Tahniah buat Dato' Sheikh Muszaphar Sheikh Abdul Shukor dan Pasangan beliau Dr. Halina Mohd Yunos yang telah selamat diijabkabulkan dengan Sekali lafaz. Majlis berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang mana pernikahan dilakukan oleh bapa Dr.Halina sendiri iaitu Lt Kol (B) Mohd Yunos Mohd Ali dan disaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali.
Majlis juga disaksikan kira-kira 1,500 tetamu termasuk ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan beberapa angkawasan luar negara. Kira-kira 100 angkasawan dari 35 negara dijangka akan menghadiri Majlis persandingan pada malam ini yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada pukul 8.00. Perghh..memang layak digelarkan Wedding of The Year buat kedua-dua pasangan ini.
Malam ini pasangan ini bakal mencipta sejarah tersendiri kerana ia bakal disiarkan secara siaran langsung di T.V dan juga melalui Online melalui internet. Gerenti line internet sesak malam ni kalau ingin menyaksikan Majlis bersejarah ini didalam Online. Adeyy..apa-apa pun aku juga taknak ketinggalan untuk melihat persandingan ini melalui TV dan juga Online. Pasti meriah. Diharap Pasangan ini berkekalan hendaknya sampai bila-bila dan tahniah kepada kedua pasangan.

Tahniah diucapkan kepada Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina
ReplyDelete