10 September 2010

TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA BAKAL DITABAL MENJADI RAJA KELANTAN?

Tahniah saya ucapkan kepada Tengku Muhammad Faris Petra sekiranya betul beliau bakal ditabal sebagai Raja Kelantan. Dari apa yang saya dapat tahu melalui akhbar tempatan para media dan wartawan dijemput untuk satu program khas yang akan diadakan di Istana Balai Besar pada hari Isnin ini dengan memakai pakaian kebangsaan berwarna hitam mengikut Protokol Rasmi. Hairan juga aku kenapa tidak diperjelaskan Program Khas tersebut.


Menurut akhbar ini lagi ada menyebut Istiadat pemasyhuran akan berlangsung di Balairong Seri Istana Balai Besar bermula pukul 11.30. Khabar angin mengenai pertabalan ini dah seminggu berlaku tapi tak dapat dipastikan sehingga keluarlah berita ini. Sememangnya Isu siapa yang bakal ditabal menjadi Raja Kelantan ini dah lama berlangsung dengan pelbagai kontroversinya. Saya berharap inilah jalan penyelesaian terbaik demi menjaga nama baik Raja- Raja Melayu di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails