Bila nafas dihembus untuk kali terakhir maka terputuslah hubungan kita dengan dunia. Sedih gak bila mengenangkan sorang demi sorang keluarga meninggal, yang tinggal kita yang hidup.Aku ambik cuti separuh hari untuk menguruskan jenazah yang dikebumi sebelum sembahyang jumaat dan Alhamdullilah semuanya berjalan lancar.
Bila aku kenangkan ramai gak orang-orang yang aku sayangi ketika hayat mereka masih ada aku tidak berkesempatan berjumpa diwaktu mereka meninggal dunia. Ini disebabkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Dan yang pasti aku cukup terasa kehilangan mereka.Mungkin bila kita berjauhan membuat kita terkenangkan mereka.
Namun aku pasrah ketentuan ILLAHI.Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan golongan orang-orang yang beriman. Hanya doa dipanjatkan buat mereka yang telah pergi. Al-Fatihah.

No comments:
Post a Comment