Sebelum aku meneruskan FOOD REVIEW seterusnya yang masih dalam pembikinan biar aku paparkan beberapa aksi blogger-blogger yang turut serta dalam aktiviti yang telah dianjurkan oleh NUFFNANG dengan kerjasama dari pihak pengurusan JAYA ONE. Sebanyak empat tempat yang telah disinggahi dan setakat ini baru satu tempat aku REVIEW.Layan dulu gelagat blogger-blogger yang turut serta dalam entri ini.
BLOGGER YANG HADIR
KINNAREE THAI RESTAURANT
Sesi makan makan bermula dengan KINNAREE THAI RESTAURANT iaitu sebuah Restoran masakan asli Thai yang cukup sedap sekali. Kebanyakan lauk berasaskan 'SeaFood'. Rasa-rasanya lebih 18 orang blogger telah menghadiri Majlis ini. Ramai jugak blogger yang aku kenal pada sesi kali ini.
BBQ CHICKEN
Seterusnya setelah selesai dengan KINNAREE THAI RESTAURANT para blogger beralih ke sebuah Restoran yang tidak kurang menariknya. Kali ini RESTORAN BBQ CHICKEN menjadi sasaran seterusnya. Sesuai sekali untuk seisi keluarga bersantai disini. Konsep yang berasal dari KOREA merupakan kelainan pada Restoran ini. Nasihat aku kat semua. MESTI CUBA..
FRONTERA SOL OF MEXICO
Bar & Grill sesuai untuk golongan muda mudi. Rasa-rasanya kalau layan lepak dan sembang-sembang sambil minum air buahan pun ok gak disini. Konsep Bar lebih kepada MEXICO. Macam kat dalam kedai koboi pun ada..hehe..Menghilangkan dahaga kat sini dan makan kek yang cukup enak sekali.
THE BEE
Tempat terakhir para blogger singgah pada hari itu sebelum pulang. Kedai atau Restoran yang menyediakan ICE CREAM yang agak unik. Antaranya ICE CREAM Teh Tarik, ICE CREAM Horlick dan macam-macam lagi. Pemilik cukup peramah sekali dan penerangan yang lengkap mengenai Restoran ini. Aku perasaan ada seorang pelakon lepak kat sini tempoh hari iaitu salah seorang pelakon cerita GHOST.
Layan gambar blogger yang hadir pada hari tu..hehe..sorry guys kerana publish gambar kandid korang..hehe. Overall puas hati kerana perut kenyang dan senang hati. Selain dari itu aku cukup berpuas hati dengan aktiviti ini kerana ia dapat mengeratkan hubungan dengan blogger lain. Harap diteruskan lagi aktiviti seumpama ini. Million Thanks to NUFFNANG kerana berjaya menganjur aktiviti ini.



Haha cukup candid la all the photo =)
ReplyDeleteGlad u enjoy the food tasting =D
jeles2..
ReplyDeleteTian Chad - Hahaha..yes i think most of us enjoyed the food testing...
ReplyDeleteHamzah ian - Sememangnya anda seharusnya jeles bila baca entri ini..wakaka