28 December 2010

PENGAGIHAN PENDAPATAN SEKIM ASN SEBANYAK 6.00 SEN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010




Pengumuman kepada pemegang Amanah Saham Nasional hari ini dari PNB bakal membuat pelabur-pelabur tersenyum sampai ke telinga..hehe..Pengagihan pendapatan bagi Skim Amanah Saham Nasional sebanyak 6.0 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010 iaitu peningkatan 0.80 sen berbanding tahun lalu iaitu 5.20sen.

Semua urus niaga ASN di Ibu Pejabat ASNB, pejabat-pejabat ASNB dan ejen ASNB telah ditangguhkan mulai 27 Disember sehingga 2 Januari tahun hadapan.Kayolah lepas ni nanti semua pelabur-pelabur. Para pemegang unit boleh mengemaskinikan buku pelaburan ASN di pejabat ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 3 Januari tahun hadapan.


Mengikut pakar-pakar pasaran kebanyakan mereka meramalkan bahawa indeks KLCI dijangka akan naik tahun depan silap-silap boleh cecah 1,600 mata. Apa ada dengan kenaikan ni? Bila Indeks naik unit-unit amanah juga akan mendapat tempias dari kenaikan ini. Dari itu aku sarankan kepada sesiapa yang ada EPF tuhh cepat melabur..kalau naik confirm rezeki korang.

Kepada pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi tuh masa nielah yang paling sesuai untuk korang melabur,maksud aku pada masa usia muda,kerana apa yang dapat aku lihat adalah pelaburan jangka masa panjang pasti memberikan keuntungan yang berbaloi.Tak mustahil sekira korang melabur untuk jangka masa panjang dalam 5 ke 15 tahun keuntungan silap-silap boleh mencapai 100% keuntungan.

2 comments:

  1. wah memang ekonomi negara tahun ni baguslah.. semua dapat dividen tinggi2.. tapi tulah aku takda akaun ASN ni.. ASB pon tinggal RM50 je.. huhu. kepada yang masyuk tu .. hargailah duit korang tu ye

    ReplyDelete
  2. Tn.Punya - Dengar cerita tahun depan lagi menarik bro..adeyy..kena berguru dengan Mat Joe macamana nak mendisplinkan diri untuk buat saving..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails