Aku baru sahaja balik dari menziarahi saudaraku yang baru meninggal semalam pada pukul 10.45 Malam. Arwah adalah kakak kepada bapa mertuaku. Takziah sekali lagi aku ucapkan buat keluarga. Kita hanya hidup sementara didunia,bila sampai waktunya kita akan kembali kepadaNYA. Dari ALLAH kita datang dan kepada ALLAH kita kembali .Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
SEKADAR GAMBAR HIASAN SEBAGAI PERINGATAN
Aku takdelah ralat sangat sebab sempat menziarahi beliau pada sabtu lepas sebaik sahaj pengambaran pecah panggung selesai. Kalau korang ingat gambar Hari Raya tahun ini yang aku sekeluarga memakai baju pink,itulah saat aku sekeluarga berkumpul di rumah arwah. Kenangan Baju Pink tetap terpahat sampai bila-bila dan itulah merupakan kali terakhir aku sekeluarga dapat bercakap dengan beliau.
Terlalu cepat masa berlalu dan sorang demi sorang aku saksikan meninggal dunia. Giliran kita entah bila mungkin hari ini? Esok? Lusa dan seterusnya. Persoalan sudahkah kita bersedia menghadapinya? Setiap orang tidak akan lepas darinya. Amalan kta cukupkah untuk dibawa kesana? Aku sekadar berpesan kepada semua dan juga sebagai peringatan buatku yang sungguh kerdil ini.
AL-FATIHAH BUAT ARWAH.

Alfatihah...
ReplyDeletetypo - AlfatihaM
OnlyZul - Amin...Noted Bro. Terima Kasih atas pembetulan
ReplyDeleteal fatihah buat arwah..semakin lama semakin ramai yang meninggalkan kita
ReplyDeleteKak Ina Kl - Amin..tulah semakin berkurangan keluarga
ReplyDelete