Ucapan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan keretapi yang berlaku di Pematang ,Jawa Tengah Indonesia. Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 pagi tadi yang melibatkan Kereta api Senja Utama dari Jakarta ke Semarang merempuh kereta api Argo Anggrek dari Surabaya. Keadaan sungguh mengerikan dan menyedihkan dimana terdapat puluhan orang tersebit didalam gerabak kereta api. Ketika mula-mula dikeluarkan berita mengenainya hanya 5 yang dilaporkan terkorban.
Namun yang terkini aku terdengar sekitar 1.45 tengahari,mangsa atau korban telah meningkat sehingga 45 orang. Masih ramai lagi tersepit didalam gerabak dan nasib penumpang yang masih tersepit belum diketahui. Kejadian kemalangan ini tidak diketahui puncanya lagi. Adakah salah komunikasi? atau lain-lain punca. Hanya doa mampu dipanjangkan dan Al-Fatihah disedekahkan kepada mangsa yang beragama Islam yang terkorban.
Diharap para penumpang selamat hendaknya. Ketepikan sengketa, sama-sama mendoakan keselamatan penumpang ini. Bila aku lihat menerusi TV3 tadi cukup mengerikan keadaan dilokasi kejadian. Dengan Mayat dikeluarkan dari kawasan kemalangan sungguh menyedihkan. Ucapan Takziah sekali lagi dari aku..
amin..amin..
ReplyDeletePembetulan tadi TV3 menyebut 36 orang terkorban..adey..mana satu betul daa
ReplyDelete