22 September 2010

OBJEK SEAKAN-AKAN GELANG EMAS DIJUMPAI | KES PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI DAN TIGA RAKAN LAIN

Semalam satu lagi kemungkinan bahan bukti telah dijumpai,iaitu menurut maklumat satu objek seakan-akan gelang emas telah ditemui oleh Unit penyelam Pasukan Gerakan Khas di Kawasan Kunci Air Kampung Sungai Lang. Namun objek tersebut belum disahkan lagi pemiliknya. Mungkin Milik Datuk Sosilawati atau mangsa lain. Jawapan rasa-rasanya mungkin hanya diketahui setelah siasatan selesai atau bergantung dengan Pihak yang menyiasat sama ada untuk mengesahkannya secara terbuka.
 
SEKADAR GAMBAR HIASAN

Menurut laporan, Suspek iaitu Peguam berumur 41 tahun juga berada di kawasan Operasi Menyelam. Walaupun hujan turun,kawasan operasi menyelam menjadi tumpuan orang ramai yang tidak berganjak untuk melihat operasi dijalankan. Pencarian bermula dari pukul 3.20 petang sehingga 5.05 akhirnya berhasil menjejaki bahan bukti. Mungkin banyak lagi bukti akan ditemui hasil kecekapan pihak berkuasa menjalankan tugas. 

Pada hari yang sama Petugas dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor juga telah tiba diladang milik Suspek dan menghabiskan masa hampir satu jam 45 minit untuk menangkap empat ekor lembu dan lapan ekor kambing dan memuatkan haiwan tersebut sebelum beredar dari lokasi. Setakat ini tiada ulasan telah diberikan kepada pihak media. Satu kejayaan sekiranya betul Objek yang ditemui milik salah seorang mangsa.

Adakah kemungkinan, sekiranya Objek yang seakan-akan gelang emas itu milik Datuk Sosilawati atau mangsa lain maka menjadikan kes mudah untuk diselesaikan? Kalau semudah itu,lagi cepat Suspek dihukum. Namun timbul juga persoalan selepas ini apakah hukuman yang bakal dijatuhkan kepada Suspek. Ini kerana Suspek kalau diikutkan hanya memberi arahan tapi pembunuhan dilakukan oleh orang lain. Rumit juga kalau nak diceritakan disini. Kita tunggu sahaja perkembangan seterusnya dan aku akan cuba terus mengikuti perkembangan kes ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails