31 December 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011 | SEMOGA TERUS SUKSESS

2010 bakal melabuhkan tirai menuju ke tahun 2011. Sepanjang setahun berblogging macam-macam "Event" telah aku pergi terutama "Event" yang dianjurkan oleh NUFFNANG. Boleh dikatakan kesemua 'Event' yang aku pergi rata-ratanya semua cukup gempak. Terima Kasih NUFFNANG atas penganjuran "Event" yang cukup hebat. Diharap tahun depan banyak lagi "Event" yang gempak dapat dianjurkan oleh pihak NUFFNANG dan penganjur bersama.

SELAMAT TAHUN BARU 2011 DARI KAMI SEKELUARGA

Terima Kasih juga kepada penganjur bersama seperti DiGi, LG, TGV, Maxis, Celcom, TM Connects dan banyak lagi Syarikat yang telah berjaya menganjurkan aktiviti yang cukup menarik. Banyak kontest telah dianjurkan dan walaupun aku tidak mendapat hadiah utama,aku tetap turut serta memeriahkan kontest yang dianjurkan dan berharap akan dapat juga hadiah utama satu hari nanti. Apa yang pasti sokongan penuh aku berikan kepada NUFFNANG.

Banyak yang telah aku pelajari sepanjang tahun 2010 ini namun masih banyak lagi yang perlu aku pelajari. Ilmu yang dicari tak putus dari hari ke hari. Ramai rakan blogger yang telah aku jumpa dan itulah yang paling berharga.  Persahabatan sesuatu yang tak ternilai. Tahun 2011 bakal menjelma. Apa yang aku harapkan agar aku dapat perbaiki diri aku untuk melakukan yang terbaik pada tahun baru ini. Akhir kata buat semua SELAMAT TAHUN BARU 2011 dari pemilik blog TERATAKARMO Sekeluarga..ehh..apa AZAM baru korang..hehe

3 comments:

  1. Happy new year to u & ur family :)

    ReplyDelete
  2. Lynn - Thanks..terlambat lak nak balas..hehe Happy New year to you too..

    JayBon - Happy New year to you too..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails