24 December 2010

KOMEN OH KOMEN | TIPS | SHARING IS CARING




Aku bukannya pandai sangat nak bagi TIPS kat orang ni,maksud aku tak reti sangat nak merencana cerita tapi sebab aku nak kongsi apa yang aku tahu jadi aku main bantai jerlah. Harap korang faham apa yang aku ingin sampaikan,moga ia membantu korang dalam perjalanan berblogging. TIPS yang aku bagi rasa-rasanya TIPS yang selalu diberi atau diingatkan dari blogger ke blogger lain.



Ini mengenai perihal KOMEN. Apa kelebihan komen dalam berblogging? Dari Kacamata pemilik blog macam aku ia mengambarkan satu petunjuk kepada prestasi sesuatu blog sama ada blog mereka ada pembaca ke tidak. Selain dari itu ia juga dapat membantu dalam memperbaiki sesuatu entri dengan syarat si pengomen memberi atau berkongsi komen yang membina. Ia juga boleh mencetus semangat berblogging.

Dari segi perspektif si pengomen pula, ia merupakan satu cara untuk menegur, memarahi, mendajal,memuji dan banyak lagi "mem" terhadap si pemilik blog (Itu sudah menjadi hak kepada si pengomen). Pengomen ,terutama yang ada blog seharusnya mengambil kesempatan ini dengan memberi komen yang menarik terhadap blog yang hendak dikomen kerana ia boleh membantu blog pengomen.

Kenapa KOMEN itu penting dan bagaimana ia membantu blog si pengomen? Ok dengan memberi KOMEN secara tidak langsung membantu si pengomen mencipta Link kepada blog si pengomen .Selain dari itu ia  merupakan permulaan untuk blogger dalam memulakan persahabatan dengan blogger lain. Dengan KOMEN juga,anda boleh mendapat trafik secara semulajadi kerana sekiranya KOMEN anda bernas orang sudah pasti tertanya-tanya "ANAK SAPALAH NI" dan secara tidak langsung mereka akan menyemak profile anda.

Moral of The Story - Ambillah peluang untuk memberi komen yang membina untuk memajukan diri dan orang yang dikomen. Kalau KOMEN semata-mata inginkan empunya blog untuk follow blog kita rasa-rasanya tak sesuai. Kan lebih elok mereka follow kerana mereka hargai apa blog anda sampaikan.Dengan ini lebih "AFDAL" rasanya. Tapi bagi saya, pengomen suruh saya follow saya follow janji mereka follow saya dan kekadang orang tak suruh follow pun saya follow kalau blog diaorang mencuri perhatian.Korang bagaimana?

8 comments:

  1. Betul..betul....betull... biar komen yg membina, teguran yg menarik , ikhlas itu lebih afdhal...

    ReplyDelete
  2. Bagi aku.. kalau ada info aku komen.. kalau info takda.. aku nak komen pon tak tahu nak masuk celah mana..

    Apa pon entri yang kita buat tu kalau ada komen memang menaikkan semangat.. betul tak jejai..

    Kekadang kita balas komen dia orang reply balik time tu yang syok..

    Salah satu tarikkan yang menyebabkan aku suka mengomen tempat orang adalah kalau orang tu rajin komen aku.. why not aku tak komen dalam blog dia juga.. betul tak?

    ReplyDelete
  3. hahaha. Orang tak tahu, tapi aku tahu. Thats why orang akan jumpa aku lebih banyak mengomen dari spam shoutbox.

    Terbaru > Lepak Dengan Blogger > Celebrity Best Chest List > Pergi Office Nuffnang

    ReplyDelete
  4. saye setuju, cikgu!! komen kena ikhlas, bukan sebab nak enterprem semata. sebab orang dapat rase keikhlasan kite mengomen berdasarkan ayat komen kite. bile komen itu interesting, orang pun hepi dan tetibe juge mate orang itu akan terase 'gelenya' nak bace blog pengomen itu kembali. kan? kan? kan? good topic bro. kipidap!! i folo...

    ReplyDelete
  5. betul juga..komen dengan bagi pendapat kita..=)

    ReplyDelete
  6. mamawana - Komen dan teguran membina rasa-rasanya dah macam nadi kepada blog. Takde komen maka tak cerialah sesebuah blog itu..hehe

    Tn.Punya - Setuju,komen seiring dengan entri. Thanks bro penjelasan yang cukup panjang lebar..gua bagi 5 bintang..hehe

    Phreak-id - lu geng pecah panggung bro,mana tak orang ramai komen kat blog lu..hehe..

    Piah Becok - Adeyyy..bila pulak jadik cikgu nie..hehe..kena kidnaplah pulok..tulun..tulun..polis..polis..ahaks..Setuju dengan kata-kata piah..kalau dok tinggal jejak...cth : Salam ziarah i follow u u follow me pun susah gak..

    ReplyDelete
  7. anastasyea - Hah komen camni yang gua marah nie..ahaks..ahaks..tapi menarik buleh buat gua senyum:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails