20 December 2010

RESTORAN BBQ CHICKEN | FOOD REVIEW




Untuk FOOD REVIEW kali ini,aku ingin memperkenalkan kepada semua sebuah Restoran Makanan yang berkonsepkan Makanan KOREA.Terima Kasih kepada NUFFNANG dan JAYAONE kerana memberi peluang kepada para blogger untuk mencuba sesuatu yang berlainan. Ini merupakan FOOD REVIEW kedua setelah FOOD REVIEW keatas KINNAREE THAI RESTAURANT dibuat terdahulu. Tinggal dua lagi nak kena buat REVIEW.Harap korang semua berpuas hati setakat ini.

"TRADEMARK" MEWAKILI BBQ CHICKEN

ANTARA PENYEBAB AKU SUKA DENGAN BBQ CHICKEN..

Sedikit latabelakang mengenai RESTORAN BBQ CHICKEN di MALAYSIA. Telah ditubuh pada September 1995 dan telah berkembang pesat dan menjadi RESTORAN FRANCAIS makanan KOREA No.1 KOREA. Mempunyai lebih dari 1,850 buah Restoran dibawah FRANCAIS. Setakat ini ia telah berkembang dipasaran CHINA, SPAIN, JAPAN, VIETNAM, AUSTRALIA, MONGOLIA, SINGAPURA dan MALAYSIA. Istimewa mengenai RESTORAN BBQ CHICKEN ini adalah,Ayam digoreng menggunakan 100% Minyak Zaitun.

YANG PERTAMA DIDUNIA MENGORENG AYAM MENGGUNAKAN MINYAK ZAITUN

Semasa kami sampai di RESTORAN BBQ CHICKEN ini makanan telah tersedia untuk dinikmati. Seperti biasa sebelum makan,sesi mengambil gambar makanan dijalankan dulu.Honestly aku cuma ingat beberapa nama makanan yang dihidangkan dek kerana terlampau banyak makanan yang dihidangkan. Jadi korang layan gambar lebih ek..Aku akan terangkan yang mana aku ingat.

 BAKAL JADI DUTA BBQ CHICKEN?..HEHE

 
 
NAH..KORANG TENGOK NAIK LENGUH NAK INGAT NAMA MAKANAN

KOCHI

Dari gambar aku rasa korang boleh meleleh air liur..hehe..aku cuma ingat beberapa menu sahaja selebihnya aku tak ingat. Antara yang aku rasa cukup sedap KOCHI iaitu Ayam yang berbentuk seperti Satay AYAM yang digabungkan dengan Sos yang tak silap aku reseipi Sos Korea.

JERK BBQ

JERK BBQ iaitu Ayam Panggang yang disaluti dengan barbeku Sos Korea tanpa ada minyak tambahan pada Ayam yang dipanggang. Aku jamin memang sedap menu ini. Ada rasa pedas sikit dan manis-manis sikit. Disertakan dengan Kentang Goreng dan Coleslow ia cukup mengenyangkan.

 COL-POP-CHICKEN

COL-POP-CHICKEN ni pula sesuai sekali untuk budak-budak. Ia datang sekali dengan Air Carbonat.Lebih kurang macam nugget ayam ni tetapi bentuk dia kecik sikit. Senang nak bawak ke mana-mana sebab ia dalam satu bekas dengan air yang mempunyai dua straw.


Air nie aku tak pasti apa nama dia. Dek kerana terlampau banyak makanan aku tak teringat nak try minuman ni. Apa yang pasti kat bawah minuman nie terdapat kacang merah. Kalau korang nak tahu kena tunggu TIANCHAD buat entri kerana aku tengok beliau ada cuba air ni.


PAT BING SOO

Hah yang nie aku tahu apa nama dia sebab diaorang letak betul-betul depan mata aku. Apa lagi aku pantang kalau ada benda yang sedap berada didepan mata aku. Nama pembuka selera ini adalah PAT BING SOO. Berperisa VANILLA, terdapat kacang merah, fruit cocktail, nata de coco, strawberry sauce disertakan dengan kacang almond diatasnya..nyamm sodap.


Keseluruhannya aku cukup suka makan disini. Citarasa KOREA tidak menghalang selera makan aku kerana bagi aku ia sesuai dengan kita orang MALAYSIA. Kalau korang nak tahu dimana letaknya BBQ CHICKEN ni,senang sekali. Korang pergi kat JAYA ONE,bila sampai sana korang sergah jer kedai kat sana gerenti diaorang tahu punya. Nak tahu lebih lanjut korang layari website diaorang kat bawah nie...Berakhir Review kedua untuk kali ini..


12 comments:

  1. bro, seoul garden takde review kah?

    ReplyDelete
  2. Piah Becok - Takdak..mexico adalah..hehe..setakat ni baru BBQ CHICKEN jer yg baru direview..tunggu nuffnang panggil lak utk review yang lain..huhu

    ReplyDelete
  3. try to speak out - Thanks for the credit..bukan rajin memang dah set sekurang-kurangnya entri untuk satu hari tak boleh kurang dari tiga entri...hehe..bergantung kepada keadaan..

    Lagi pun elok, supaya orang tak bosan nak baca blog kita...

    ReplyDelete
  4. mengliurkan..mesti cuba..hehe

    JOM BACE ENTRY BARU
    "1.Facebook VS Blog"

    ReplyDelete
  5. KimiCnol - Mesti cuba..kalau nak saya dan family temankan dan u belanja saya tak tolak..hehe..try it and you'll love it

    ReplyDelete
  6. terus lapar! mmg akan pegi next time visit jaya one

    ReplyDelete
  7. Fara - Hehehe..tuhlah saya pun lapar gak..oklah tuh..jangan lupa ajak saya sekali..nanti saya ajak pulak orang rumah join sekali tapi fara belanjalah ek..hehe

    ReplyDelete
  8. sedapnya..buat terliur aje...hukhukhuk

    ReplyDelete
  9. Mawaddah - Memang sodap..kalau tak caya meh belanja saya..huhu..dari tadi tanya takdak sapa nak belanja kerrrr..huhu

    ReplyDelete
  10. Lorrr..... baru la tahu BBQ CHICKEN nei actually base frm korea....food presentation yang menarik

    ReplyDelete
  11. hazman - Tulah bro..gua pun first time try..oklah..sedap gak

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails