Hari ni merupakan Perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala Suzuki AFF yang cukup menarik untuk disaksikan iaitu Perlawanan diantara MALAYSIA dan VIETNAM. Mampukah MALAYSIA menumpas pasukan dari VIETNAM. Aku tak dapat nak saksikan perlawanan ini disebabkan kena bekerja. Apa yang aku harapkan semoga Pasukan Negara mendapat Kejayaan yang besar pada malam ini.
Sekiranya Pasukan Kebangsaan beraksi seperti mana mereka melawan Pasukan LAOS tempoh hari,aku rasa tidak mustahil MALAYSIA bakal beraksi di peringkat akhir.Namun bola itu bulat,apa-apa pun boleh terjadi. Walaupun kelebihan bermain ditempat sendiri dan mendapat sokong padu dari penyokong ia bukan jaminan MALAYSIA akan beroleh kemenangan. Cuma apa yang aku harapkan kejayaan berpihak kepada MALAYSIA.
Jom kita main teka-teku siapakah yang bakal menang dan berapakah jaringan yang diperolehi.Pada kali ini mengikut ramalan aku sudah tentu pasukan kebangsaan bakal mengatasi VIETNAM dan ramalan jaringan aku adalah 3 MALAYSIA dan 0 VIETNAM. Macamana korang pulak? Ada yang sokong pasukan VIETNAM kerr..hehe..Itu sendiri punya keputusan ya terpulang kepada diri masing-masing,tapi seeloknya sokonglah pasukan NEGARA.
MALAYSIA BULEHHHHHHH
TAHNIAH MALAYSIA
MALAYSIA 2 - VIETNAM 0
TAHNIAH MALAYSIA
MALAYSIA 2 - VIETNAM 0

harap malaysia menangla .
ReplyDeleteerr, pakcik, blog pakcik power a.
mainjauhjauh.blogspot.com
blog saye, blog baru nak naik . jenguk jenguk ya .