18 September 2010

WAJAH YANG TAK AKAN DILUPAKAN | KES TRAGIS DATUK SOSILAWATI LAWIYA DAN TIGA RAKAN BELIAU

Adakah aku bosan dengan cerita mengenai Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakan beliau yang lain? Jawapannya TIDAK. Bagaimana dengan korang pulak? Adakah korang juga mengikuti kisah tragis yang menimpa jutawan ini juga? Entah naluri aku seakan-akan tergerak untuk mengikuti kisah Pembunuhan ini. Mungkin disebabkan faktor ia merupakan jenayah yang paling kejam tahun ini?


Apa yang menyedihkan kerana taksub dengan majikan,enam orang yang ditahan sanggup membunuh atas arahan majikan mereka. Tadi terdengar dalam TV3 mengatakan pembunuhan dilakukan oleh seorang pelaku dan yang memeranjatkan aku budak berumur 19 tahun yang ditahan bersama-sama lima rakan beliau yang lain melakukan pembunuhan kejam ini. Aku hanya sempat mendengar serba sedikit apa yang disampaikan pemberita.

Semakin lama semakin banyak maklumat yang memeranjatkan terkeluar. Terdahulu sebelum ini aku sebenarnya telah mendapat gambaran si Suspek dari awal lagi,namun pengesahan diperlukan kerana Kes ini masih dalam siasatan dan aku tidak mahu mengambil risiko yang berkemungkinan mengakibatkan aku kena saman. Adalah lebih selamat sekiranya ia disahkan dahulu baru dipaparkan didalam blog ini.

Esok mungkinkah ada berita terbaru mengenai Kes Sosilawati ini lagi? Menurut Spekulasi aku,media banyak menyimpan berita atau maklumat tentang pembunuhan ini,namun sudah menjadi adat dalam bidang penyiaran ada perkara yang tidak seharusnya dikeluarkan diatas sebab tertentu. Ini adalah langkah terbaik demi menjaga Proses siasatan yang masih dijalankan. Apa pendapat korang semua? Haruskan aku memaparkan Kes Datuk Sosilawati ini berterusan sehingga ke penghujungnya atau tidak?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails