08 October 2010

PERANGAI ANAK OHH!! ANAK | MACAM-MACAM HAL

Entah apa penyakit aku pun tak tahu. Siapa tahu ubatnya,harap-harap boleh bantu..tak dapat bantu pun tak kisah. Ni hah Al-kisahlah anak aku yang bersekolah dalam darjah 1. Hari ini aku dan orang rumah aku kena ambik cuti gara-gara anak aku yang no.3 buat perangai. Sejak dari 2 minggu lepas,setelah anak aku kena demam panas selama 3 hari berturut-turut dia mula buat perangai taknak masuk kelas sekolah kebangsaan. Sekolah Agama pada waktu pagi takde masalah.

NURALIA NAJIHAH

Minggu Pertama demam selama 3 hari, hari ke 4 masuk kelas hari ke 5 tak masuk. Masuk minggu ke 2 iaitu minggu ni dia cuma masuk hari Selasa dan hari ini Jumaat aku paksa dia masuk. Dah menangis meraung-raung pulak kat kawasan sekolah sampai pengetua sekolah dan cikgu pun bantu aku memujuk dia suruh masuk Kelas. Dengan berat hati aku terpaksa tinggalkan beliau dengan Cikgu yang sibuk memujuk suruh masuk kelas.

Sedih aku tengok,menangis meronta-ronta nak ikut aku dan orang rumah aku balik,namun aku terpaksa buat macam tu takut lagi dibiarkan lagi dia taknak sekolah. At least cikgu sekolah dah janji dengan aku kalau apa-apa hal diaorang akan call aku dan orang rumah aku. Aku tak balik terus tapi tunggu diluar Sekolah sekejap kut-kut tetiba dia buat hal berlari ke pagar sekolah ker..berpanaslah aku dengan orang rumah aku kat luar sekolah.

Dekat 2 jam kat luar Sekolah aku tanya balik kat Jaga Sekolah,apa situasi anak aku sekarang. Beliau kata dah reda dan dah masuk kelas pun. Baru senang hati aku,tapi perasaan aku bercampur baur dan risau takut minggu depan dia buat hal lagi. Cuti aku untuk tahun ni tinggal 2 hari..adeyyy..pehning kepalo eden memikirkannya. Agak-agak korang ada pendekatan Psikologi ker yang mungkin dapat bantu aku menangani masalah ni? Kalau takde takpe.

Antara alasan yang beliau bagi bila aku tanya kenapa taknak pegi sekolah adalah, Cikgu garanglah (Dah settle dah..takde pun garang sangat),Ada budak darjah 3 buli dia,tarik tudung dan tolak dia sampai bercalar lutut kaki (Aku tengok memang ada kesan calar..)..yang ini aku dah beritahu cikgu suruh tengok-tengokkan. Tadi nak masuk kelas pun secara paksaan,dia dah peluk tiang besi sekolah. Yang memujuk beliau tadi aku rasa ada dekat 3 orang Cikgu termasuk guru besar.

Risau gak aku takut disampuk dek bende-bende yang tak nampak pandangan kasar. Bila kat rumah ok jerr,siap janji nak pegi sekolah tapi bila dah sampai kawasan pagar sekolah nak keluar kereta jenuh aku memujuk. Adeyy..kena pulak orang kantin ada cerita yang anak beliau 3 bulan tak pegi sekolah dan siap berubat untuk memulih semangat anak beliau pasal anak beliau phobia ternampak Nenek Kebayan dalam Kelas..adushhhh..

Petang karang ambik dia dan tengok macamana. Adoii..dulu masa tadika pun pernah buat hal,1 bulan mak mertua aku kena jadi pelajar tadika (teman duduk sebelah) dek dia buat hal gak taknak sekolah. Ni buat hal lagi..Hrmm sabau jerlah. Ada sesiapa pernah mengalami situasi sebegini? Kongsi-kongsilah yer,mungkin dapat bantu aku untuk menyelesaikan masalah ini. Dah pehning dah nie..nak membadak jap sebelum jemput anak kat sekolah.

4 comments:

  1. sama macam kawan aku sebab dia tadak kawan ms aku kecik2 dulu.cuba suh cikgu suh kwn2 berkawan-kawan dengan dia.Insya Allah.ok laa nanti.

    ReplyDelete
  2. Thanks elissmie,Mungkin gak kut..masalah nie timbul lepas dia tukar darjah ke kelas yang lebih baik..baru lagi..dari Kelas Rajin naik ke Kelas Gigih..kelas teratas dalam darjah 1

    ReplyDelete
  3. aku dulu2 pun menangis gak. hak3.. kelakar biler fikir balik heheheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails