29 December 2010

500 WEBSITE MALAYSIA DIGODAM?

Maklumat terkini yang aku baca dalam forum INDONESIA menyatakan bahawa HACKERS dari INDONESIA telah berjaya mengacau bilaukan dalam 500 website milik rakyat MALAYSIA. Adeyyy..Ini termasuk website milik Les' Copaque Production Sdn Bhd iaitu Syarikat yang terkenal dengan Upin dan Ipin. Penangan gara-gara laser hijau.


Nampaknya Hackers disana sedaya upaya cuba untuk meng'Hack' Sebanyak mungkin Website Milik rakyat MALAYSIA. Aku tak faham apa faedah yang diperolehi oleh mereka? Adakah dengan apa yang dilakukan MALAYSIA akan kalah? Kalau tiada kawalan inilah jadinya. Bagi aku ia amat Memalukan. Harap pihak SKMM dapat menyelidik perihal ini.

Kalau tiada pemantauan dengan apa yang berlaku, aku rasa ia akan mengundang bencana dalam sejarah teknologi maklumat MALAYSIA. Banyak juga website yang aku kenal. Website UiTM pun ado..adeyy..tapi aku rasa Hacker @ Pengodam nie golongan amatur kut berdasarkan apa yang aku baca dalam forum diaorang..


8 comments:

  1. cite lama ni bro,tapi hacker kita pon ada hack site indonesia gak
    cuba baca kat SINI

    ReplyDelete
  2. biasala tu bro..diorang bangga negara drg banyak hackers..nak menunjuk la tu..

    ReplyDelete
  3. hahaha..godam ni ape dapat? godam la bank online ke..dapat la income, tayah merempat kat mesia lagi. bongok la depa nie

    ReplyDelete
  4. faedahnya...tunjuk hebatlah...apa lagi...haha

    ReplyDelete
  5. berita menyeramkan... sebelum ni aku pon pernah juga cuba2 masuk dalam router modem dia orang.. godeh sana..godeh sini..hehehe.. saja nak tengok security dia orang macam mana.. apa yang aku dapat simpulkan.. kebanyakkan pengguna broadband dekat sana menggunakan default username & password untuk modem dia orang.. tak kurangnya juga rakyat kita kalau tak percaya ko cubalah ping live ip dalam shoutbox korang.. mesti boleh masuk punya..

    Ingat tak baik hack menghack ni.. baik korang buat keje amal lagi baik.. wasalam..

    ReplyDelete
  6. mnt6277 - Biar betul bro..rasa-rasanya masih baru lagi nie..

    Zuar - Kenapalah hacker nie buat camni..adeyy..tak boleh ker diaorang buat utk kebaikan kalau dah pandai..

    Megat Azfar - Betul tuhh..akalu gunakkan kepandaian utk kebaikan takpe gak..

    Noorafzan - Memang mimpi ngeri..

    Mohd isa - Kalau nak tunjuk hebat pastu kena kutuk buat apa..hehe

    MyVitrd - Uihh..rupa-rupanya lu pun hackers gak dulu ek..hehe..meh..meh gua nak belajar meng'hack'gak nie..hehe

    ReplyDelete
  7. @JAI

    yang pasal les copaque,UiTM&RTM(salah website ^^) tu memang masih baru tapi hacker indonesia memang dah attack website malaysia dari 2-3 tahun lepas

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails