10 October 2010

SIARAN LANGSUNG PERKAHWINAN DATO' DR SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR CUKUP MENARIK

Perghh..Kelas..Memang sah perkahwinan WEDDING OF THE YEAR 2010  tahun ini di sandang oleh Dato Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Pasangan beliau iaitu Dr Halina Mohd Yunos. Dimulai dengan silat adat melayu diiringi Gurindam pasangan memasuki dewan dengan Salawat Nabi Sungguh menusuk dijiwa. Sedondon dengan pakaian Umpama Pahlawan Melayu direka oleh PUTRA dari Butik COSRY. Duduk dipelamin Raja Sehari sungguh menawan sekali.


Adeyy..tah apa-apalah aku melalut nie..hehe..Tengah tengok Livelah kat TV3..Pengacara Majlis Mahadthir Lokman tuhh..suara kelas. Acara Merenjis Kaum keluarga yang terdekat. Tu dia Selama 8 tahun berkawan berbaloi-baloi akhirnya bersatu jua.Ramai tuhh jemputan...Datuk Yusni Hamid maintain suara nyanyi tuh. Laa..nyanyian "FLY ME TO THE MOON" unplugged lagi..boleh tahan jugak nyanyian rakan Dato' Dr. Sheikh Muszaphar dari RUSIA nie.

Wahh..Pakaian Lip Lap untuk acara potong Kek ciptaan pereka BERNARD CHANDRAN..memang cantik sehhh..Perghh Kek Kapal Angkasa wehh..Sah kejap lagi terbanglah tuhh..hehe..lagu-lagu yang mengiringi majlis cukup sedap. Adoii..Perkahwinan SUPERB setakat tahun ni. Tokti pun boleh kalah nie..hehe

Dah..dah..kang jauh tersasar pulak entri aku nie. Nak tengok sambungan Perkahwinan Gilang Gemilang tahun ni. Sapa yang pegi sure seronok kerana dapat menjadi sejarah perkahwinan terunggul. Entah berapalah budget untuk perkahwinan pasangan ini. Silap-silap makan jutaan ringgit kut. Apa-apa pun tumpang bangga sebagai rakyat Malaysia atas perkahwinan Angkasawan Negara ini. Semoga Kekal Ke Akhir Hayat..

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails