Akhirnya pemandu yang menyebabkan kematian 7 penumpang kemalangan di Genting Sempah membuat permohonan terbuka kepada semua pihak terutama keluarga mangsa. Beliau yang patah kaki kanan kini di tahan reman. Beliau mengaku kesilapan beliau? Ni aku tak faham kejap kata Brek tak makan..what everlah..Point aku siapa yang harus dipersalahkan dalam kes ini?
Ok ini aku punya pendapat ek,takde dibawah pengaruh mana-mana pihak melainkan tulusss dari hati aku. Aku salahkan SYARIKAT BAS yang mengaji pemandu ni. Kenapa? Kerana apa ke jadah bagi orang naik BAS yang aku rasa tak cukup diselengara,lepas tu bagi pemandu yang lesen dah mati bawak kenderaan.. Adeyy..Memang patut kena saman pun SYARIKAT BAS nie.
Ada juga kebenaran pasal apa yang dikatakan pemandu BAS nie..
"Saya bawa bas pun kerana terpaksa, anak tiga orang masih belajar, isteripun tak kerja, malah rumahpun kena bayar jugak, oleh sebab itu, terpaksa kerja sini," katanya.
Statement ni yang aku tak puas hati mengenai SYARIKAT BAS nie..dah tahu pemandu takde lesen nak gak suruh bawak..adeyyy
"Mereka (syarikat) paksa saya dengan mengatakan bahawa driver bas tak ada, jadi perlukan bantuan saya, tolonglah...tolong..., driver bas tak ada, you datang Genting sini (bawa bas)," katanya.
Aku harap hukuman yang berat dikenakan kepada SYARIKAT BAS tersebut agar dijadikan pengajaran kepada semua SYARIKAT BAS kat Malaysia ni. Sampai bila mangsa yang tak berdosa menjadi mangsa oleh kerakusan pihak SYARIKAT yang mementingkan keuntungan semata-mata. Apa pendapat korang? Sama pendapat dengan aku tak?
Kat paper kata takda lesen.
ReplyDeleteMm apa-apa pun memang salah. Maaf je pun tak guna. Salah tetap salah. Kalau pemandu tu dihukum, pastikan syarikat bas tu kena lagi teruk sebab syarikat bas tu la punca utamanya..
>>My Latest Entry<<
Lagi Kemalangan Bas Yang Membawa Maut
Juara Piala Malaysia 2010 : Kelantan!!!
Terjah Blog Gomol?
seharusnya syarikat bas tersebut dihukum dengan adil...
ReplyDelete