01 December 2010

PERBICARAAN ARIEL PETERPAN | ADA YANG INGINKAN BELIAU DIHUKUM HUKUMAN MATI?




Terbaca Al-Kisah perjalanan perbicaraan penyanyi yang kini berkemungkinan kalau didapati bersalah bakal berhadapan hukuman penjara 12 tahun dan denda lebih RM2 juta. Nampaknya setakat nie perbicaraan dikawal dengan begitu ketat sekali. Kira-kira 100 orang polis berkawal disekitar mahkamah. Beliau mendapat sokong padu dari peminat-peminat beliau dan tak terkecuali yang tidak menyokong beliau.

ADAKAH KUMPULAN PETERPAN AKAN BERKUBUR?

Apa yang pasti keadaan disana cukup panas dengan para penunjuk perasaan Anti ARIEL aku dengar cukup lantang bersuara dan menjerit mahukan si ARIEL dijatuhkan Hukuman MATI. Adeyyy..Gilos tuh..Bagi aku biarlah Mahkamah membicarakan Kes ini terlebih dahulu dan biarlah mahkamah yang menentukan hukuman yang bakal dijatuhkan. Masing-masing perlu terima hakikat hukuman yang bakal ARIEL terima.

Sayang seribu kali sayang. Suara beliau yang begitu sedap didengar dan kalau didapati bersalah, dunia seni indonesia bakal kehilangan satu suara emas. Kalau betullah ARIEL bersalah aku doakan moga beliau Insaf sepanjang dalam tahanan. Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan tak kira kecik atau besar. apa yang mampu aku katakan Maafilah beliau,semoga apa yang telah berlaku menjadi ikthibar buat semua.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails