29 October 2010

KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2010, SIAPA JUARA?




Kehangatan Perlawanan BolaSepak Akhir Piala Malaysia 2010 pasti meriah. Perlawanan Ulangan antara Kelantan dan Negeri Sembilan sudah tentu menyajikan corak permainan yang mantap kerana masing-masing bersemangat untuk menjuarai Piala Malaysia 2010.Diharap kedua-dua pasukan dapat mempamerkan permainan berdasarkan semangat kesukanan yang tinggi dan "SKILL" tersendiri.



Teringat aku kembali kisah kegemilangan Bolasepak Malaysia pada zaman dulu. Memang penuh Stadium bila pasukan kegemaran masing-masing turun padang. Tak payah tunggu Final, Stadium gerenti penuh.Tak silap aku itu pada zaman tahun 90an dan aku sendiri pada waktu itu memang "FIT" dari segi stamina dan hantu bola. Bulan Puasa pun sanggup berlatih..

Terasa macam masuk dalam SEMI PRO pulak waktu itu. Kena pulak dalam TEAM aku 3 bekas pemain kebangsaan SARAWAK turut serta didalam pasukan aku iaitu RAZIF ISMAIL,ZAIDAL SAKUP dan juga pemain yang cukup terkenal pada masa tu iaitu ABU BAKAR AMRAN.Memang bila cakap pasal Bola inilah antara memori indah sepanjang penglibatan aku dalam dunia Bolasepak.

Ehh..terlajak pulak cerita aku.Ok Berbalik kepada Perlawanan antara Kelantan dengan Negeri Sembilan. Korang sokong team mana? Aku pilih GOMO KELANTE GOMO..hehe..Kenapa? Sebab bila cerita tentang bolasepak terutama mengenai Posisi, aku merupakan Penjaga Goal @ GOALKEEPER. Kelantan memiliki Penjaga Goal yang mantap iaitu KHAIRUL FAHMI CHE MAT yang baru berumur 21 tahun.

Jadi segalanya bakal terjawab esok sama ada KELANTAN atau NEGERI SEMBILAN akan memenangi PIALA MALAYSIA 2010. Dari pengamatan aku kedua-dua pasukan memiliki kekuatan yang seimbang. Sukar untuk dijangka siapakah yang bakal menjadi juara.Apa-apa pun aku harap penyokong kedua belah pasukan tidak akan melakukan perkara yang mungkin boleh mencemarkan perlawanan. Jadi siapa pegi tengok perlawanan esok? Mesti Jammed..aku tunggu keputusan kat rumah je lah...

9 comments:

  1. woohaaa!!!
    aq pon x sbr tunggu result bro Jai...

    ReplyDelete
  2. yang pasti kedua2nya memang dah juara..hehe sebab melayakkan diri ke final..betol tak?

    ReplyDelete
  3. Besok.... confirm orang ramai giler kat stadium bukit jalil tue...

    ReplyDelete
  4. sombong gila ajak g wedding tak datang call x angkat. tsk..

    ReplyDelete
  5. yutaka - memang tak sabar bro..sure menarik..

    Kalamhati - Sememangnya kedua-dua kira pasukan terhebat..

    Sharinginfoz - Mu penyokong kental abe..hehe..gud luck..

    Hazman - Sure sesak kat sana nanti dengan manusia dan kenderaan..

    Phreak id - Sah anak didik bean ganazz ganazz belako..ahakss

    roe -Mintak maafff berbanyak...last minute tukaq..kena gi airport ambik wife..tak sempat nak datang..wehh

    Heidi Shafiq - Gud Luck jangggggg..hehe

    ReplyDelete
  6. gomo kelate gomo..!!! suka penyerang kelantan main.nor Shahrul idlan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails