AktivitI semalam satu family pergi ke Klinik Pergigian. Ingat nak cuci gigi dan proses tampal gigi anak. Tetapi malangnya cuma orang rumah aku dan anak bongsu aku yang sempat kena 'Kerja' oleh Doktor gigi. Orang rumah aku tampal gigi begitu juga anak bongsu aku. Tapi entri ni aku cuma letak gambar anak aku je lah ek. Teringat masa sekolah rendah dulu,bab tampal menampal nielah paling aku gerun.
NURIN NAJUMA SEMPAT POSING SEBELUM TAMPAL GIGI..
UIHH..GERUN SEHH
OPERASI BERMULA
Bunyi mesin gigi ni buat aku phobia. entah berapa kali masa kat sekolah rendah, gigi aku menjadi mangsa Doktor Gigi. Tapi sekarang dah ok dah..takdelah risau sangat. Anak bongsu aku nie nak sangat jumpa Doktor gigi sebab tak pernah lagi bawak pegi jumpa Doktor gigi jadi senanglah kerja aku. Nasib baik Doktor gigi ok, taklah garang sangat macam Doktor gigi masa aku sekolah rendah.
MUKA KECEMASAN
MULA MERAGAM..
ARGHH..SELESAI
Pada permulaan ok jer anak aku, tapi bila sampai pertengahan ..sudah..buat hal gak,pujuk punya pujuk baru ok. Buat tampalan sementara dan minggu depan kena datang lagi. Minggu depan 3 orang anak aku kena servis gigi iaitu proses cuci gigi. Harap minggu depan anak bongsu aku tak buat hall hendaknya. Bila dengar bunyi mesin nie tetiba terkenang zaman sekolah rendah. Korang takut tak nak cabut gigi atau tampal gigi?Aku...hehe..cuba teka...
No comments:
Post a Comment