08 December 2010

PELABURAN JANGKAMASA PANJANG AKU SUDAH LEBIH 50% | MELABUR SEBELUM TUA DENGAN BIJAK




Sedikit TIPS pelaburan ingin aku kongsikan bersama. Bukan ingin menunjuk cuma aku ingin berkongsi antara pelaburan yang memang memberi hasil dalam jangkamasa panjang. Diam tak diam dah hampir 5 tahun aku buat pelaburan dan setakat ini pelaburan aku yang pada asalnya hanya dalam RM2,350 telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan iaitu dari segi peratusan sebanyak 51.12 peratus keuntungan bersamaaan RM1,148.63 telah aku janakan melalui pelaburan ini.

PELABURAN SEJAK 02 JUNE 2006

Lebih 50% keuntungan selama 5 tahun aku melabur. Korang bayangkan kalau aku labur dalam RM23,500.00 tak ke dah cecah RM11,486.30 keuntungan aku. Ok sebenarnya aku bukanlah pakar sangat dengan bab pelaburan ini. Yang pakar korang boleh rujukan pakar pelaburan iaitu MAT JOE. Terus terang pelaburan yang aku buat ini adalah pelaburan melalui UNIT TRUST atau lebih dikenali sebagai pelaburan UNIT AMANAH. Aku beruntung kerana aku telah melabur ke tempat yang betul.

DIVIDEN DARI PELABURAN SETAKAT 4 JUNE 2010

Target aku bukan untuk mendapat keuntungan dalam masa terdekat tetapi lebih kepada pelaburan jangka panjang. Semua pelaburan ini aku gunakan duit dari KWSP kerana ia merupakan sumber terbesar aku untuk membuat pelaburan. Jadi kepada blogger-blogger muda yang ingin membuat pelaburan aku sarankan buatlah pelaburan dari awal. Dengan ini korang akan menikmati keuntungan bila hari tua nanti. Segala pertanyaan pelaburan korang boleh dapatkan nasihat 1st Class dari MAT JOE

5 comments:

  1. N - Your Welcome..ingat masa tua..

    Zuriey - Memang berbaloi selam 4 tahun. Ikutkan trend Unit trust 10 ke 15 tahun keuntungan boleh cecah lebih 100%

    ReplyDelete
  2. salam saya xberapa paham sagt, unit trust tu mcm public mutual ke?
    atau mcm yg baru dilancarkan amanah saham hartanah?

    nadiah

    ReplyDelete
  3. Anonymous - Betul..unit Trust tu memang Public Mutual pun. Ada Banyak lagi syarikat Unit Trust tapi pilihan saya Public Mutual kerana sejarahnya untuk pelaburan jangka masa panjang sehingga ke 15 tahun,keuntung boleh lepas 100%..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails