13 October 2010

BASIC BLOGGING | TIPS ALA KADAR

Adeyy..ada juga orang baru berkecimpung dalam blog nie tanya dengan aku macamana nak mula blogging..Aku nak cakap apa..cehh. Mamat nie masih baru teramatlah sangat. Memang basic gila-gila. Baru sentuh Komputer agaknya. Takpe aku cuba memberi tunjuk ajar se"Basic" yang mungkin sebab aku pun pernah rasa macam tu dulu. Mungkin dengan entri yang aku buat ini serba sedikit dapat membantu insan-insan yang ingin menjadi blogger tegar dikemudian hari.

Aku rasa nak bukak akaun dengan blogspot takdelah susah jadi aku skip bahagian nie. Aku berikan apa yang penting. Pertama sekali Nama Blog..semua orang tahukan tapi carilah nama yang senang orang nak ingat dan simple. Jangan korang buat akukejedudukkldenganfamily.blogspot.com pulak, mau kena maki berbulan-bulan. Dengan menggunakan nama sendiri pun ok sebab senang nak ingat sebenarnya seperti rosyamnor.blogspot.com hahh..kan cantik tuhh..hehe

Kedua,pemilihan warna blog. Kalau boleh janganlah terang teramat sangat sampai boleh nampak dari jarak 10 kilometer. Gelap sangat pun kalau boleh jangan (tapi kalo korang dah minat aku takleh nak kata apa). Seeloknya biar terang (sedang-sedang) pada pandangan pembaca. Sejuk mata memandang. Presentation sesebuah blog amat penting kerana kekadang ia dapat mengambarkan sifat empunya blog itu sendiri. Korang kena main dengan tone warna supaya ia nampak menarik.

Ketiga, tak kurang penting iaitu seeloknya cuba kemaskan persembahan penulisan korang. Kalau boleh buat Align justify jadi tulisan nampak teratur. Cuba elak membuat entri dengan sambungan terus menerus. Biarkan ada ruang sedikit,jadi nampak kemas. Selain dari itu sekira korang nak letak gambar biar sekata,maksud aku saiz gambar sama dengan saiz gambar yang seterusnya. Jangan kejap ada kecik pastu besar pastu cinonet jadi nampak berterabur.

Seterusnya korang cuba carik link atau buat satu Bloglist kat sidebar. Korang letak blog kawan-kawan korang atau sesiapa sahaja korang kenal untuk rujukan. Kalau nak cantik korang cari blog yang status PR RANKING @ PageRank yang tinggi (Elok untuk Statistik Alexa ranking kalau tak salah aku..bab nie korang kena rujuk blog BLOGGERSENTRAL). Bab ni dah kira atas sikit dari basic. Korang belajar slowly pun takpe. ehh..aku ingat stop sini nanti ada masa aku sambung balik ek.

Oh ya..apa yang penting KERJASAMA..wonderpet..wonderpet..cehh dah start melalut..Apa yang utama sekali korang register dengan NUFFNANG. Takde bayaran dikenakan dan banyak kelebihan korang dapat bila mendaftar dengan NUFFNANG nanti. Bak kata Dato' Siti Nurhaliza..PERCAYALAHHHHH...hehe.. Serius nie..gurau-gurau gak ek.. Korang baca etul-betul informasi yang terdapat didalam. Kalau tak faham bahasa English korang boleh alihbahasa dalam bahasa Malaysia.

Lastly kata-kata hikmah dari aku " Blogging is about Sharing,Caring and Knowledge  " jangan kedekut ilmu sekira dah berjaya. Bantu mereka yang bertanya selagi terdaya. Kuatkan semangat dan jangan sesekali putus asa. Happy Blogging Guys.

4 comments:

  1. ardinihumaira - tag mana yang betulnyerr..hehe

    ReplyDelete
  2. ya.btl..tema blog patut diberi perhatian..sebab blog yang kemas boleh tarik minat orang yg baca dan duduk lama2 kt blog tu..klu blog xkemas org masuk terus kuar:-D

    Nama Waja Lancer Proton Inspira??
    http://zuarxpdc.blogspot.com/2010/10/nama-baru-waja-lancer-proton-inspira.html

    ReplyDelete
  3. zuar - memang setuju seratus peratus. Kekemasan sesuatu blog bagi aku mengambarkan kematangan seseorang didalam berblogging. Tak rugi pun kalau blog kemas..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails