04 September 2010

SOUTH ISLAND WELLINGTON NEW ZEALAND GEMPA BUMI 7.1 RICHTER | ADUH ARC @ ASFAN KAT SANA

Gempa bumi berukuran 7.1  mengegar South Island Wellington New Zealand telah memusnahkan bangunan dan memutuskan bekalan tenaga dan mencetuskan panik. Kenapa aku tertarik unutk buat entri ini? Kerana Sahabat aku dan kita iaitu saudara ARC atau lebih dikenali sebagai saudara ASFAN berada di Wellington Universiti. Aku tak tahu perkhabaran beliau buat masa sekarang.Aku harap beliau dapat menghubungi atau meninggalkan komen disini untuk mengetahui keadaan disana. Aku doakan moga beliau tidak menghadap masalah disana.

KETIKA CONTEST DIGI BERSAMA MIE,MEL,AKU DAN ASFAN

Aku rasa ramai rakan-rakan sedia maklum yang beliau berada disana untuk melanjutkan pelajaran. Kalau ada rakan-rakan beliau yang mengetahui keadaan beliau disana harap dapat berkongsi. Aku baru semalam chat dengan beliau melalui google online chatting bertanyakan khabar.Sama-samalah kita mendoakan moga beliau berada didalam keadaan Selamat dan sihat sejahtera. Dan buat ARC tinggalkan komen anda segera..kami di Malaysia Risaukan keadaan engko disana.

4 comments:

  1. wellington selamat weh sbb kami kacak2 semuanye :P
    yg kat christchurch ar terok...dgr cte ade budak meraung2 nak blk Malaysia...hostel die ok je...bandar yg terok

    ReplyDelete
  2. Cehhh..kacak konon nasib baik hidup lagi..ahaks..kalau tak meraung awek awek satu malaysia..Update nanti kat blog bro..pasal keadaan disana dlm blog.. Take care bro

    ReplyDelete
  3. http://www.arcx13.com/2010/09/bumi-new-zealand-bergempa.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails