Menjadi satu persoalan pulak jadinya mengenai pertabalan bakal Raja Kelantan iaitu Tengku Muhammad Faris Putera. Terdahulu saya ada membuat entri mengenai Pertabalan ini yang dikhabarkan akan berlangsung di Balairong Seri Istana Besar pada hari Isnin yang pukul 11.30. Namun semua ini menjadi persoalan kerana menurut Menteri Besar Kelantan iaitu Nik Aziz belum mendapat menerima surat resmi dari Istana mengenai pemasyhuran Pemangku Raja ini.
Menjadi buah mulut lagi nampaknya tentang hal Pertabalan ini.Masing-masing dengan jawapan yang tak pasti ,Pengelola Istana DiRaja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata beliau tidak mahu mengesahkan dan juga tidak mahu menafikan perkara ini,iaitu mengenai Istiadat Pemasyhuran ini. Nak tahu kisah sebenarnya,nampaknya kita kena tunggu hari Isnin ini untuk jawapannya. Diharap segala kemelut yang melanda akan dapat diselesai dengan secepat mungkin.

No comments:
Post a Comment