Seorang Suspek kes Pembunuhan masih bebas? Polis sedang giat memburu seorang lelaki yang dipercayai bekas Pengawal Peribadi kepada dua Suspek Utama Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan Rakan beliau. Lelaki ini dipercayai melarikan diri setelah mendapat tahu dua adik beradik peguam telah ditahan bersama enam suspek lain termasuk pekerja ladang yang bekerja diladang dimana lokasi pembunuhan dilakukan.
Identiti telah dikenal pasti dan pihak polis telah menjalankan operasi mengesan suspek ini. Suspek berkemungkinan masih berada didalam kawasan berhampiran namun masih gagal dijumpai. Kalaulah ada gambar Suspek ini aku tidak teragak-agak untuk publiskan didalam blog aku ini kiranya ia dapat membantu untuk kes ini. Diharap pihak berkuasa dapat menyiarkan kepada orang ramai gambar suspek yang dicari kerana aku pasti ramai yang akan membantu.
Semalam pihak yang menyiasat kes ini telah menjumpai tiga utas jam mewah yang dipercayai milik mangsa. Pihak polis juga menjumpai Pisau dan Zink yang mana telah digunakan terhadap mangsa sebelum mayat mereka dibakar dan abu mereka dibuang ke dalam salah sebuah sungai. Pihak Polis masih mencari besi pencangkuk kelapa Sawit yang dikatakan diguna sebagai senjata dibunuh. Aku harap pihak berkuasa dapat mempamirkan wajah suspek yang melarikan diri itu agar orang ramai dapat membantu.

ada lg ke yg bebas? adoi, harap2 la pihak polis dpt cari diorg ni...manusia yg kejam
ReplyDeleteKyuubi_85 - Pengawal peribadi suspek belum dijumpai
ReplyDelete