09 September 2010

SEORANG PEGUAM PALING DIKEHENDAKI BANTU SIASATAN KES DATUK SOSILAWATI LAWIYA

Terkini berita tentang kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya adalah pihak Polis sedang mencari seorang peguam yang mungkin dapat membantu siasatan. Namun maklumat mengenai peguam tersebut tidak diketahui. Pihak Polis juga memberitahu supaya jangan mempercayai sebarang khabar angin atau SMS mengenai Datuk Sosilawati. Peguam ini dicari kerana beliau adalah individu terakhir yang dihubungi oleh Datuk Sosilawati.

ERNI DEKRITAWATI YULIANA BUKHARI ANAK DATUK SOSILAWATI
 
Memang pelbagai khabar angin aku terima,namun aku bukan jenis cepat menerima khabar angin. Biar perkara sebenar diketahui itulah yang lebih baik. Esok Hari Raya,namun kes kelihatan belum dapat diselesaikan. Diharap orang ramai dapat membantu pihak polis dalam menyelesaikan kes ini sekira terdapat maklumat mengenainya. Jangan ada perkara buruk terjadi cukuplah. Buat keluarga Datuk aku harap mereka tabah menempuh dugaan ini.

8 comments:

  1. harap2 kes ni dapat selesai cepat2 la

    ReplyDelete
  2. insyaaalh sosilawati pasti selamat

    ReplyDelete
  3. aah la bro jai..sian pada famili semua yg terlibat..tp seriously, macam sgt misterila kes ni..sebab hilangnya ramai.dahla tu dah dekat nak raya..moga cepatla dijumpai dgn selamat...

    ReplyDelete
  4. rasanya bila kes ni nak selesai kan

    ReplyDelete
  5. whoaaa... banyak la andaian pasal kes nie kan....

    ReplyDelete
  6. Kehilangan yang masih lagi misteri dan menjadi tanda tanya...

    ReplyDelete
  7. Dude - Dah tak jadi khabar angin dah...

    kelhome - tak sempat nak jawab segala komen dek sibuk dgn entri datuk sosilawati nie sampai dah terungkai kes..

    Najib - Jangkaan anda silap..redha jelah..

    Amirah - Kesedihan teramat sangat dapat dirasai terhadap keluarga beliau..

    Sharinginfoz - tak sempat nak reply komen kat sini dah selesai kes..

    Hazman - Salah satu andaian akhirnya terbukti benar..

    Kisahsensasi - Kematian tragis menjadi bualan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails