18 December 2010

MALAYSIA KE FINAL!! | LIVE BLOGGING TERUS MENERUS | KEPUTUSAN TERKINI PERLAWANAN SEPARUH AKHIR KEDUA PIALA SUZUKI AFF 2010 | MALAYSIA Vs VIETNAM

8.40 Malam :  Live blogging dari aku secara terus menerus dari Stadium depan TV rumah aku..hehe..Perlawanan Separuh Akhir Kedua diantara MALAYSIA dan VIETNAM sedang rancak berlangsung. Pada saat ini Serangan kebanyakannya dilakukan oleh Pasukan VIETNAM. Harap pemain MALAYSIA dapat bertahan dengan baik dan dapat mengekang pemain VIETNAM dari menjaringkan Goal. Setakat ini 1 Fouls dari VIETNAM dan 7 Fouls dari MALAYSIA telah dilakukan oleh setiap pasukan.


8.45 Malam : Separuh Masa pertama agak mendebarkan kerana pasukan VIETNAM lebih banyak melakukan serangan berbanding dengan pasukan MALAYSIA. Sokongan padu merancakkan lagi serangan pemain dari VIETNAM. Namun aku puji permainan pasukan MALAYSIA agak baik kerana dapat menahan tekanan dari serangan dan juga sokongan padu dari penyokong VIETNAM. Kalau MALAYSIA mampu bertahan pada separuh masa kedua tak mustahil MALAYSIA akan beraksi pada Final Nanti...rehat sebentar,,hehe

9.10 Malam : Risau aku tengok dan berdebar-debar. Serangan masih dikawal oleh pasukan VIETNAM. Seorang pemain VIETNAM telah dikenakan Kad Kuning pertama untuk perlawanan ini kerana menyiku pemain MALAYSIA ketika tendangan sudut dikawasan MALAYISA. Ada gak beberapa serangan dari MALAYSIA tetapi setakat ini Hampehhh.. Adeyyy..Come On MALAYSIA.. perlawanan sudah memasuki 60 minit permainan..

9.18 Malam : ADOYAIII..menjerit aku jap tadi. VIETNAM hampir menjaringkan goal dengan tandukan terus ke Penjaga Goal setelah mendapat hantaran cantik dari sebelah kiri kawasan MALAYSIA. Berdebar-debar dengan kencang siot. Nak terkucil pun aku tangguhkan. Puhhh..tekanan bukan setakat kepada pemain MALAYSIA tetapi juga buat penyokong MALAYSIA.

9.25 Malam : Adehh..Tendangan percumalah pulak. Kedua Pasukan melakukan pertukaran pemain sebelum tendangan percuma dilakukan..berdebar-debar jantung nie hah..dap-dup dap dup..yeahhh..berjaya ditanduk keluar. Padah kerana berlakon dipadang seorang pemain pasukan VIETNAM telah dikenakan Kad Merah. Sekarang VIETNAM bermain dengan 10 orang dan permainan nampak semakin kasar..mau gaduh nie karang.

9.30 Malam : Wah dari kata-kata komentor,Jurulatih Pasukan VIETNAM silap-silap akan dipecat sekiranya Pasukan VIETNAM kalah..Nampak tekanan kepada pasukan VIETNAM yang bermain dengan 10 orang namun serangan masih dikawal oleh pasukan VIETNAM. Ayuhh MALAYSIA..you can do it. Ambiklah peluang dari kekurangan VIETNAM nie wehh..Serious..memang mendebar-debarkan. Copeklah wehhh dapat 1 goal pun ok,pastu boleh main bola sambil berlenggang..hehe..

9.40 Malam : Perlawaan dah memasuki 80 minit. Serangan demi serangan dari VIETNAM bisa buat yang lemah jantung sakit jantung. pasukan MALAYSIA iaitu Syafiq hampir melakukan jaringan..sayang sekali., Kali ini nampak MALAYSIA mula bangkit melakukan serangan. Namun keputusan masih seperti tadi iaitu HAMPEHH..tahan wehh..bertahan. Ok..lepas nie aku akan umumkan sama ada MALAYSIA pergi ke FINAL ke idak. So korang tunggu keputusannya sebentar lagi ek..MALAYSIA Boleh..

9.48 Cubaan Demi Cubaan VIETNAM masih gagal melakukan jaringan pada minit terakhir. Pada masa ni aku tengah berdebar-debar adakah MALAYSIA mampu masuk Final. Yes MALAYSIA akhirnya pergi ke Final dengan keputusan 0 Malaysia dan 0 VIETNAM dan berdasarkan keputusan separuh akhir pertama ia memihak kepada pasukan MALAYSIA. TAHNIAH MALAYSIA

2 comments:

  1. oooo.. cam tu jalan cerita nya.. thanks .. sgt berguna utk sy yg duk jauh x dapat nengok nie

    ReplyDelete
  2. firahidifa - Uihhh..orang jauh nieh..hehe..just rekod utk kenangan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails