Program ini dah lama dah kedengaran ada yang tak berapa setuju ada juga yang setuju. Namun kita perlu lihat dari segi positif terhadap perkara ini. Pihak yang mencadangkan program ini aku rasa lebih arif dan mungkin telah mempunyai rancangan jangka masa panjang. Sekolah Harapan di Jasin merupakan sekolah pertama yang membuat program sebegini. Hari ini seramai lima remaja yang sedang hamil akan menjadi pelajar kumpulan pertama mendaftar. Mereka masing-masing dari Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan,Negeri Sembilan dan Pahang.
Aku harap dengan tertubuhnya Sekolah ini,kes pembuangan bayi dapat dikurangkan. Namun ada juga segelintir kata-kata yang tak setuju Sekolah ini ditubuhkan kerana takut lagi ramai pulak yang nak buat anak secara haram. Itu pendapat mereka namun kita perlu beri sokongan kepada sekolah ini sama ada akan berjaya atau sebaliknya. Setakat ini semua pelajar yang mendaftar datang dibantu oleh keluarga mereka. Diharap ada adik-adik yang tidak tahu nak buat macam mana daftar Sekolah ini dengan sukarela.
Asrama juga disediakan dan Sekolah ini dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Melaka. Bagi aku berilah peluang kepada pihak yang mengendalikan Sekolah ini. Mungkin ini dapat membantu remaja yang mempunyai masalah hamil sebelum waktunya. Dengan Maklumat pelajar di rahsiakan aku rasa ia cukup membantu. Elok diadakan Publisiti meluas terutama disekolah-sekolah mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada pelajar-pelajar.

Kita tunggu dan lihat apa kesannya kepada masyarakat. Saya rasa sek ini akan mendapat limpahan pelajar pada masa akan datang kerana buat masa ini ramai ibu bapa sedang tunggu dan lihat.
ReplyDelete