21 December 2010

SHAHIR ADA MASALAH DISIPLIN?

Adeyy..kira hangat gak kisah nie. Ehh..hangat ker hangit..hehe. Nie hah berkenaan Juara AF8 yang dikatakan mencetus beberapa Kontroversi yang mana menurut apa yang aku baca sering tidak muncul daripada sebarang majlis atau acara persembahan yang membabitkannya.Dan yang terkini Konsert RIA 2010 kat I-City Shah Alam hari Ahad lepas.Nampak macam nak mengundang masalah jer si Shahir nie?


Tetapi menurut Pihak pengurusan mengenai Konsert RIA 2010 pada hari ahad, Shahir telah memberi alasan tidak sihat? Dengar cerita beliau mengalami migrain.Kena tunggu penjelasan dari si Shahir sendiri mengenai apa penyakit yang menyebabkan beliau tidak boleh membuat persembahan pada malam itu melalui mulut Shahir sendiri atau memang Shahir ada masalah disiplin seperti yang dikecohkan sebelum ini?

Mungkin dalam masa terdekat Shahir akan tampil memberi sebab musabab apa yang telah terjadi. Ini telah disahkan oleh ibu beliau sendiri yang memberitahu anak beliau sekarang berada dikampung dan sedang berehat dan menenangkan fikiran beliau. Beliau mohon agar orang ramai terutama peminat beliau memberikan masa kepada shahir untuk berehat.

Suara sedap,peminat ramai kalau betullah perangai beliau memang suka buat hal lama kelamaan akan jatuh jua nanti. Aku harap shahir bukanlah seperti apa yang heboh diperkatakan kerana honestly aku suka dengar lagu beliau.Hormatilah orang lain sebelum orang menghormati anda..cehhh..eh betul ker? Ok sila berikan masa kepada beliau untuk menyelesaikan apa jua masalah yang sedang dihadapi...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails