09 October 2010

SMART BLOGGING | PERSONAL TIPS

Hari tu ada blogger bertanyakan aku,apa yang dimaksudkan SMART BLOGGING. Ok, apa yang bakal aku terangkan dan kongsikan disini adalah dari pandangan peribadi aku semata-mata. Ini hanya pendapat dan tidak semestinya korang kena ikut kerana inilah yang aku praktikkan agar aku boleh terus berblogging. Sesetengah pendapat juga dari aku perolehi dari beberapa blogger yang telah lama berkecimpung didalam dunia blogging.


Bila bercakap tentang SMART korang mesti akan teringat perkataan BIJAK. Dari kacamata aku SMART dalam BLOGGING adalah, apa korang lakukan sebelum berblogging yang penting mulakan dengan perkara-perkara asas dahulu. Cipta IDENTITI. Nak cari Identiti kemudian pun boleh namun agak mudah kalau dah tahu apa yang korang nak blogkan atau ceritakan dalam BLOG korang nanti.Secara tidak langsung bila korang nak mulakan entri sekurang-kurangnya korang dah tahu apa yang hendak dituliskan berdasarkan identiti korang.

Kemudian sebarkan tentang kewujudan BLOG korang. Bila orang dah suka,aku gerenti korang akan dapat impak Traffic dari pembaca. Sekarang tumpukan perhatian terhadap penulisan dan fikirkan macamana korang nak tarikkan perhatian orang untuk masuk BLOG korang. Ini harus dimulakan oleh Korang dulu,maksud aku masuk blog orang, bertegur sapa dan cuba buat kawan. Tinggalkan Komen yang membina,jangan sesekali setakat nak bagitahu "Hi saya Singgah Ziarah" atau "Hi Singgahlah blog saya"  dan sesuatu yang agak terburu-buru bunyinya untuk mencari traffic.

Sebaiknya biar blogger yang diziarahi merasakan mereka tidak seperti terpaksa untuk masuk blog korang. Jangan lupa cuba bertegur dengan TOP Blogger,aku rasa mereka sememangnya tidak kedekut ilmu berblogging dan pada masa yang sama korang cari blog yang memberi TIPS yang berguna dalam berblogging. Jangan fikirkan ingin menjana pendapatan, korang buat Group Klik Klik @ FRAUD CLICK pulak. Ini bahaya weh..tak panjang umur blog korang nanti. Jujurlah bila berblogging dan jangan sesekali cuba kaedah ini.

Bina rangkaian @ "LINK" melalui follower tapi jangan paksa orang follow korang yer,seeloknya biar diaorang follow korang atas kerelaan hati. Dengan kekuatan "LINK" korang bakal menerima impak yang cukup hebat sekiranya korang buat secara bijak. Contoh katakan Sorang Follower tu visitor dia average 300 kemudian diaorang "LINK" pulak blog korang. Dapat 1 peratus dari visitor blog dia terlihat "LINK" korang cukuplah,bermakna dah ada dalam 30 orang jenguk blog korang. Itu 1 Follower yang "LINK" blog korang,bayangkan 100 Follower semua "LINK" blog korang. 3000 beb...

Namun tu pun  tengok nasib gak. Tak semestinya semua akan masuk blog korang tapi kebarangkalian tu tinggilah sikit. Aku rasa cukup tu jer kut celoteh aku pasal blogging nie. Banyak lagi TIPS kalau ikutkan. Mungkin kalau ada masa aku ceritakan nanti. Itu bergantung kepada keadaan dan masa yer. Ehh..nie yang paling penting sekali. Jangan LUPA untuk daftar dengan NUFFNANG sekiranya korang masih baru dalam blogging. Mereka inilah silap-silap bakal merubah siapa korang dalam arena Blogging suatu hari nanti.

6 comments:

  1. berblogging utk iklan nuffnang semua tu dah xmenjadi niat aku lagi..

    yang penting skang ialah aku dapat menulis entri yg berkualiti yang suka dibaca oleh pelawat aku..

    Entri terbaru->10 tips menulis entri menarik

    ReplyDelete
  2. :) tips mudah yang berguna..
    Identiti tu penting juga kan.. Thanks berkongsi tips..

    ReplyDelete
  3. nice tips bro...sangat2 berinformasi

    Search Engine Optimization Tips
    http://zuarxpdc.blogspot.com/2009/05/search-engine-optimizationseo.html

    ReplyDelete
  4. Paan - Nuffnang penting tuhh..ur life boleh berubah dengan nuffnang. Try to participated falam event nuffnang.

    Raja Fiqri - Betul..mcm saya dah hampir 1 tahun Identiti masih blurr lagi..

    Zuar - Thanks bro..harap sama-sama memperolehi kejayaan dalam berblogging.

    ReplyDelete
  5. Thankss bro...eh, teratakarmo rupanya...1st tyme singgah sini bro..sebelum ni tengok byk link ke sini aje..hee

    ReplyDelete
  6. The Sharkox - Your welcome bro..terima kasih kerana sudi singgah blog picisan nie

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails