18 December 2010

ISOBEL DANIELLA BUKAN ANAK DAPHNE IKING DENGAN RYAN CHONG?

Bukan sahaja Bekas suami kepada pengacara Daphne Iking, Ryan Chong Yiing Yih, 32 terkejut, aku rasa ramai orang pun turut terkejut. Ni hah Kes Prosiding Perbicaraan Saman Peribadi dari Ryan Chong terhadap Darren Choy Khin Ming atas dakwaan dengan niat supaya Daphne atau nama sebenarnya Daphne Eleanor Iking, 31, melakukan persetubuhan yang ditegah dengannya.



Menurut laporan, Ryan Chong telah membawa anak beliau Isobel Daniella menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan darah di sebuah klinik di Petaling Jaya setelah mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dan keputusannya setelah sampel tersebut diuji di Asutralia dan laporan dikeluarkan mengesahkan Isobel bukan anak mereka beliau bersama Daphne Iking.

Masaklah nampaknya banyak bukti lain yang telah dikemukakan oleh Ryan Chong termasuk kiriman e-mel dan salinan perbualan antara Daphne dan Darren yang didakwa berlaku di ruang siber. Selain daripada itu Invois percutian di sebuah Hotel di Bali,Indonesia juga turut dikemukakan.Adoyaii Kantoi si Darren Choy dan Daphne Iking.

kalau didapati bersalah beliau merupakan orang pertama yang didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabit kan dengan kesalahan.Perbicaraan masih belum habis,jadi sama-sama kita lihat siapa yang kenaaaa...Kesian dengan Isobel, angkara nafsu anak menjadi mangsa. 

Macam manalah perasaan si Ryan Chong bila mengetahui anak tersebut bukan anak kandung beliau setelah bertahun-tahun hidup bersama. Satu pengalaman yang buruk buat beliau. Nampaknya semakin lama perbicaraan semakin banyak kisah peribadi keluarga ini keluar. 

Sebelum ini aku tak tahu pun sebab utama kisah Ryan Chong dan Daphne Iking ini kecuali  Saman Peribadi terhadap Darren Choy diatas dakwaan melakukan persetubuhan yang ditegah. Macam-macam perkara yang tak disangka-sangka telah timbul. Cukup memeranjatkan  semua orang.Apa komen korang?

10 comments:

  1. emm...ntah la diorang ni...klu dh kawen, buat la cara kawen...buat apa nak makan luar plak kan...mcm2 la..

    jai, diorang ni kawen brapa lama je?

    ReplyDelete
  2. ISTILAH.... persetubuhan yang ditegah.... menarik laaa

    ReplyDelete
  3. J.M.R - Dunia sudah berubah begitu juga sesetengah manusia bro..

    Muhamadsufian89 - Lihatlah Dunia..hehe

    deqdeq - Itulah pasal..masing-masing punya perangai. Mereka telah berkahwin pada 27 Januari 2007 dan sekarang anak mereka berumur 2 tahun lebih kalau tak silap.

    Hazman - Adeyy..engko pantang nampak ayat sensitif ni. Nak yang memang tak tegah lu kawen cepat-cepat bro..hehe

    ReplyDelete
  4. masa daphne kahwin, i dah agak dah perkahwinan dia tak akan kekal lama...i think perkahwinan yg wujud diantara mereka more to materialistik not love... kebanyakan celebrity sekarang kawin ngan orang yang ada duit... lepas kahwin, bila takde attraction lagi diaorang pun bercerai.

    ReplyDelete
  5. ni buat sampai pegi court lagi tu.. kenapa tak deal terus sesama sendiri? kesian anak mereka tu, skrg semua org tau die anak hasil drpd affair.. dan, knp hal ni melibatkan 2 laki ni saje? manalah daphne iking ni yg sepatutnya responsible jg? affair ni tepuk sblh tgn takkan berbunyi... ish ish..

    ReplyDelete
  6. Vinnie - Agree with you. Without Love in the marriage lama kelamaan akan berkecai jugak lagi-lagi kalau cinta materialistik..macam-macam

    Nadia - Dunia semakin maju manusia semakin lupa..

    Will - Betul gak..mesti melibatkan dua orang..kalau sorang jer takleh jalan punya..adehh..

    ReplyDelete
  7. Tuhan itu maha ADIL....takkanlah dia saja yang menang. Semuanya duniawi.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails