22 September 2010

RUMAH ALLAHYARHAM NOORHISHAM SALAH SORANG MANGSA KES BUNUH DATUK SOSILAWATI DISIMBAH CAT MERAH??

Apa cerita sampai rumah kena Simbah Cat merah? Terkini aku terbaca maklumat mengatakan bahawa rumah tiga tingkat Allahyarham Noorhisham Mohammad 38  di Ampang iaitu salah seorang mangsa dalam Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati telah disimbah dengan cat merah dihalaman rumah (lantai). Ini telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ampang Komisioner Abdul Jalil Hassan. Ketika kejadian Keluarga Mangsa tiada dirumah kerana berada di Johor Baharu sejak Ahad Lepas.

Laporan dibuat oleh seorang anggota Keluarga Noorhisham di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang pada pukul 9.00 malam setelah dimaklumkan oleh jiran mereka. Menurut Pihak Polis,kejadian itu bukan disebabkan dendam tetapi tersilap sasaran namun Kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 kerana Khianat. Macamana pulak Kes salah sasaran? Harapan aku agar siasatan secara mendalam dijalankan. Mungkin ada kaitan. Kalau takde kaitan harus ditangkap juga si pelaku ini. Biar ia dijadikan pengajaran buat yang tunjuk lagak macam orang kuat (gangster)

4 comments:

  1. macam pelik pulakan, dah la di bunuh pastu rumah lak kena simbah cat merah

    ReplyDelete
  2. Tulah pasal..memang carik nahas siapa yang punya angkara nie..

    ReplyDelete
  3. kenapa lak kene simbah cat merah?.. konspirasi apa?

    kelembai

    ReplyDelete
  4. nak tolong catkan rumah kot kesian kat keluarga arwah agaknya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails