Kes Pembunuhan Sosilawati belum diketahui lagi keputusan DNA,Namun Terkini Polis telah mengesahkan Kes Hilang Jutawan India ALLAL KATHAN MUTHURAJA kini telah menjadi Kes Bunuh dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar telah mengesahkan mangsa dibunuh hasil daripada petunjuk dan keterangan-keterangan yang telah di Kumpul.Maka terungkailah Misteri Kehilangan Selama ini.
Selain daripada itu Seorang lagi Kes Hilang yang melibatkan seorang Kontraktor iaitu Mohd Shafiq Abdullah berkemungkinan Besar akan mengalami nasib yang sama dengan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakan beliau yang masih menunggu keputusan DNA. Ini berdasarkan bukti seutas jam tangan yang telah disahkan oleh isteri beliau. Setelah Pihak Polis mengesahkan 95% kemungkinan suami beliau adalah antara mangsa jenayah kejam itu pada malam hari raya lepas,Keluarganya telah mengadakan Solat Ghaib serta tahlil untuk Suaminya.
Kesian bila aku kenangkan keluarga mangsa. Isteri Muhd Shafiq tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya mengajar kelas tambahan untuk menampung hidup. Dengan Kehilangan suami maka hilanglah tempat bergantung. Mana lagi dengan anak-anak beliau lagi yang hilang tempat bermanja dan belaian seorang ayah. Memang sewajarnya Pelaku untuk jenayah ini dihukum mati tanpa simpati. Berikanlah hukuman seberat-beratnya hukuman sebagai balasan diatas perbuatan penjenayah ini.

salam... aku juga setuju si pembunuh ini
ReplyDeletediberi hukuman yang sangat dahsyat sebelum mereka
di hukum mati..
jahat sangat pembunuh tu... dah la yg dibunuhnya tu ketua keluarga. si isteri kena tanggung anak2 yg masih kecil. sedih sangat. x berhati perut langsung dorang ni..
ReplyDeletehm. asyk kes bunuh je..apa la nk jd dgn manusia skrg ni.
ReplyDeleteNur Misnan - Memang sepatutnya dikenakan hukum berat setelah apa yang mereka lakukan terhadap mangsa.
ReplyDeleteOh Malaysia - Kesian bila kenangkan anak2 dan isteri mangsa.
Cik Yuki - Manusia dah hilang pertimbangan,Nyawa dah macam takde nilai..apa nak jadi diaorang nie