Terkini Al-Kisah Datuk Sosilawati Lawiya,Pengarah Filem Dr.Mahadi J.Murat ingin menerbitkan filem kisah kehidupan Datuk Sosilawati Lawiya? Uihh..gempak gak ni.Tapi apa kesudahan siasatan kes Datuk Sosilawati nie ek?,aku sendiri tercari-cari cerita mengenai siasatan terkini Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati ni. Sekarang dah nak buat filem siasatan masih tak habis lagi? Apalah khabar keluarga pembantu beliau sekarang nie.
Ada Pro dan Kons gak bila difikir-fikirkan kalau ada pihak ingin menerbitkan filem Kisah Hidup Allahyarham Datuk Sosilawati ni. Buat masa sekarang mungkin impak tak nampak sekarang tapi kemudian hari mungkin menjadi isu bergantung kepada jalan cerita. Biarlah cerita mengenai kejayaan beliau sahaja kut yang sesuai untuk filem nie.Aku masih tak puas hati mengenai siasatan yang nampaknya agak lambat diumumkan.
Hari tu kata siasatan forensik sedang dijalankan iaitu siasatan keatas DNA mangsa. Ni dah berapa bulan tak tahu hujung pangkalnya. Mungkin ramai dah lupa dan mungkin ramai masih menanti jawapannya. Aku harap biarlah keputusan diumumkan secara terbuka sebab Kes ini merupakan Kes yang mendapat perhatian seluruh masyarakat. Sekiranya siasatan mengenai kes ini tidak boleh diumumkan secara terbuka apasalahnya diberitahu. Taklah orang membuat macam-macam spekulasi. Apa kata korang?
wah ada pesaing dengan DR romzy ni.. kalau DR tu target 40J.. yang ni berapa J ye..
ReplyDelete