Wang Hantaran bagi Pasangan yang melangsungkan Perkahwinan Ala Kayangan iaitu Dato' Dr Sheikh Muszaphar Sheikh Shukor dan Dr Halina Mohd Yunos masih menjadi rahsia setakat ini. Korang tahu tak berapa Wang hantaran mereka? 9 Dulang Hantaran berbalas 11 dulang dari pihak perempuan. Mas kahwin berjumlah RM80 Tunai. Hantaran buat Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor sebentuk cincin, tepak sirih, sejadah, baju melayu, minyak wangi, kain songket, jam tangan, coklat dan kek manakala Dr. Halina Mohd Yunos menerima baju kurung, telekung, cincin, minyak wangi, jam tangan, rantai dan beg tangan.
Cehh..Aku pun macam korang gak,tak tahu berapa wang hantaran diaorang. Berapalah agak-agaknya wang hantaran pasangan ini? Kenapa tarikh 10.10,10 menjadi pilihan beliau? Tak tahu kenapa tapi yang aku tahu Dato' Dr. Sheikh Muszaphar dah ada pasang niat kalau boleh nak anak 10 orang. Perghh..larat ker Dato'..hehe. Kalau dah rezeki takkan kemana. Agak-agak korang teka berapa wang hantaran pasangan ini? Aku suspek mungkin boleh beli rumah banglo sebijik kut. Yelah mungkin kalau diwarwarkan wang hantaran nanti ada yang lemah jantung tengok kut, sebab tu ia menjadi rahsia..ahaks... Namun segalanya telah lancar disempurnakan. Semoga berBahagia hendaknya..

tahniah kepada di atas Perkahwinan Sheikh Muszaphar dan Dr Halina
ReplyDeleteSharinginfoz - Seronok tengok perkahwinan of the year..hehe
ReplyDeletepembaziran adalah saudara syaitan...ratusan ribu ringgit habis..tapi mendapat kemurkaan Allah..aurat terbuka dihadapan lelaki ajnabi ect...
ReplyDelete