26 September 2010

SERANGAN VIRUS WORM @ CECACING STUXNET | SILA BERJAGA-JAGA

Awas!!! Berhati-hati dengan serang terbaru CECACING STUXNET (Stuxnet Computer Worm) yang kini telah melanda India, Pakistan, Indonesia, Kanada dan Amerika Syarikat (AS)  dan yang terbaru Iran. Virus ini dikesan di Jerman sejak Jun lalu dan telah menjangkiti lebih 45,000.00 Sistem Kawalan Industri negara yang telah disebut tadi. Menurut penyelidik dari Pengawalan Sekuriti Industri yang berpusat di Jerman Spekulasi mengatakan bahawa CECACING in dicipta untuk mensabotajkan Loji Nuklear di IRAN. Penganalisa dari Symantec pula memberitahu bahawa CECACING in bukan sahaja berkemampuan mencuri data,ia juga mampu mengawal atau mengambilalih Sistem Kawalan elektrik kawasan industri secara kawalan luar dan rahsia dan secara tidak langsung ini boleh menganggu Operasi sesebuah Syarikat.

Apa yang aku terbaca, CECACING ini telah dibina setahun dulu oleh "HACKERS" dan merupakan "MALWARE" yang mempunyai tahap kecanggihan yang tinggi yang menggunakan teknik yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Jelas sekali kes serangan STUXNET lebih tertumpu kepada Syarikat atau Industri yang menggunakan Sistem SCADA(Supervisory Control And Data Acquisition) yang dibangunkan oleh SIEMENS yang kebiasaannya digunakan oleh LOJI TENAGA dan lain-lain Infrastruktur. Ada juga khabar angin mengatakan bahawa Stuxnet ini di cipta oleh ISRAEL namun belum dapat disahkan.Agak-agak serangan ini boleh sampai sehingga ke Malaysia tak? Aku berharap agar pihak yang berkaitan memberi perhatian sepenuhnya terhadap Krisis ini. Jangan ambil ringan dan ambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk menghadapi serangan daripada STUXNET ini.

3 comments:

  1. masalah malware aku pun lum selesai lg..dalam lagi satu masalah..erm

    ReplyDelete
  2. serangan paling bahaya selepas conficker.sblm ni conficker mengganas..kali ni stuxnet plak

    http://zuarxpdc.blogspot.com/2010/09/untung-sungguh-guna-nuffnang.html

    ReplyDelete
  3. da[Y]un - Hehehe..dah upgrade ke antivirus? Mungkin dapat membantu..

    zuar - Betul..conficker takleh nak break password yang nie mcm boleh control sistem tentu dia boleh pecah password..deyy

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails