat dengan akhir zaman kut..
ReplyDeleteyutaka - memang berita buruk..adeyy
ajey khalid - Apa yang bestnyer bro..hehe
nazihahisa - Harap begitulah hendaknya
Bukan dekat akhir zaman! Cuma kesan daripada dasar kerajaan yg dilaksanakan 20 tahun dulu time Dr.M yg menyasarkan 70juta penduduk!
ReplyDeleteBacalah buku "Freakonomics" bab "Where Have The Criminals Gone?"
KC - Gua rasa kesan tu mungkin menyumbang gak tapi sememangnya kita dah berada diakhir zaman
ReplyDelete