Masih ingat lagi dengan Alain Robert? Mungkin ada yang tak kenal. Bagaimana pula dengan "SPIDERMAN" yang telah memanjat KLCC? Beliau yang telah mendaki lebih dari pada 70 bangunan mencakar langit sekali lagi bikin kontroversi dan kali ini beliau telah memanjat sebuah bangunan setinggi 57 tingkat di Sydney.
Pemanjat berani mati ini yang hanya mengambil masa 20 minit untuk memanjat bangunan tidak pernah menggunakan alat bantuan seperti tali dan sebagainya. Sampai sahaja diatas bangunan beliau telah ditahan oleh polis. Beliau telah didakwa membahayakan orang lain dan menceroboh bangunan. Beliau telah dibebaskan dengan ikat jamin dan akan didakwa dimahkamah pada jumaat ini.
Sebelum ini beliau pernah ditangkap atas kesalahan yang sama, tahun lepas Robert telah didenda sebanyak AUD750 kerana memanjat bangunan Royak Bank of Scotland yang setinggi 41 tingkat.

memang dah jadi hobi yang tak boleh dibuang kan
ReplyDeletePerformance Bulan Ogos