Susah sangat ke menjadi seorang blogger? Pendapat aku menjadi seorang blogger taklah susah sangat cuma adakalanya bila idea takde tuh yang payah sikit. Nak paksa fikir apa entri nak buat tak guna gak sebab tak boleh jalan punya. Last-last idea kemana entri kemana. Itupun Bergantung kepada korang blogging tentang apa. Personal ke,Artis ker,Sukan ker,Pasal I.T ke dan sebagainya.
BILA BLURR APA KORANG BUAT?
Sebab itu bila berblogging aku suka campur aduk dan tak terikat pada sesuatu idea. Memula aku ingat nak tumpukan kepada parental blogging sepenuh masa (Mungkin pada masa akan datang..) tapi buat masa ini aku lebih senang dengan apa yang aku buat iaitu Casual blogging. Blogging tentang apa jua jadi agak mudah untuk mengembangkan idea. Ini memudahkan aku untuk berlajar lagi.
Namun tak semua orang suka tentang Casual blogging nie sebab kekadang berita online pun boleh jadi entri pada hal berita dah keluar..hehe. Tapi bagi aku konsep perkongsian adalah tujuan utama aku. Sama juga cerita tentang artis. Tak semua orang tahu berita terkini mahupun kisah artis kat Malaysia ni,jadi aku sekadar berkongsi cerita. Bila berkongsi tu aku suka guna ayat aku sendiri dan ambik point yang penting.
Dengan in pemahaman tentang cerita yang ingin dikongsi dapat disampai dengan efektif. Satu lagi bahasa yang aku guna taklah skema (Bergantung kepada Entri..). Aku lebih suka berblogging seolah-olah bercakap dengan korang dalam alam nyata,jadi ini dapat mengelakkan si pembaca rasa bosan. Serupa macam korang baca buku yang korang tak faham,lama kelamaan korang boring lalu tido.
Ehh sedap pulak guna konsep menaip terus tanpa berhenti ni. Aku sebenarnya tengah practice buat entri selamba ni. Menjadi pulak entri aku ni. Tak sia-sia tenaga pengajar yang mengajar aku konsep ni..hehe. Taip memang boleh menaip tapi pada masa yang sama wujudkan apa yang korang fikir dalam fikiran lepas tu turunkan idea tu kat jari. Maka inilah hasilnya. Entri AKU BLOGGER APA EK? | TIPS Mungkin korang boleh praktik konsep ini bila korang ketandusan idea. Selamat Mencuba dan Happy Blogging.
aku ada lah blogger yg baru..tp tak sure aku nie blogger jenis apa????..aku menulis asal dpt menulis..
ReplyDelete