Ingat Setelah Pertabalan Sultan Baru Kelantan iaitu Tengku Muhammad Faris ditabal maka krisis yang melanda terdahulu selesai,rupanya timbul lagi isu. Kali ini Ayahanda beliau Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra pula telah memfailkan petisyen di Mahkamah Persekutuan semalam mencabar pemasyhuran anakanda sulung baginda. Ia telah dikendalikan oleh peguam baginda iaitu Datuk Param Cumaraswamy.
Nampaknya berpanjanganlah isu Pertabalan ini. Diharap segera diselesaikan segala kemelut,jangan dipanjangkan. Rakyat Kelantan aku rasa takde masalah dengan pertabalan Tengku Muhammad Faris sebagai Sultan. Rata-rata bersetuju kerana Tengku Muhammad Faris mempunyai ciri-ciri mesra rakyat. Mungkin selepas ini timbul pelbagai spekulasi mengenai Kisah Istana ini. Aku harap janganlah terkeluar spekulasi melampau sudahlah..
No comments:
Post a Comment