Tutorial nie aku rasa majoriti blogger tahu tapi aku tujukan khas buat blogger-blogger baru. Ini adalah mengenai Ruangan untuk komen. Ok, aku nak tanya bila diberi pilihan design mana yang korang lagi suka untuk ruang komen. Ia terbentuk kepada empat iaitu antaranya:
1. KOMEN TANPA TAPISAN (TERUS APPROVED)
Risiko SPAM mudah berlaku..jenuh nak delete tuhh. Tiada halangan sekira ada yang nak mengomen secara melampau. Saranan aku sekurang-kurangnya kena tapis demi untuk kebaikan anda juga. Kena pulak orang sakit hati kat kita..aduhhh..menyampah uu..hehe
2. KOMEN YANG BERTAPIS (APPROVED BILA OWNER BLOG SETUJU UNTUK PAPARKAN
Honestly inilah pilihan saya. Ia mudah dan pemgomen tidak perlu nak buat apa kecuali menanti blog owner memberi pelepasan atas komen dibuat. Dengan ini segalanya terkawal. Mana-mana isu sensitif dapat dielakkan. Anda digalak menggunakan pilihan ini..
3. KOMEN BERTAPIS TAPI KENA WORD VERFICATION ( KOMEN DI APPROVED SETELAH DIBERI PELEPASAN)
Rasa-rasanya komen sebegini agak menyulitkan. Dah lah kena taip Verifivation Words pastu kena tunggu pulak komen diluluskan oleh blog owner .Memang tujuannya adalah untuk mengelakkan SPAM masuk tetapi rasanya word Verification membuat pengomen rasa seperti buat kerja dua kali. Apa pendapat korang?
4. KOMEN BERTAPIS KENA WORD VERIFICATION (TERUS APPROVED)
Yang nie serupa seperti yang pertama tadi. kalau sekadar nak elakkan SPAM oklah kut,tetapi kalau ada sesiapa yang ingin buat dajal,komen gila-gila risikonya amatlah tinggi. Jadi saya sarankan buatlah pilihan No. 2 kerana ia lagi praktikal rasanya dan tak menyusahkan pengomen.
Daripada keempat-empat bentuk komen atas tadi aku telah menyebut bentuk Komen No.2 menjadi pilihanku kerana agak ringkas dan terdapat ciri-ciri pengawalan atas komen yang diberikan oleh para pengomen. Percayalah inilah yang terbaik terutama kepada blogger-blogger yang baru berkecimpung..Sekian..Terimas..
komen pop out window.. tak perlu refresh dua kali untuk komen
ReplyDeletekalau sy...sy lebih selesa no 1...kalau komen tu berbentuk spam...blogger dh boleh detect...so komen2 berbentuk spam tkkn ada di kotak komen kita... :)
ReplyDeletekalau yg ada WV mmg menyulitkan terutama yg meletakkan kotak komen di bawah n3.. :)
jom ke APA KATA HATI pulak,
PISANG KAKI
Hamzah Ian - Setuju..Pop Up ker..Up Pop kerr..janji Blog owner kena approved dulu komen before realease..
ReplyDeleteNabilah_2908 - No.2 kut..kalau no.1 kita taip kat komen bila publish terus approved.Kalau spam senang lenang masuk.....yg WV memang leceh
popup senang sikit..tak suka ada word verification
ReplyDeletebaik cikgu. skang jugak saye amik no 2 tuh ye cikgu
ReplyDeletezuriey - Sependapat dengan anda..hehe
ReplyDeletePiah Becok - Ala..la..la..hehe..sekadar berkongsi melalui pengalam jerr..bukan pandai pun..jadi cikgu lagilah jauh..hehe..kalau tukaq tahniahlah..jap lagi test..hehe
ok2 ni kene tukar ni..
ReplyDeletehehe
aku senang, xde verify, pop up. org x tensen komen.
ReplyDeleteAin - Ain diwajibkan tukar..hehe..
ReplyDeleteMatJoe - Elok kena ada approval bro..kalau ada spam boleh delete dulu tak menyemak dalam box komen. Kalau gua nak kutuk lu pun senang..hehe
Komen popup + registered user (no unknown) + no approval (tak besh tak dapat tengok apa kita komen. Kalau owner blog tak online 2-3 hari + update entry guna scheduled publish, jawabnya lepas 2-3 hari la baru boleh baca semua komen.. Hehehe)
ReplyDeleteTerbaru >> 1) Bila Aku Keseorangan [Horror] 2) Bila Sejuk dan? 3) My name is phreak-id