25 December 2010

PERLAWANAN AKHIR PIALA SUZUKI AFF 2010 | MALAYSIA DAH BERSEDIA!!

Wah..persiapan aku tengok bukan main lagi untuk perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 esok di Stadium Nasional Bukit Jalil. Terbaru persedian untuk para penyokong kedua belah pihak. Masing-masing penyokong telah ditetapkan untuk memasuki pintu berasingan dan juga tempat letak kereta yang berasing untuk kedua-dua penyokong.

Kehangatan semakin terasa para penyokong aku rasa masing-masing dah tak sabar untuk menyaksikan perlawanan Akhir ini. Apa yang aku harapkan janganlah ada pergaduhan antara penyokong,ejek mengejek dan sebagainya. Utamakanlah keselamatan. Jangan pertaruhkan Nyawa semata-mata terlampau taksub dek perlawanan bolasepak.

Apa yang pasti esok bakal mengukirkan satu sejarah sekiranya MALAYSIA menang. Kepada pasukan MALAYSIA berjuanglah dan jagalah maruah MALAYSIA. Bermainlah dengan semangat sukan yang tinggi. Rakyat MALAYSIA sudah pasti mengharapkan kemenangan. Lakukan kejutan yang membanggakan. MALAYSIA BOLEH...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails