28 September 2010

TERDAPAT 290 KES PENIPUAN | TANAH DATUK SOSILAWATI TERMASUK KES YANG DISIASAT

Nampaknya ramai golongan Profesional terutama Peguam yang panas dek kerana berita ini. Ini gara-gara secara tak langsung terkena tempias Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga yang lain. Menurut Maklumat Terdapat 290 kes yang membabitkan peguam yang masih dalam siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman. Mengenai Kes Datuk Sosilawati dan tiga yang lain pula apa yang difahamkan pembunuhan melibatkan wang hasil jualan sebidang tanah bernilai RM29juta milik Datuk Sosilawati.

Macamana timbulnya Suspek ini? Suspek merupakan peguam yang dilantik sebagai peguam dan juga sebagai Broker kerana pengalaman luas beliau sebagai pengamal Undang-undang terutama dalam bidang yang berkaitan jual beli tanah. Menurut Timbalan Pengarah JSJK Datuk Noryah Md Anvar bila ditanyakan tentang kesalahan yang biasa dibuat oleh Peguam yang menipu ini adalah Kebanyakan kesalahan ialah memalsukan dokumen termasuk geran tanah sehingga pejabat tanah mempercayai tindakan mereka itu.

Cehh..Kaki putar betul. Namun tidak semua Peguam kaki belit ada juga yang mempunyai kredibiliti tersendiri sebagai seorang peguam. Hanya disebabkan sebilangan Peguam yang tamak,pandangan orang terhadap peguam nampaknya berkemungkinan akan berubah setelah Kes Datuk Sosilawati ini keluar. Setakat ini 35 orang peguam telah ditahan diseluruh negara yang kebanyakan Kes melibatkan penipuan penjualan tanah, memalsukan dokumen termasuk geran tanah.

1 comment:

  1. saya yg belajar dlm perundangan pun telah dicap sebagai bakal pemusnah negara..
    *sedih*

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails