Hari Ahad dah takdak kerja tuh aku jejalan @ surfing kata dalam tenet. Sambil tuh aku follow followlah beberapa orang follower aku. Tapi line pulak macam hampeh. Terkemut-kemut adeyy..Nak Update Al-Kisah cerita Pecah Punggung..OPSS..Pecah Panggung tak habis lagi mengedit gambo. Mungkin aku keluarkan tengahmalam kut. Ok hari nie aku nak kongsi sikit mengenai Cili Terpedas di Dunia.
PEMILIK CILI NAGA VIPER
Aku ingatkan Cili Padilah yang paling pedas rupanya tekaan aku meleset semata-mata. Sejenis Cili yang diberi Nama NAGA VIPER merupakan cili yang paling pedas dalam dunia dan ini telah dibuktikan mengikut skala Scoville iaitu alat pengukur kepedasan yang merekodkan tahap kepedasan sebanyak 1,359,000. Kepedasan cili ini juga bakal direkodkan di dalam buku Guinness Book of World Records edisi 2012.
Cili yang ditanam di Cumbria ,United Kingdom ini dimiliki oleh seorang peladang sepenuh masa iaitu Gerald Fowler. Aku tengok dalam gambar macam sedap pulak rupa cili nie. kalau Cili Padi pun tak tertahan pedasnya korang bayangkan entah-entah Cili NAGA VIPER nie mau sepuluh kali ganda kut kepedasannya. Buat sambal pun aku rasa langsung tak rasa sambal..hehe
Sesuai dengan tahap kepedasan Cili ini yang di namakan Cili NAGA VIPER memang sesuai sekali.

Agak2 macamana dia ukur tuh??? huhu
ReplyDeleteWan Zulqhairi - Diaorang pakai pengukur khas dalam skala atau alat yang dinamakan Scoville bro..
ReplyDelete