16 December 2010

GAMBAR PROTON SAGAFL (SAGA FACELIFT) KELUARAN TERBARU PROTON




Wah menarik ni. Proton semalam telah melancarkan Model terbaru untuk Model Proton Saga yang dikenali sebagai SAGA FL (Saga Facelift). Dari segi rekabentuk ada beberapa perubahan termasuk bahagian Lampu Depan,Lampu Belakang,Cermin Sisi mengunakan LED Turn Indicators.Versi pada kali ini Cuma terdapat dua warna yang dikeluarkan iaitu Blue Rock dan Cafe Latte.Aku tengok rekabentuk agak menarik dari versi yang lama dan nampak bergaya.


Dari segi harga perbezaan dengan Proton Saga terdahulu iaitu untuk 1.3 Standard M/T dan 1.3 Standard A/T beza sebanyak RM1,000 iaitu RM37,998 untuk 1.3 Standard M/T dan RM40,998 untuk 1.3 Standard A/T manakala untuk 1.3 Executive M/T beza harga sebanyak RM1,200 dengan yang lama iaitu RM40,698. Untuk Model 1.3 Executive A/T pula perbezaan harga sebanyak RM1,300 dengan yang lama iaitu RM43,298.

Pada pandangan peribadi aku rekabentuk Proton SagaFL cukup menarik dan nampak "Muda". Aku rasa Proton SagaFL bakal mendapat sambutan yang menggalakkan terutama dari golongan pembeli muda. Mungkinkah ini akan menjadi pesaing Produa MYVI? Apa-apa pun setiap pengguna mempunyai citarasa yang berlainan aku rasa pembeli bijak memilih mengikut citarasa masing-masing. Jadi ada sesiapa yang nak tukar kereta? korang boleh baca maklumat lanjut kat SINI  .

3 comments:

  1. menarik bro.... terbaik ni .. nasib abik aku dah ada myvi..kalau tak mau aku beli ni sekarang..

    ReplyDelete
  2. Tn.Punya - Tulah..memang terbaik..kalau tak blog pun tukaq sekali jadik sagafacelift.blogspot.com..wakakaka

    ReplyDelete
  3. pada pendapat Abg jejai....ok ker saga FL nih...bkn apa ayah DeQdEq kata nak beli kete ni..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails